Sunday, September 18, 2011

Kisah Cinta Qalisha 8

BAB 8

Perkahwinan antara Puan Hanissa dan Uncle Zahidi berlangsung dengan sederhana. Majlis yang serba serdahana itu tetap nampak meriah dengan kehadiran tetamu yang tidak putus mengucapkan tahniah. Puan Hanissa kelihatan manis berkebaya putih diserikan dengan tudung yang sedondon warnanya. Qalisha Humaira memerhatikan mamanya. Jauh disudut hatinya dia merasa bangga kerana mamanya itu masih cantik dan bergaya.

Kehadiran Encik Qarimi, papa Qalisha Humaira disambut baik oleh pasangan pengantin baru itu. Kelihatan papanya sempat mengusik mamanya yang kelihatan amat bahagia di sisi Uncle Zahidi. Entah kenapa hati Qalisha Humaira menjadi sayu tiba-tiba. Dia sebenarnya amat berharap papanya dan bukannya Uncle Zahidi yang berdiri di sebelah mamanya ketika itu. Namun dikuatkan hatinya untuk menerima suratan jodoh antara mama dan papanya sudah tiada.

Ketika majlis masih berlangsung, Qalisha Humaira duduk disamping papanya. Dia menemani Encik Qarimi makan ketika itu. Encik Qarimi memerhatikan anak perempuan tunggalnya. Anaknya itu kelihatan bahagia dan sentiasa tersenyum pada hari itu. Encik Qarimi tersenyum memandang Qalisha Humaira.

“Cantik adik hari ni… Kalau papa tak tau mama yang kahwin, mesti papa ingat adik yang kahwin hari ni…” Usik Encik Qarimi. Gelaran adik itu sudah sebati di mulutnya. Dia memang memanggil Qalisha Humaira dengan gelaran ‘adik’ sejak Qalisha Humaira lahir lagi berbeza dengan mamanya yang menggelarkan anak mereka itu ‘Qisha’.

“Ish, takkan adik pulak yang kahwin. Kalau adik yang kahwin, mesti papa yang jadi walinya…” Qalisha Humaira tersenyum. Kahwin? Hahaha… Hatinya tertawa kelucuan.

Jawapan Qalisha Humaira itu disambut dengan ketawa Encik Qarimi. “Eh, betul jugakkan?” Ujarnya pula.

Saat Qalisha Humaira menghantar papanya ke kereta, dia mengesan ada riak sedih di wajah lelaki kesayangannya itu. “Kenapa papa nampak sedih ni?” Soalan itu terlepas.

“Abang tak balik ke?” Soal Encik Qarimi tiba-tiba. ‘Abang’ pula nama gelaran untuk Alongnya yang digunakan Encik Qarimi.

“Er… Tak kot. Katanya tak sempat nak balik. Adik pun tak tahulah, pa.” Qalisha Humaira separuh berbohong. Pada hakikatnya dia sudah memujuk abangnya itu. Tetapi Qaliff Haikal memberi alasan dia perlu outstation pada hari perkahwinan mamanya itu. Sehari sebelum majlis itu berlangsung, abangnya itu sudah bertolak ke Langkawi. Qalisha Humairalah yang menjadi driver menghantar abangnya ke airport Subang. Sorry, papa! Dalam hatinya dia memohon maaf.

“Em… Tak apalah. Nanti kalau ada masa kita pergi jenguk abang nak?” Ajak papanya pula.

Papa, Along dah ada kat Malaysia lah… Hatinya menjawab. Namun dengan pantas dia tersenyum dan mengangguk. “Okay!” Balasnya ceria. Pandai-pandailah Alongnya nak menjawab nanti.

“Papa bila pulak?” Tiba-tiba Qalisha Humaira bertanya.

Encik Qarimi mengerutkan kening. “Bila apa?” Soalnya pula.

“Nak kahwin la…” Balas Qalisha Humaira ceria.

“Oh… Hahaha… Nanti papa bagitau bila. Tapi mungkin kena tunggu abang balik dulu la. Kalau ikutkan abang balik dalam tahun ni kan?” Jawab Encik Qarimi pula.

Qalisha Humaira tersenyum dan mengangguk. Tak lama lagi lah tu. Hatinya mendesis. Ertinya tahun ini sahaja dia sudah menerima seorang ayah tiri dan bakal emak tiri serentak. Woah! Hebatlah aku, orang lain ada 1 emak, 1 ayah. Aku pulak double. 2 emak, 2 ayah dan percuma 2 orang adik beradik lain. Hahaha… Hatinya ketawa pilu.

Usai majlis, Qalisha Humaira termanggu. Dia tidak tahu mahu berada di mana. Menemani mamanya kah atau pulang ke rumah sewanya? Mungkin juga dia boleh ke rumah papanya. Hatinya berbelah bahagi pula. Kalau ada Alongnya boleh juga dia menumpang bermalam dirumah Alongnya itu.

“Qisha ikut mama ye? Kita tidur rumah papa Zahidi.” Bisik mamanya.

What? Papa Zahidi? Papa? No way… Masakan dia mahu menggelarkan lelaki itu dengan gelaran papa juga. Papanya hanya seorang. Selagi dia membawa nama Qalisha Humaira binti Qarimi, selagi itulah seorang sahaja yang layak digelarkan papa olehnya. Papanya ialah Encik Qarimi bukan Uncle Zahidi. Hatinya mula memberontak.

“Tak apalah mama. Qisha balik rumah sewa je la. Nanti bimbang pula Uncle Zahidi sekeluarga tak selesa dengan Qisha.” Balasnya lembut.

Puan Hanissa tersentak. Qalisha Humaira masih menggelarkan Uncle Zahidi, bukan papa Zahidi seperti yang diharapkannya. Dia mengeluh perlahan. “Please, Qisha. Temankan mama.” Pujuknya pula.

“Okay… Okay… Qisha temankan mama pergi rumah Uncle, tapi lepas tu Qisha balik. Boleh? Lagipun Qisha ada assignment tak siap lagi ni, ma. Lusa dah nak hantar.” Qalisha Humaira beralasan.

Puan Hanissa memandang anak gadisnya itu. Mencari kebenaran jauh di dalam mata Qalisha Humaira. Dilihatnya wajah anaknya itu benar-benar bersungguh. “Okay.” Sepatah perkataan itu terkeluar.

Qalisha Humaira tersenyum. “Sorry ye, mama.” Dia memohon maaf. Dalam hatinya dia turut memohon maaf kerana terpaksa berbohong mengenai assignmentnya itu. Sebenarnya assignmentnya memang ada cuma tarikh hantarnya minggu hadapan.

“Tak pe. Qisha datang ni pun dah cukup rahmat bagi mama. Nak harapkan Along tu, tak dapat balik pulak.”  Perlahan suara Puan Hanissa seperti mendesis.

Qalisha Humaira tunduk. Adoi… Along lagi… Penat nak ‘selimut’ ni! Qalisha Humaira hanya terdiam. Dia pasti, kalau dia bersuara pasti akan bersambung lagi pembohongannya nanti.

*****

Qaliff Haikal merenung jauh ke tengah laut. Ombak yang memukul kakinya dibiarkan sepi. Dia menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan namun gelora hatinya tidak langsung berkurangan.

“Jom lah, Along. Mama mesti gembira kalau Along ada nanti.” Qalisha Humaira memujuknya ketika bertandang ke rumahnya dua hari lepas.

Namun begitu pujukan Qalisha Humaira langsung tidak berbekas dihatinya. Dia benar-benar tidak sanggup untuk melihat mamanya bersama orang lain. Dia sebenarnya masih belum dapat menerima perpisahan antara mama dan papanya. Jauh di sudut hati, dia sedikit cemburu dengan ketabahan Qalisha Humaira. Kenapa adiknya itu dapat menerima segalanya dengan begitu tenang?

Qaliff Haikal masih memandang ke tengah-tengah laut. Satu keluhan berat dilepaskan. Terasa juga olehnya dia sebenar-benarnya seorang penakut dan tidak boleh menerima kenyataan. Menggunakan alasan urusan kerja, dia menjejakkan kaki ke Langkawi seorang diri. Hanya alasan itu yang mampu diberikan ketika adiknya masih memujuk untuk ke majlis perkahwinan mama mereka.

Handphone didalam poketnya berdering. Dijeling sekilas nama pemanggil sebelum menjawab panggilan telefon itu.

“Qisha.” Nama adiknya diseru.

“Assalamualaikum, along.” Kedengaran suara Qalisha Humaira memberi salam.

“Waalaikumussalam. Kenapa Qisha?”

“Along kat mana?” Diselangi tawa lembut Qalisha Humaira. “Langkawi kat mana?” Sambung adiknya lagi.

“Tepi pantai ni.” Jawab Qaliff Haikal. Dia tersenyum sendiri. Dia sangat pasti adiknya tersalah tanya soalan. Sudah tentu dia berada di Langkawi.

“Wah, dah habis kerja ke?”

“Dah, tadi ada meeting dengan client, esok kena pergi tengok site pulak.”

“Ooo…”

“Mama?” Soalan itu terpacul tanpa sedar. Qaliff Haikal menggigit bibir sendiri. Sebenarnya dia belum bersedia mendengar cerita mengenai mamanya lagi.

“Dah selamat dah. Kita dah dapat ayah baru sekarang. Percuma dua orang adik-beradik lagi.” Suara Qalisha Humaira kedengaran ceria di selangi ketawa kecil.

“Hahaha…” Qaliff Haikal turut ketawa. Lucukah? Dia bertanya pada diri sendiri.

*****

Qalisha Humaira mematikan panggilan telefon itu. Dia merenung handphonenya itu tidak berkedip. Perbualan ringkas dengan abangnya tadi menenangkan hatinya sedikit. Setelah ‘menghantar’ mamanya ke rumah Uncle Zahidi, dia memandu pulang ke rumah sewanya. Walaupun Uncle Zahidi mempelawa dia bermalam di rumah besar itu, Qalisha Humaira menolak sopan.

“Minta maaf ye Uncle. Qisha betul-betul kena balik. Assignment tu kena siapkan juga hari ini. Esok dah nak kena submit.” Dia memberi alasan.

Nasib baik Suraya Ilhami tidak ada bersama. Kalau tidak mesti gadis itu sibuk bertanya assignment yang mana harus dihantar esok. Dalam hati Qalisha Humaira bersyukur.

Kini dia bersendirian di dalam biliknya. Air matanya mengalir tanpa dapat ditahan-tahan. Malam itu dia tertidur dengan air matanya yang membasahi bantal.


*****

1 comment:

  1. shaqi, ko smbg cepat2 citer ni..jgn bagi aku tgu lama tau..hehhe...teruskan menulis wahai sahabat...;)

    ReplyDelete