Wednesday, September 21, 2011

Kisah Cinta Qalisha 5

BAB 5

Little Sis, I’ll be home this Monday. Fetch me at KLIA, kay!

P/s: Don’t tell our parents, I’m going to surprise them. ☺

E-mail ringkas daripada abangnya dibaca berulang kali. Hatinya berbunga riang. Abangnya itu terbang ke German untuk menyambung pelajarannya. Hampir 6 tahun mereka tidak berjumpa. Ketika itu Qalisha Humaira di tingkatan 4. Setahun sebelum penceraian papa mamanya. Setahun sebelum Qalisha Humaira terjebak dengan cinta tak jadinya. Setahun sebelum Qalisha Humaira menangis tanpa sesiapa disisinya.

Hatinya mendegus perlahan. Abangnya itu tidak salah. Dia menyambung pelajarannya setelah tamat tingkatan lima. Sebelum berangkat ke German, umur abangnya baru berusia 19 tahun. Kini abangnya itu sudah berusia 25 tahun. Sudah pasti banyak berubah.

Kemajuan teknologi menjadi penghubung mereka. Melalui e-mail mereka berhubung. Bertukar-tukar cerita dan gambar menjadikan hubungan mereka tidak terlalu renggang. Sekurang-kurangnya Qalisha Humaira menyedari dia masih mempunyai seorang saudara kandung.

Hari Isnin itu dia tercongok menunggu abangnya di KLIA. Dia mengambil keputusan untuk memandu Kelisa hitamnya ke KLIA. Kereta pemberian papanya untuk kegunaan ke kuliahnya dipandu cermat. Dengan sabar dia menanti abangnya di ruang menunggu. MP3 di telinganya dipasang perlahan. Dia hanya duduk menunggu tanpa menghiraukan orang yang lalu-lalang.

Lelaki itu memerhati gadis yang ber T-shirt kuning dan berseluar jeans hitam itu. Rambut panjang yang dibiarkan lepas lurus kelihatan lembut di belai angin. Gadis itu tetap comel pada pandangannya. Dia hanya memerhatikan dari jauh. Qisha, maafkan Along. Along tau Qisha mesti dah banyak menangis kan? Maafkan Along kerana tak dapat berada disisi Qisha semasa penceraian mama dan papa. Maafkan Along juga kerana tak dapat jadi abang yang terbaik untuk Qisha.

Qaliff Haikal terpaksa mengakui satu perkara. Dia sengaja memilih German sebagai tempat menyambung pelajarannya untuk lari dari kekecewaannya terhadap hubungan papa dan mamanya. Dia sedar, hubungan papa dan mamanya sudah mula berantakan daripada awal lagi. Kerana tidak sanggup menyaksikan penceraian itu, dia melarikan diri. Coward! Dia mengutuk dirinya sendiri.

Dengan alasan menyambung pelajaran, Qaliff Haikal berjaya melarikan diri. Sekurang-kurangnya dia tidak menyaksikan lagi pertengkaran demi pertengkaran antara papa dan mama. Setidak-tidaknya dia tidak nampak adiknya menangis menderita dengan perpisahan itu. Dan yang paling penting, dia dapat melarikan diri daripada berhadapan kepiluan hatinya sendiri.

Dia terasa bersalah kerana membiarkan adiknya itu bersendirian. Tetapi dia sendiri mungkin tidak kuat untuk menghadapinya sendiri! Sehingga saat itu dia rasa bersalah kepada Qalisha Humaira. Semoga kepulangannya kali ini dia mampu membasuh luka yang ditanggung adiknya itu. I will never let you cry again, Qisha!

Langkah diatur menghampiri gadis berbaju kuning itu. “Qisha!” Nama itu dipanggil.

Qalisha Humaira berpaling. Wow,handsomenya abang aku! “Along!” Sepatah nama panggilan abangnya diseru. Dia di dalam pelukan abangnya saat itu. Air matanya mengalir perlahan. Qisha rindukan Along!

Mereka melangkah pulang. Terlalu banyak cerita yang ingin dikongsikan antara mereka. Ketika di dalam kereta, Qalisha Humaira tiba-tiba bertanya, “Kita nak balik rumah siapa?” Soalan itu disertai ketawa Qalisha Humaira. “Boleh pilih nak balik rumah mama or papa. Along nak jumpa siapa dulu?” Sambungnya lagi.

Qaliff Haikal menelan air liurnya sendiri. Wajah adiknya yang memandu tenang diperhatikan. “Along dah sewa rumah. Kita terus ke rumah sewa Along lah.” Jawabnya perlahan. Kenapa Qisha setenang itu? Tidak terasakah gadis itu dengan perpisahan ibubapa mereka?

“What? Macam mana Along dah boleh siap sewa rumah ni?” Tanya Qalisha Humaira ingin tahu.

“Nothing impossible, Qisha.” Hanya itu yang mampu diluahkan Qaliff Haikal saat itu. Masakan dia mahu bercerita kepada Qalisha Humaira yang dia sebenarnya sangat kerap pulang ke Malaysia belakangan tahun ini. Dia juga sudah menyediakan segalanya sebelum dia benar-benar pulang ke Malaysia!

*****

1 comment:

  1. nape bab ni pendek sgt shaqi...lain kali tulis panjang2 yer...hehehe..pe2 pun teruskan menulis my dear frenz...:)

    ReplyDelete