BAB 3
Malam itu Qalisha Humaira menapak ke port biasanya. Dia menggerutu marah. Hatinya benar-benar panas dengan sikap housematenya yang seorang itu. Qalisha Humairah dituduh meminati Amir Hamzah. Lebih menyakitkan hatinya, housematenya yang bernama Aryana Ilhami itu adalah adik kepada Suraya Ilhami, rakan sekelasnya merangkap rakan satu groupnya membuat assignment! Nasib baiklah dia tidak serumah dengan Suraya Ilhami, kalau tidak mesti keadaan menjadi lebih rumit. Aryana Ilhami menangis-nangis memintanya menjauhi Amir Hamzah. Penat dia menerangkan kepada Aryana Ilhami mengenai hal itu.
“Betul, Yana . Akak memang tak ada apa-apa perasaan pada Amza. Dia kan pakwe Yana , akak memang tau tu. Dan akak tak pernah pun tersuka kat dia. Percayalah.” Pujuknya.
“Tapi saya nampak dia pandang akak hari tu.” Balas Aryana Ilhami teresak-esak.
What the hell? Dah pakwe kau pandang aku, aku pulak yang kena. Si Mr. President ni pun satu, dah ada awek nak usha-usha aku pulak! Susah betul!
Akhirnya setelah hampir sejam memujuk, barulah Aryana Ilhami berhenti menangis. Dasar budak-budak bercinta! Hatinya mengutuk keras. Dan malam itu sekali lagi kerana Amir Hamzah, dia merokok membuang rasa marahnya! Saat dia menyalakan nyalaan puntung rokok kedua, dia terasa ada orang menghampirinya. Crap! Dia menundukkan wajahnya. Berharap walau sesiapa pun dihadapannya tidak mempedulikannya.
“Qalisha Humaira!” Namanya diseru lelaki itu.
Spontan Qalisha Humaira mengangkat wajahnya. Dia merenung mata lelaki itu. Lelaki yang bernama Iskandar Zulkarnain, agak terkenal dengan wajah handsome, anak orang berada yang sedikit nakal itu. Konon-kononnya dia pernah dinasihatkan untuk berhenti kolej kerana melakukan kesalahan bergaduh dan juga merokok dalam kolej kediaman. Oppss... Merokok? Hahaha…
Tetapi lelaki itu tidak berhenti belajar, malah berkawan baik pula dengan President MPP! Dan kedengaran juga desas-desus mengatakan lelaki itu sudah insaf maka semua kesalahan lelaki itu dimaafkan. Senang betul ceritanya!
Lamunan Qalisha Humaira terhenti. Rokok ditangannya disambar lelaki itu. Tanpa berkata apa-apa Iskandar Zulkarnain menghidupkan lighter dan menikmati rokok itu. Qalisha Humaira mengambil keputusan untuk melarikan dirinya. Dia mula bergerak, melangkah menjauhi lelaki itu.
“Kalau kau pergi, aku akan beritahu semua orang kau merokok!” Lelaki itu mengugut tanpa memandang Qalisha Humaira.
Langkah Qalisha Humaira terhenti. Dia menanti ayat-ayat yang bakal keluar daripada mulut lelaki itu.
“Apa agaknya orang akan kata bila tahu Qisha MPP ni seorang perokok?” Tanya Iskandar Zulkarnain.
Qalisha Humaira ketawa. Perlahan dan sinis. ”Agak-agak kau, siapa yang percaya kata-kata kau. Siapa tak kenal Iskandar Zulkarnain? Suka mengenakan orang. Dengan reputasi ’baik’ kau tu, agak-agak kau ada yang percaya ke?” Qalisha Humaira membalas, berani.
”Wow, so you do know me? Popular jugak la aku ni kan ?” Lelaki itu masih mahu bermain tarik tali.
”Perasan!” Sebaris perkataan itu terpacul daripada mulut Qalisha Humaira.
”Hahaha... Mungkin ini akan buat kau terdiam dan fikir balik apa yang kau cakapkan tu.” Lantas Iskandar Zulkarnain menghulurkan beberapa keping gambar.
Mulut Qalisha Humaira ternganga. Gambar-gambar itu menunjukkan dia sedang merokok. Dan diantara beberapa keping gambar itu terselit sekeping gambarnya sedang menangis. Buruk betul muka aku masa tu! Hatinya sempat berkata-kata.
”Apa yang kau nak?” Getaran suara Qalisha Humaira terkeluar.
”Emm. Esok kita berjogging tepat 7 pagi. Aku tunggu kau depan pondok pak guard esok. Siap kau kalau kau tak datang.” Ujarnya sambil mendekati Qalisha Humaira. ”Ini aku punya!” Tambah lelaki itu lagi. Ditayangkan kotak rokok dan lighter milik Qalisha Humaira dalam genggamannya. Lelaki itu berpaling dan melangkah pergi sambil mengangkat tangannya melambai ke arah Qalisha Humaira tanpa memandang gadis itu.
Qalisha Humaira terpaku. Habis aku!
*****
Qalisha Humaira termengah-mengah mengejar Iskandar Zulkarnain. Lelaki itu memperlahankan lariannya. Dia sengaja membiarkan gadis itu mengejarnya. Saat Qalisha Humaira menyaingi lariannya, dia berhenti secara tiba-tiba. Larian Qalisha Humaira turut terhenti.
“Kenapa?” Sepatah pertanyaan Qalisha Humaira. Hairan dia melihat lelaki itu tiba-tiba berhenti. Tadi beria-ia lari, tiba-tiba berhenti pulak!
”Kau tu. Dah penat sangat aku tengok. Semput je. Nampak sangat kan kau ni jarang bersenam.” Slumber lelaki itu membalas.
”Huh, aku la yang penat? Bukan kau ke?” Tanya Qalisha pula membalas.
Iskandar Zulkarnain tersenyum. Cepat mesra betul perempuan ni. Dia memandang wajah Qalisha Humaira yang dibasahi keringat itu. Wajah itu nampak tenang. Mungkin tidak setenang hatinya. Dia sedar disebalik kejernihan mata Qalisha Humaira mengandungi ’sesuatu’ yang begitu berat untuk gadis itu. Sesuatu yang sukar ditafsir dengan kata-kata. Penderitaan yang dalam. Dan dia bertekad untuk memahami gadis itu. Menjadi sebahagian daripada hidup gadis itu, berkongsi segala suka-duka gadis itu.
Qalisha Humaira mengelap mukanya dengan tuala kecil yang memang dibawanya dari tadi. Dia dapat merasakan peluh yang jatuh daripada dahinya mula membasahi seluruh muka. Iskandar Zulkarnain menghulurkan tangan menarik tuala itu dan mengelap mukanya pula. Qalisha Humaira mengetap bibir. Berani betul mamat ni!
”Woit, kotorlah!” Marah Qalisha Humaira.
”Apa? Tuala ni ke muka aku?” Tanya Iskandar Zulkarnain pula.
Qalisha Humaira terdiam. Kini dia pula memandang wajah Iskandar Zulkarnain. Mata yang agak sepet, hidung mancung terletak cantik pada muka yang berkulit cerah dan licin. Wajah lelaki itu yang memang tergolong dalam lelaki kacak memang tidak dapat disangkal oleh Qalisha Humaira. Otaknya berfikir mahu mengenakan lelaki itu.
“Ha, nanti muka kau naik jerawat baru padan muka. Peluh aku ni ada bakteria tau.” Separuh mengugut kedengaran suara Qalisha Humaira.
”Oh ye ke?” Wajah Iskandar Zulkarnain bertukar warna. Lantas dia mengusap-usap muka. Tanpa disedari Qalisha Humaira, mata lelaki itu masih menatap wajahnya. Iskandar Zulkarnain menangkap riak wajah ceria Qalisha Humaira mengenakannya. Cis, nak kenakan aku lah tu… Jaga kau! Hatinya berbisik.
Hahaha… Tau takut. Wah, lelaki ini betul-betul jaga muka! Nak jadi model ke? Dalam hati Qalisha Humaira ketawa mengutuk. Tetapi tidak lama kemudian kedengaran suara Qalisha Humaira menjerit. Iskandar Zulkarnain mengelap tuala kecil itu ke wajah Qalisha Humaira pula.
”Tak aci lah kalau muka aku je naik jerawat.”Ayat itu terpacul keluar bersama dekahan ketawa Iskandar Zulkarnain. Qalisha Humaira mengetap bibir. Iskandar Zulkarnain meneruskan lariannya meninggalkan Qalisha Humaira yang sedang marah. Dia bimbang jika gadis itu menyakiti hati dan tubuhnya.
*****
No comments:
Post a Comment