BAB 6
Kem Motivasi anjuran MPP berjalan lancar. Sudah 2 hari mereka ‘berkampung’ di Lembah Pangsun itu. Seramai 150 orang pelajar terpilih untuk menyertai kem itu. Kem Motivasi itu di khaskan kepada pelajar-pelajar yang kurang cemerlang dalam pelajaran mereka. Rata-rata pelajar yang menyertai kem itu mendapai pointer bawah daripada CGPA 2.00. Tujuan kem itu diadakan bukanlah untuk merendah-rendahkan pelajar berkenaan, tetapi untuk membantu mereka lebih berminat dengan pelajaran seterusnya meningkatkan keputusan peperiksaan mereka pada semester yang akan datang.
Qalisha Humaira tekun mendengar ceramah yang disampaikan oleh counselor kolej mereka. Sebagai salah seorang fasilitator, dia merasa bertuah kerana dapat menumpang mendengar ceramah khas itu. Terasa semangatnya untuk belajar bertambah dan berkobar-kobar. Di sudut hatinya dia amat berharap peserta-peserta kem motivasi itu turut merasakan apa yang dirasakannya.
Ketika rehat makan tengah hari, Qalisha Humaira turut membantu rakan-rakannya mengagih-agihkan makanan. Selesai kerjanya dia bergerak ke belakang. Lapar la pulak! Dia mencapai sepinggan nasi yang terdapat dihadapannya. Dengan bacaan doa makan, dia mula menikmati rezkinya hari itu. Dalam hatinya dia mula rasa rindu pada abangnya. Sudah hampir sebulan abangnya itu pulang ke tanah air tetapi abangnya langsung tidak mahu berjumpa dengan mama dan papanya.
“Along dah sewa rumah. Kita terus ke rumah sewa Along lah.” Jawapan Qaliff Haikal saat itu amat memeranjatkannya. Sudahnya hari itu dia menghantar abangnya itu ke rumah sewa itu. Apartment 3 bilik amat selesa kelihatannya, lengkap dengan perabotnya sekali. Menurut abangnya, dia sudah mendapatkan perkerjaan sebelum pulang ke Malaysia . Malah, rumah sewa itu sebenarnya disediakan oleh pihak syarikat. Sungguh beruntung abangnya itu. Mendapat kerja sesudah menamatkan pelajaran!
Untuk sementara waktu ini, Qalisha Humaira meminjamkan kereta Kelisanya untuk kegunaan abangnya itu. Walaupun pada mulanya Qaliff Haikal menolak, Qalisha Humaira tetap memaksa. Baginya dia ingin berjasa kepada abangnya itu. Tambahan pula Qalisha Humaira tidak menggunakan sangat kereta itu. Saat di utarakan persoalan bila abangnya ingin berjumpa dengan ibubapa mereka, abangnya itu seperti mengelak.
“Nanti abang jumpalah. Qisha jangan bimbang ye?” Jawapan itu yang sering diterimanya menjadikan dia hampir bosan untuk bertanya. Malah sehari sebelum menjejak kaki ke kem ini dia sempat berpesan pada abangnya untuk menghubungi papa dan mama mereka. Sekali lagi Qaliff Haikal mengelak. Qalisha Humaira melepaskan satu keluhan. Resah dia memikirkan abangnya yang seorang itu.
Amir Hamzah yang hanya memerhati sedari tadi, melangkah menghampiri Qalisha Humaira. Dia turut menyertai Qalisha Humaitara makan. Akhirnya mereka makan sambil bersembang. Pelbagai tajuk menjadi perbincangan mereka. Qalisha Humaira melayan Amir Hamzah seadanya. Dia masih menghormati Amir Hamzah sebagai Presiden MPP. Persoalannya dengan abangnya cuba disingkirkan daripada ingatannya saat itu.
“Saya ada hal nak bincang dengan Qisha.” Akhirnya Amir Hamzah memberanikan diri.
“Apa dia?” Ceh, dah sembang lama baru nak bagitau ada hal nak bincang ke? Hati Qalisha Humaira berbisik.
“Err… Pagi esok lah ye. Sebelum balik, saya harap dapat jumpa Qisha.” Amir Hamzah berharap. Okay lah… Okay lah… Dalam hati Amir Hamzah berdoa.
“Okay.” Sepatah Qalisha memberi jawapan.
Segaris senyuman untuk Qalisha Humaira diukirkan. Gadis itu turut membalas. Wah, lega aku! Hati Amir Hamzah berbunga riang.
Keesokannya sebelum pulang ke kolej mereka, Qalisha Humaira menanti Amir Hamzah di koridor banggunan hostel itu. Ketika Amir Hamzah menghampirinya Qalisha Humaira menguntumkan senyum. Senyuman itu dibalas lembut oleh Amir Hamzah.
“Ada apa?” Tanya Qalisha Humaira.
Amir Hamzah terdiam. Dia memikirkan bagaimana ingin memulakan ayatnya.
Qalisha Humaira pula menanti dengan tenang. Apalah yang dia nak bagitau aku ni? Hatinya tertanya-tanya.
“Be my girlfriend.” Akhirnya ayat itu terluah di bibir Amir Hamzah.
“What?” Qalisha Humaira bertanya. Dalam hatinya dia mula rasa tidak senang.
“Takkan nak suruh saya ulang lagi? Emm… Okay, Jadi girlfriend saya. Boleh?” Tanyanya lagi tanpa menghiraukan wajah Qalisha Humaira yang sudah merona merah.
“Are you serious? Yana macam mana?” Qalisha Humaira membalas. Hati mana tidak terusik jika di propose sebegitu?
“If you agree, then saya akan clash dengan dia.” Balas Amir Hamzah lancar.
Hell! Hati Qalisha Humaira menyumpah. Senang betul lelaki ini. Sekarang dia suka aku, dia ajak aku couple, nanti dia suka perempuan lain, dia clash dengan aku and propose another girl?
Melihatkan Qalisha Humaira hanya berdiam, dia bertanya lagi. “So, what is your answer?”
“NO! Never.” Separuh menjerit Qalisha Humaira menjawab. Tidak dihiraukan lagi beberapa pelajar yang melintasi mereka. Lantas Qalisha Humaira melangkah menjauhi lelaki itu. Hatinya menyumpah. Dia sendiri tidak menyangka dia mereject lelaki seperti itu. Siapa tidak kenal Amir Hamzah? President MPP yang berwibawa dan kacak. Tetapi sayang sebenarnya lelaki itu tidak menghormati perempuan! Qalisha Humaira menggeleng-gelengkan kepalanya.
Nasib kau lah, Yana . Dapat boyfriend kaki perempuan. Tiba-tiba dia berasa kasihan terhadap Aryana Ilhami. Dia selalu mendengar cerita daripada gadis itu mengatakan Amir Hamzah seorang yang baik, romantic dan penyayang. Qalisha Humaira turut menumpang seronok mendengar cerita Aryana Ilhami itu. Dia turut berdoa semoga gadis itu sentiasa berbahagia dengan Amir Hamzah. Tetapi kini hanya perasaan kasihan yang terbit daripada hatinya terhadap gadis itu.
Amir Hamzah terkedu melihat Qalisha Humaira melangkah pergi meninggalkannya. Aku kena reject? Oh no! Gila malu. Hatinya mendesis. Dia memandang sekeliling. Beberapa pasang mata kelihatan tajam merenungnya. Untuk menutup malunya dia melemparkan senyum. Tanpa berlengah, dia turut melangkah pergi. Hatinya pedih. Dia tidak pernah ditolak oleh mana-mana gadis. Ini kali pertama dia ditolak sebegitu. Dan gadis itu tidak mengambil masa yang lama untuk menolaknya!
“Damn!” Dia menyumpah entah kepada siapa.
Sampai sahaja dirumah sewanya, Qalisha Humaira menghempas beg pakaiannya di lantai biliknya. Aryana Ilhami yang tersenyum menyambut kepulangannya hanya dipandangnya. Dia memaksa dirinya untuk senyum kepada gadis itu. Kesian kau! Hatinya berkata. Qalisha Humaira benar-benar marah ketika itu. Kalau ikutkan hatinya dia benar-benar ingin merokok saat itu. Perlahan dia menyandang beg sandangnya yang memang sentiasa tersedia untuk dia merokok! Dia mula menapak ke port biasanya. Dalam hatinya dia berdoa tidak bertemu dengan Iskandar Zulkarnain hari itu.
Saat menyandarkan tubuhnya ke dinding, dia mula mengeluarkan kotak rokoknya. Saat dia menghidupkan api lighternya, rokoknya dirampas. Dia tidak perlu memandang siapa yang merampas rokoknya. Dia sudah sedia maklum! Perlahan dia mengeluh. Tiadakah ruang untuk dia bersendirian di dunia ini?
“Saya ingat awak dah berhenti?” Suara Iskandar Zulkarnain kedengaran.
Eh, dah tukar kata ganti nama diri nampak? Sebelum ini jika mereka hanya mereka berdua Iskandar Zulkarnain lebih suka ber-kau aku dengannya. “Jangan sibuk, boleh?” Qalisha Humaira membalas sinis. Kau dengan kawan kau sama je suka menyusahkan hidup orang! Hatinya mengutuk.
“Qisha, merokok tak baik untuk kesihatan kan ? Bukan boleh selesai masalah pun kalau merokok ni.” Lembut suara Iskandar Zulkarnain menasihati Qalisha Humaira. Lagipun tak comel la merokok. Buruk benar perempuan merokok! Dia menambah tetapi hanya dalam hati.
“Argh!” Qalisha Humaira menjerit. Tiba-tiba dia teringatkan Qaliff Haikal. Dia mengeluarkan handphone daripada poketnya. Tanpa menghiraukan Iskandar Zulkarnain dia menghubungi abangnya itu sambil melangkah pergi.
“Along, I want to see you…” Ayat itu terkeluar sebaik mendengar suara abangnya.
Kurang sejam menanti, wajah Qaliff Haikal muncul di hadapan pondok guard apartment Qalisha Humaira. Saat melihat wajah Qaliff Haikal, hatinya kembali tenang. Dia menegur abangnya, bersalam dan mencium tangan abangnya itu. Qaliff Haikal menghadiahkan satu ciuman mesra di dahi adiknya. Walaupun baru empat hari tidak berjumpa dia merindui adiknya itu. Tanpa disedari sepasang mata memerhati hubungan mesra antara Qalisha Humaira dan Qaliff Haikal. Iskandar Zulkarnain hanya memandang. Entah kenapa hatinya benar-benar ingin tahu siapa gerangan lelaki yang begitu berani bermesra dengan Qalisha Humaira ditempat terbuka sebegitu.
Ketika memasuki kereta Kelisa hitamnya, Qalisha Humaira mengajak abangnya makan di restaurant fast food kegemaran mereka. Mereka bercerita mengenai kenangan semasa kecil, pengalaman Qaliff Haikal di German dan juga aktiviti semasa mereka. Pertemuan dengan abangnya itu menjadikan Qalisha Humaira melupakan seketika hatinya yang sedang panas.
“Do you have any special boyfriend?” Tiba-tiba Qaliff Haikal mengorek cerita peribadi adik kesayangannya itu.
“No. Not yet. I think.” Balas Qalisha Humaira malas sambil menyedut air coca-cola dihadapannya. Sepintas dia teringat peristiwa di propose oleh President MPP pagi tadi.
“Emm…” Qaliff Haikal mengangkat kening.
“Tadi ada orang ajak Qisha couple.” Qalisha Humaira mengadu.
“Wow… So, your answer is…” Tanya Qaliff Haikal pula memberi tumpuan kepada wajah adiknya itu.
“Hell, no!” Balasnya kasar. Upps… Terlepas pulak.
“Hah, why?” Qaliff Haikal terperanjat dengan perkataan kasar yang keluar daripada mulut Qalisha Humaira itu.
“He said that he will break-up with her girlfriend if I accept him.” Qalisha Humaira bercerita.
“What the…” Qaliff Haikal tidak menghabiskan ayatnya. Dalam hatinya dia menyokong tindakan adiknya menolak lelaki itu.
*****
No comments:
Post a Comment