Monday, September 19, 2011

Kisah Cinta Qalisha 7

BAB 7

Semester akhir! Qalisha Humaira meneruskan hidupnya seperti biasa. Selang 3, 4 hari dia melepak rumah abangnya. Hari-hari biasa dia sibuk dengan kelas dan assignmentnya. Dia juga sibuk membahagi-bahagikan masanya sebagai salah seorang wakil MPP. Kadang-kadang dia mengeluh dengan kerja-kerja hariannya yang dirasakan amat menuntut kesabarannya.

Masih Qalisha Humaira ingat saat diperkenalkan dengan keluarga Uncle Zahidi, dia terperanjat besar. Rupa-rupanya Aryana Ilhami dan Suraya Ilhami adalah anak kepada Uncle Zahidi. Dia mengeluh sendiri. Kecilnya dunia ni! Masih jelas di matanya bagaimana rupa kedua-dua adik beradik itu. Aryana Ilhami kelihatan biasa sahaja tetapi Suraya Ilhami seolah-olah marah, kecewa dan Qalisha Humaira sendiri tidak tahu apakah reaksi sebenar Suraya Ilhami itu. Cuma jauh disudut hatinya, dia benar-benar yakin Suraya Ilhami tidak suka dengan hubungan itu.

“Ni anak aunty, Qisha.” Puan Hanissa memperkenalkan anaknya.

Aryana Ilhami tersenyum. “Aunty, kami serumah la. Kak Qisha ni housemate Yana.” Ujarnya sambil tersenyum.

“La… Ye ke? Baguslah kalau macam tu. Tak lah susah nak biasakan diri nanti.” Balas Uncle Zahidi pula.

Qalisha Humaira dan Suraya Ilhami saling pandang memandang.

“Yaya ni, Qisha kenal tak?” Tanya Puan Hanissa lagi.

“Kenal. Satu group buat assignment, ma… Sekelas…” Balas Qalisha Humaira dengan senyuman terhias dibibirnya. Qalisha Humaira menyedari satu kelebihannya, orang sukar membaca riak wajahnya. Dia cukup pandai melindungi segala yang tersirat dihatinya. Dengan senyuman yang diukirkan, dia pasti dapat melindungi riak hatinya.

Puan Hanissa dan Uncle Zahidi berbalas pandang dan tersenyum. Senang kerja kita!

Pulang dari pertemuan itu, Qalisha Humaira seperti tidak senang duduk. Nasib baik Aryana Ilhami tidak pulang malam itu. Dia bermalam di rumah papanya bersama Suraya Ilhami. Qalisha Humaira menarik nafas lega. Sekurang-kurangnya malam itu dia terlepas daripada rasa kekok berhadapan dengan mereka berdua. Perlahan langkah disusun menghampiri port biasanya.

Iskandar Zulkarnain mengikuti langkah Qalisha Humaira dengan ekor matanya. Beg yang disandang Qalisha Humaira amat menarik minatnya. Ish, degil betul dia ni! Hatinya mendesis. Sangkanya Qalisha Humaira akan berhenti merokok kerana telah tertangkap olehnya. Tetapi rupa-rupanya lagsung tidak memberi kesan. Akhirnya, Iskandar Zulkarnain turut melangkah merapati Qalisha Humaira.

“Nak merokok lagi?” Sapanya tanpa salam.

“Aah…” Qalisha Humaira terkejut. Dia menutup mulutnya sendiri. Bimbang jeritannya terlepas.

Iskandar Zulkarnain menahan gelak. “Sorry… Sorry…” Dia memohon maaf. “Nak merokok lagi?” Ulang Iskandar Zulkarnain lagi.

Qalisha Humaira memandang dengan geram. “Suka hatilah…” Ujarnya berani. Kenapa asyik jumpa dia je ni? Huh… Benci betul!

Satu keluhan terlepas dari mulut Iskandar Zulkarnain. Betul-betul degil budak ni!

Eh, tadi dia mengeluh ke? Qalisha Humaira memandang Iskandar Zulkarnain. Wajah lelaki dihadapnnya kelihatan tegang. Dia cuba membaca riak lelaki itu. Namun dia sendiri sukar meneka. Pelik. Hatinya berbisik lagi.

Iskandar Zulkarnain menarik beg sandang Qalisha Humaira. Memaksa gadis itu mengikutinya melangkah ke arah taman permainan berdekatan. Mereka berhenti di hadapan buaian. Tanpa berlengah, Qalisha Humaira menaiki buaian itu. Perlahan-lahan diayunkan buaian yang dinaikinya. Iskandar Zulkarnain turut menyertai mengayun buaian disebelah Qalisha Humaira.

“Qisha…” Panggil Iskandar Zulkarnain.

“Apa?” Sepatah juga Qalisha Humaira membalas.

“Stop smoking, will you?” Pujuk Iskandar Zulkarnain.

Hati Qalisha Humaira terasa panas. “Apa hak awak nak suruh saya berhenti merokok? Suka hati sayalah nak merokok ke apa ke. Yang awak menyibuk ni kenapa?” Ayat-ayat itu terkeluar dengan kasarnya.

“Tak elok merokok ni. Bahaya. Hak saya sebagai kawan nak menegur, salah ke?” Tanya Iskandar Zulkarnain pula.

“Pergilah tegur orang lain. Lagi satu bila masa pulak awak kawan saya?” Bidas Qalisha Humaira.

“Awak kenal saya, saya kenal awak, so kita kawanlah maknanya tu. Kenapa awak ni degil sangat hah?” Suara Iskandar Zulkarnain makin meninggi.

“Jangan sibuk!” Jerit Qalisha Humaira.

“Saya nak sibuk jugak…” Balas Iskandar Zulkarnain pula.

“Sudahlah, malas saya nak layan awak ni…” Qalisha Humaira bangun mahu meninggalkan Iskandar Zulkarnain.

“Kalau awak tak berhenti merokok, saya sebarkan gambar awak tu. Biar satu kolej tahu, biar parents awak dan pakwe awak pun tahu awak macam mana.” Ugut Iskandar Zulkarnain. Ish, aku ni asyik mengugut dia je… Hatinya menggerutu.

“Apa yang awak nak sebenarnya?” Qalisha Humaira bertanya. Err… Pakwe?

“Saya akan simpan rahsia ni kalau awak janji awak berhenti merokok.” Ujar Iskandar Zulkarnain.

“Hah?” Qalisha Humaira pelik. Eh, senang betul?

Iskandar Zulkarnain hanya tersenyum. Pelik sangat ke aku suruh dia berhenti merokok?

“Okay!” Semudah itu Qalisha Humaira membuat janji. Eleh, kalau aku hisap rokok pun bukan dia tahu!

“If I know that you still smoking, you can’t imagine what I can do to you!” Separuh mengugut Iskandar Zulkarnain bersuara seolah-olah mendengar isi hati Qalisha Humaira ketika itu.

Qalisha Humaira menelan liurnya. Crap!

Pada petang keesokannya Qalisha Humaira memandu ke rumah abangnya. Otaknya benar-benar penat berfikir. Hatinya terasa pedih. Biarlah dia tenang sedikit apabila bersama abangnya itu. Dia disambut dengan senyuman ceria abangnya. Kelihatan Qaliff Haikal begitu santai dengan T-shirt dan seluar trek hitam. Abangnya menghulur segelas air oren ketika dia sedang rehat di balkoni apartment abangnya itu. Mereka berbalas senyum.

“Ni apa hal, tiba-tiba nak jumpa Along?” Tanya Qaliff Haikal.

“Nak jumpa abang sendiri pun tak boleh ke?” Qalisha Humaira membalas.

Qaliff Haikal hanya memandang adiknya. Ada la tu… Dia tesenyum.

“Emm… Mama ada bagitau Along apa-apa tak?” Qalisha Humaira bertanya lagi.

“Apa?” Tanya Qaliff Haikal pula. Sebenarnya dia sudah boleh mengagak apa persoalan yang ingin diutarakan Qalisha Humaira. Mamanya sudah menghantar e-mail menanyakan persetujuannya untuk berkahwin lain. Dia sendiri belum memberi kata putus. Dia sedar mamanya masih belum maklum kepulangannya ke tanah air menjadikan mamanya menggunakan e-mail sebagai perantaraan.

“Mama nak kahwin lagi.” Ayat itu terlepas dibibirnya. Dia merenung kehadapan. Melihat ke arah banggunan-banggunan yang jauh dan kabur dek awan petang seolah-olah membantunya memberikan ketenangan. Aku ni betul-betul setuju ke dengan perkahwinan mama? Dia sebenarnya masih keliru dengan keputusannya sendiri.

Melihat reaksi Qalisha Humaira hati Qaliff Haikal tertanya-tanya dengan persetujuan adiknya itu. Seingatnya mamanya sudah menyatakan persetujuan Qalisha Humaira mengenai perkahwinan itu. “So?” Kedengaran suara Qaliff Humaira memecahkan lamunan adiknya itu.

Qalisha Humaira berpaling memandang abangnya yang kelihatan begitu santai bersandar pada kerusi. Perlahan dia mendekati abangnya dan merebahkan kepalanya di dada abangnya. Dia melepaskan keluhan berat. “Qisha tak kisah…” Ayat itu terlontar daripada mulutnya. Dia tidak menangis sebaliknya hanya mengukirkan senyuman kelat. Senyuman itu tidak dapat dilihat oleh abangnya kerana dia sudah membenamkan mukanya ke dada abangnya itu.

Qaliff Haikal memegang lembut bahu adiknya. Dia tidak mendengar esak tangis. Dia sendiri tidak mengerti apa sebenarnya yang bermain difikiran adiknya ketika itu. Perlahan dia menolak bahu Qalisha Humaira, memerhatikan wajah adiknya itu seketika sebelum mencubit geram pipi adiknya itu. Sangkanya adiknya akan menangis tetapi wajah itu sangat tenang kelihatannya. Qisha memang tabah kan? Hatinya mendesis.

“Aww… Sakitlah, Along.” Jerit Qalisha Humaira perlahan. Wajahnya dimasamkan. Lantas dia menjarakkan tubuhnya dengan abangnya itu. Orang baru nak manja-manja kena cubit pulak! Hati Qalisha Humaira menggumam.

“Hahaha…” Kedengaran suara Qaliff Haikal tertawa. Dia suka melihat adiknya begitu. Sekurang-kurangnya dia tidak berhadapan dengan tangisan Qalisha Humaira. Dia tidak tahu apa yang sepatutnya dikatakan untuk memujuk adiknya kerana hatinya sendiri tidak terpujuk. “Shahir!” Tiba-tiba Qaliff Haikal menyebut nama itu.

Qalisha Humaira membulatkan matanya.

Flashback. 8 tahun lepas…

“Ni adik kau ke?” Tanya Zafuan, kawan Qaliff Haikal bertanya. Matanya memerhatikan Qalisha Humaira. Muka macam perempuan tapi pakai macam lelaki! Matanya turut menyorot di dada Qalisha Humaira. Tak ada! Hatinya mendesis lagi.

“Yup. Dia nak join main bola keranjang, boleh ke?” Qaliff Haikal bertanya. Kurang senang melihat pandangan Zafuan itu.

“Adik kau ni lelaki ke perempuan?” Terus sahaja Zafuan bertanya. Dia hanya mengenali Qaliff Haikal ketika bermain bola keranjang di sekolah. Hubungan di sekolah itu di bawa ke rumah dan mereka akhirnya menjadi satu team untuk bermain bola keranjang pada hampir setiap petang di court bola keranjang di kawasan rumah mereka. Sedarinya, dia tidak pernah bertanyakan hal keluarga kepada Qaliff Iskandar.

“Shahir.” Qalisha Humaira menghulurkan tangan. Suaranya diperlahankan menjadikan ia kedengaran seperti suara budak lelaki. Dia tahu kawan abangnya tentu keliru dengan jantinanya itu. Hatinya gembira sekiranya dia dapat menjadi adik lelaki abangnya menjadikan dia mahu bertukar jantina seketika. Hehehe…

Qaliff Haikal membulatkan matanya. Eh, bila masa pulak adik aku ni namanya Shahir? Ingin menegur tetapi dia juga lebih suka melihat lakonan adiknya itu.

“Oh… Zafuan.” Sambil memperkenalkan diri, Zafuan menyambut huluran salam ‘Shahir’ itu. Lelaki rupanya. Hatinya mendesis.

Sejak itu, hampir setiap petang ‘Shahir’ mengikuti abangnya bermain bola keranjang. Adakala dia turut menyertai pertandingan bola keranjang yang diadakan setiap hujung bulan. ‘Shahir’ juga amat cepat menguasai permainan itu sehinggakan tiada siapa pun dapat mengecam jantina sebenar ‘Shahir’ ciptaan Qalisha Humaira itu.

“Kau tak rasa ke yang kau macam sangat protect adik kau tu?” Soalan Zafuan kepada Qaliff Haikal apabila melihat Qaliff Haikal kerap membantu adiknya ketika bermain bola keranjang. Saat ‘Shahir’ jatuh, pasti Qaliff Haikal akan berlari mendapatkan adiknya itu.

“Maksud kau?” Tanya Qaliff Haikal sambil merenung wajah Zafuan. Dia menelan air liurnya sendiri.

“Tak adalah, kau tu… Biasalah kalau main macam ni kena tolak, jatuh… Barulah adik kau tu kuat. Ni kadang-kadang aku tengok, dia tu lembik macam perempuan je…” Zafuan memberikan komennya.

Adik aku tu memang perempuan lah… Kesian kau kena tipu dengan dia. Hatinya mendesis. “Adik aku tu memang lembik sikit, tu yang aku ajak dia main bola keranjang ni. Tapi, kesian la jugak dekat dia. Nanti kalau badan dia luka ke apa ke, aku nak jawab apa kat mama aku nanti?” Panjang lebar Qaliff Iskandar memberi alasan.

“Biasalah kalau lelaki nampak kasar macam tu. Dah la muka adik kau tu jambu. Nanti kalau lembut sangat orang ingat dia sotong pulak…”  Zafuan memberi nasihat. Dia sebenarnya kasihan kepada ‘Shahir’ tetapi baginya lelaki tidak sepatutnya terlalu lemah sebegitu.

Qaliff Haikal hanya tersenyum. Sotong? Eh… Eh… Sesedap rasa je mamat ni kutuk adik aku. Matanya dipusatkan kepada adiknya yang sedang berlari mengejar bola. Dia ingin berterus terang kepada Zafuan tetapi apabila melihat Qalisha Humaira tersenyum ketika berjaya memasukkankan bola ke dalam jaring, hatinya berdetak. Biarlah dia, asalkan bahagia…

Tiba-tiba Qalisha Humaira terjatuh. Qaliff Haikal segera berlari mendapatkan adiknya itu. “Kenapa?” Soalnya pantas. Dia nampak wajah Qalisha Humaira yang menahan sakit sambil memegang kakinya.

“Sakit la Along.” Muka Qalisha Humaira bertukar merah, seperti mahu menangis.

“Sini.” Tanpa membuang masa Qaliff Haikal mencempung adiknya itu. Zafuan yang memandang, sedikit ternganga. Eh, kenapa dia dukung adik dia macam tu?

Di rumah, teruk Qalisha Humaira dileteri mamanya. Qaliff Haikal turut merasai bahangnya. Sejak hari itu, Qalisha Humaira tidak dibenarkan bermain bola keranjang lagi. “Perempuan, buat lah cara perempuan.” Antara leteran mamanya masih melekat di kepala Qalisha Humaira. Seingatnya juga, sampai sudah kawan-kawan abangnya tidak tahu yang ‘Shahir’ sebenarnya perempuan. Zafuan juga sudah lama tidak ditemuinya. Hubungan persahabatan itu tamat sebaik sahaja mereka tamat zaman persekolahan.

Mereka sama-sama tertawa sesudah mengenang cerita ‘Shahir’ itu.

Kenangan itu sangat indah dihati Qalisha Humaira. Dia tersenyum memandang abangnya. “Eh, dah nak maghrib, Qisha nak balik lah. Nanti Qisha datang lagi.” Ujarnya. Sekurang-kurangnya dia dapat melupakan duka dihatinya seketika. Bersama abangnya dia dapat menghindarkan ketegangan hati.

Qaliff Haikal mengangguk. Berharap dengan kenangan lama itu, dapat membuatkan adiknya sedikit tenang. Semoga adiknya tahu apa yang sepatutnya dilakukan. Huluran tangan adiknya untuk bersalam disambut. Ketika tangannya dicium, dia membelai kepala adiknya. Be tough, Qisha! Hatinya berbisik.

*****

No comments:

Post a Comment