Thursday, September 22, 2011

Kisah Cinta Qalisha 4

BAB 4

Suasana pagi di kawasan rumahnya agak nyaman. Angin pagi yang kadang-kadang bertiup perlahan membawa hawa yang sangat sejuk tetapi mendamaikan. Pagi ini, setelah memastikan keadaan clear, dia melangkah keluar dari apartmentnya ke kawasan yang agak tersembunyi di belakang kolam renang yang memang disediakan oleh pihak perumahan untuk kegunaan penduduk apartment itu. Qalisha Humaira membelek gambar-gambar foto ditangannya. Nice shot. Hatinya berbisik. Dia menyukai angle gambar itu tetapi disebabkan subjek gambar itu adalah dirinya yang sedang merokok, dia bertekad untuk membakar gambar-gambar itu.

Sedang menghidupkan api dari lighternya, dia terasa seseorang menghampirinya. Gambar ditangannya sudah terbakar sedikit. Dia cuba untuk bertenang. Pagi-pagi sebegini pelbagai perkara buruk boleh berlaku. Hatinya mula berdebar-debar. Sedikit menyesal dia keluar awal pada pagi itu.

“Qisha, buat apa ni?” Satu suara milik seorang lelaki kedengaran.

Qalisha Humaira mengangkat muka. Wajah Amir Hamzah di lihatnya tersenyum. Hatinya lega apabila pemilik suara itu mengenalnya dan tambahan lagi bukan milik Iskandar Zulkarnanin. Sekurang-kurangnya buat masa sekarang dia cuba untuk menjauhi lelaki itu. Api pada gambar itu segera di padamkan.

“Buat pembakaran terbuka jap.” Spontan jawab Qlisha Humaira berlucu.

“Bakar apa pagi-pagi buta ni?” Tanya Amir Hamzah ingin tahu.

“Adalah kertas nak kena bakar.” Masih menyembunyikan rahsianya, Qalisha Humaira menjawab tenang.

Tanpa disangka Qalisha Humaira, Amir Hamzah menarik gambar ditangannya. Lighter yang terlepas jatuh ke bawah dibiarkan. Dalam keadaan kalut, Qalisha Humaira menunduk mengambil lighter itu manakala Amir Hamzah sudah membelek gambar-gambar itu. Amir Hamzah mengerutkan dahinya. Dia meneliti gambar-gambar photo itu. Dia amat pasti perempuan yang merokok itu ialah Qalisha Humaira. Wajah lembut Qalisha Humaira kembali menjadi santapan matanya.

”Apa ni?” Tanya Amir Hamzah.

”...” Qalisha Humaira kelu untuk berkata-kata. Damn. Aku dah terkantoi dengan President MPP ni pulak!  Otaknya masih ligat memikirkan alasan.

”Kat sini kau rupanya!” Satu suara menyinggah di belakang mereka. Qalisha Humaira dan Amir Hamzah berpaling. Kelihatan Iskandar Zulkarnain berwajah serius.

”Er... Kau cari aku ke?” Solan itu terpacul daripada mulut Amir Hamzah.

“Dasar lupa kawan. Jumpa awek, terus lupa aku...” Suara Iskandar Zulkarnani kedengaran menderam.

”Sorry... Sorry... Aku nampak Qisha ni, tu aku tegur dia. Ingatkan dia nak terjun kolam tu.” Sejurus itu dia memuncungkan mulutnya ke arah kolam renang di belakang mereka. Amir Hamzah mengutuk dirinya. Sudah tentu kolam itu jauh daripada kedudukan mereka sekarang. Adoi... Jawapan logik pun aku tak boleh fikir?

”Oh, ye ke?” Soalan Iskandar Zulkarnain lebih kepada menyindir. Apa la ko ni mat, gelabah je! Sejurus matanya memandang gambar ditangan Amir Hamzah. Gambar itu! Lantas matanya merenung Qalisha Humaira. Wajah gadis itu kelihatan pucat. Ermm... Qisha… Qisha…!

Qalisha Humaira mengetap bibirnya. Adoi! Kenapalah boleh jumpa dia pulak hari ni? Hatinya merungut.

Amir Hamzah masih kaku. Dia tidak pasti tindakan yang sepatutnya diambil sekarang. Mahu berkongsi dengan Iskandar Zulkarnain atau tidak. Terasa inilah peluangnya untuk mendekati gadis itu. Tetapi dia benar-benar buntu, tidak tahu apa yang sepatutnya dilakukan. Tiba-tiba dia jadi blur!

“Gambar ni? Qisha punya kan?” Sekali lagi Iskandar Zulkarnain bertanya. Dia menarik gambar itu. ”Cantik tak angle ni?” Sambungnya lagi tanpa menanti jawapan daripada Amir Hamzah mahupun Qalisha Humaira. Game start! Hatinya menjerit.

“Ha?” Amir Hamzah ternganga. Tidak memahami maksud Iskandar Zulkarnain. Qalisha Humaira membulatkan matanya.

Di dalam hati, Iskandar Zulkarnain ketawa hebat. Dia pasti jantung Qalisha Humaira seperti mahu berhenti saat itu. ”Aku yang ambil gambar ni. Hebat tak? Dah boleh jadi pro aku ni kan?” Iskandar Zulkarnain bersuara lagi.

“Apa ni?” Amir Hamzah masih tertanya-tanya.

“Qisha mintak tolong aku. Sepupu dia kena buat projek sekolah, budaya merokok dikalangan wanita. Kan Qisha?” Iskandar Zulkarnain mengheret Qalisha Humaira untuk bermain ‘permainan’nya itu.

“Ye. Cousin Qisha yang form 5 tu kena buat projek pasal perempuan merokok tu, so Qisha mintak tolong Iskandar ambil gambar.” Lantas Qalisha Humaira mengiakan pembohongan itu. Wajahnya sedaya upaya di sembunyikan dengan senyuman, tanpa sedikit gugup.

Wah, hebat betul perempuan ni! What a poker face?! Hati Iskandar Zulkarnain berbisik. Dia benar-benar kagum dengan kebolehan gadis itu.

Amir Hamzah mengangguk-anggukkan kepalanya. Walaupun sedikit curiga, dia hanya menyimpan perasaan curiganya itu. Kini, rasa cemburu mula menguasai dirinya. Iskandar Zulkarnain dapat mendekati gadis ini dengan mudah. Sedangkan selama ini dia mengambil masa yang agak lama untuk memulakan perbualan dengan gadis itu. Huh! Dia melepaskan geramnya dalam hati.

Selamat aku. Hati Qalisha Humaira sedikit lega. Matanya masih merenung kedua-dua lelaki di hadapannya. “Apa yang korang buat pagi-pagi ni?” Soalan itu terkeluar, sekadar menukar topik.

“Oh, kitorang berjogging. Is la yang beria-ia ajak.” Jawab Amir Hamzah.

“Iskandar memang suka jogging kan? Akhirnya dia jugak yang cepat penat.” Qalisha Humaira sedikit mengadu.

Mata Amir Hamzah membulat. Apa maksud dia? Hatinya tertanya-tanya. Cemburu dalam hatinya tidak dapat dibendung lagi. ”Tahu pulak Qisha?”

”Hari tu aku berjogging dengan dia. Eh, kata orang cepat penat. Yang dia termengah-mengah hari tu, tak nak cerita pulak?” Iskandar Zulkarnain membalas seolah-olah menyimbah minyak ke dalam api cemburu Amir Hamzah.

“Rapatnya korang.” Amir Hamzah bersuara lebih kepada megomel pada dirinya.

Qalisha Humaira dan Iskandar Zulkarnain sekadar memandang wajah Amir Hamzah itu. Kedua-duanya mengukirkan senyum yang berlainan maksud.

Tak adanye aku nak rapat dengan mamat stalker ni! Hati Qalisha Humaira membentak keras.

Hahaha… Jaga kau, Qisha. Tahu lah kau apa aku nak buat nanti! Hati Iskandar Zulkarnain bergembira.

Aik, boleh senyum-senyum pulak dua-dua orang ni?! Hati Amir Hamzah berdetik.

“Kenapa Qisha nak bakar gambar ni?” Soalan perangkap Iskandar Zulkarnain melihat lighter dan sedikit kesan terbakar pada gambar itu.

“Er, cousin Qisha dah ambil gambar yang dia nak. Tinggal yang ni je dia tak nak. Kalau orang lain jumpa gambar ni, mesti diorang sangka yang bukan-bukan pada Qisha.” Masih lancar mulut Qalisha Humaira mencipta alasan. Ish, mamat ni. Jahat betul.

Hahaha... Tau kau pucat! “Oh, tak ada apa pun kalau Qisha bakar gambar tu. Dalam laptop Is ada lagi softcopy gambar tu.” Iskandar Zulkarnain mengingatkan Qalisha Humaira. Tak kira lah kau nak bakar ke nak tanam ke nak apa ke, aku tetap simpan softcopynya. Bukti mana boleh buang kan? Iskandar Zulkarnain tersenyum lembut. Qisha, aku dah palu gendang ni, sila lah menari.

Amir Hamzah masih menjadi pendengar setia. Kenapa diorang ni semacam je aku tengok? Is ni pun macam dah mengugut si Qisha ni.

“Oh ye ke? Ada baiknya Is delete gambar-gambar tu. Penat nanti Qisha nak terangkan pada orang kalau terlepas pada sesiapa nanti. Kesian kat Qisha kan?” Separuh memujuk kedengaran suara Qalisha Humaira itu.

”Okay, nanti Is delete. Qisha jangan bimbang, ye? Selagi gambar tu dengan Is, Is akan pastikan TAK ada sesiapa pun yang tahu.” Perkataan ‘tak’ itu sengaja ditekankan. Iskandar Zulkarnain meneruskan muka seriusnya. “Jom sambung jogging, Amza.” ajaknya pula.

”Okay, Qisha nak join sama tak?” Ajak Amir Hamzah pula.

Qalisha Humaira sekadar menggeleng-gelengkan kepalanya. Manakan mungkin dia berjogging sekarang. Sejenak, tekaknya terasa benar-benar ingin merokok! Dia mengetap bibir. Iskandar Zulkarnain merapati Qalisha Humaira.

”Qisha pergilah balik. Rokok tak baik untuk kesihatan kan?” Iskandar Zulkarnain sedikit berbisik di telinga Qalisha Humaira. Dia tidak mahu Amir Hamzah mendengar kata-katanya itu. Lighter di tangan gadis itu dicapainya dan dimasukkan ke dalam poket seluar. Dah jadi pengumpul lighter, aku ni!

Bencinya!!! Dalam hati Qalisha Humaira menjerit. Dia melangkah pulang dengan hati yang sakit dan marah.

Manakala kedua-dua lelaki itu beredar dan meneruskan larian mereka. Akhirnya mereka singgah di sebuah gerai berdekatan setelah penat berlari.

Amir Hamzah dan Iskandar Zulkarnain menikmati roti canai di hadapan mereka. Iskandar Zulkarnain teringat pada hari dia dan Qalisha Humaira berjogging bersama. Mereka turut singgah di gerai yang sama.

“Apa sebenarnya yang kau nak?” Soalan Qalisha Humaira itu masih terngiang-ngiang di telinganya.

“Aku nak makan. Penat berjogging.” Jawab Iskandar Zulkarnain sambil tersenyum.

“Kau serius boleh tak?” Balas Qalisha Humaira, geram.

“Bang, nak order.” Panggil Iskandar Zulkarnain menutup pertanyaan Qalisha Humaira. Sudahnya sejak pada hari itu dan sehingga kini tiada sebarang soalan lagi daripada Qalisha Humaira mengenai insiden merokoknya itu!

“Apa yang kau bisik kat Qisha tadi?” Soalan Amir Hamzah mematikan lamunan Iskandar Zulkarnain.

”Aku suruh dia balik la. Takkan nak jogging pakai seluar tidur.” Balas Iskandar Zulkarnain malas.

”Kenapa nak bisik-bisik?” Masih tidak berpuas hati, Amir Hamzah bertanya.

”Aik? Cemburu ke? Jangan bro, Yana kau nak letak mana?” Iskandar Zulkarnain mengingatkan Amir Hamzah mengenai hubungannya dengan Aryana Ilhami.

Iskandar Zulkarnain hanya terdiam. Dia tidak tahu apa perasaannya sekarang. Yana! Hatinya menyeru nama gadis itu. Dia mengenali Aryana Ilhami semasa sama-sama menyertai perkhemahan kelab photography. Gadis itu manja dan lembut, benar-benar menawan hatinya ketika itu.

Namun kini dia merasakan terbeban pula dengan sikap keanak-anakan Aryana Ilhami itu. Entah mengapa hatinya kini seperti sudah beralih kepada Qalisha Humaira. Tanpa disedarinya, matanya kini sudah biasa memerhati dan mengikuti gadis itu dari jauh. Dia juga hampir bergaduh dengan Aryana Ilhami kerana selalu bertanyakan tentang hal Qalisha Humaira semenjak dia tahu mereka serumah. Amir Hamzah melepaskan keluhan, berat dan kasar. Qisha! Perlahan nama gadis itu pula diserunya didalam hati.

Memberikan harapan kepada Aryana Ilhami tetapi dalam hatinya nama Qalisha Humaira sudah mula terpahat. Dia sendiri buntu dengan perasaannya. Pelbagai cara yang pernah dia usahakan untuk merapati gadis itu. Terbaru, semasa dalam meeting AJK, dia sengaja memarahi Qalisha Humaira agar dapat melihat reaksi gadis itu. Dia kasihan pada gadis itu tetapi hatinya berbunga riang kerana dapat membuatkan gadis itu berfikir mengenainya walaupun sekejap! Eh ye ke dia teringat-ingatkan aku masa tu? Mesti dia menyampah dengan aku kan? Adoi... Apa yang aku dah buat ni? Tiba-tiba dia terfikirkan hal itu.

Teringat semasa pertemuan pertamanya dengan Qalisha Humaira. Ketika itu dia sedang menikmati makan tengah harinya berseorangan di kafeteria kolejnya, Qalisha Humaira yang lalu di sebelahnya membawa segelas air tiba-tiba tersadung. Air sirap yang di pegang gadis itu tertumpah mengenai kemeja putihnya.

”Sorry, awak. Sorry sangat-sangat.” Saat itu wajah Qalisha Humaira bertukar pucat.

”Em...” Sepatah kata-kata itu keluar. Memandangkan dia bakal bertanding untuk calon President MPP, segaris senyuman di hulurkan. Attitude nak kene jaga, beb! Banyak mata yang memandang. Hati sakit kene cover ni. Amir Hamzah memujuk hatinya.

“Saya betul-betul salah ni. Awak nak saya cuci ke baju awak tu?” Gadis itu masih bermohon maaf, sekaligus menawarkan bantuan.

“Tak pe. Saya ada baju lain. Jangan susah hati okay?” Balasnya sambil mengukir senyuman selembut yang boleh.

Qalisha Humaira hanya menundukkan wajahnya, merasakan dirinya benar-benar bersalah. Saat itu dia langsung tidak memandang wajah Amir Hamzah. Kalaulah Qisha pandang aku masa tu, mesti dia cam muka aku. Hatinya berdetik. Sejak hari itu juga, Amir Hamzah sudah terbiasa mencari wajah Qalisha Humaira di mana-mana. Lebih menggembirakan hatinya, gadis itu turut tercalon sebagai MPP kolej mereka itu. Dia memasang angan-angan yang agak tinggi untuk menjadi seseorang yang istimewa di hati gadis itu walaupun ketika itu dia sudah memiliki Aryana Ilhami!

Lamunan panjangnya tamat apabila Iskandar Zulkarnain mengajaknya pulang.

*****

Wednesday, September 21, 2011

Kisah Cinta Qalisha 5

BAB 5

Little Sis, I’ll be home this Monday. Fetch me at KLIA, kay!

P/s: Don’t tell our parents, I’m going to surprise them. ☺

E-mail ringkas daripada abangnya dibaca berulang kali. Hatinya berbunga riang. Abangnya itu terbang ke German untuk menyambung pelajarannya. Hampir 6 tahun mereka tidak berjumpa. Ketika itu Qalisha Humaira di tingkatan 4. Setahun sebelum penceraian papa mamanya. Setahun sebelum Qalisha Humaira terjebak dengan cinta tak jadinya. Setahun sebelum Qalisha Humaira menangis tanpa sesiapa disisinya.

Hatinya mendegus perlahan. Abangnya itu tidak salah. Dia menyambung pelajarannya setelah tamat tingkatan lima. Sebelum berangkat ke German, umur abangnya baru berusia 19 tahun. Kini abangnya itu sudah berusia 25 tahun. Sudah pasti banyak berubah.

Kemajuan teknologi menjadi penghubung mereka. Melalui e-mail mereka berhubung. Bertukar-tukar cerita dan gambar menjadikan hubungan mereka tidak terlalu renggang. Sekurang-kurangnya Qalisha Humaira menyedari dia masih mempunyai seorang saudara kandung.

Hari Isnin itu dia tercongok menunggu abangnya di KLIA. Dia mengambil keputusan untuk memandu Kelisa hitamnya ke KLIA. Kereta pemberian papanya untuk kegunaan ke kuliahnya dipandu cermat. Dengan sabar dia menanti abangnya di ruang menunggu. MP3 di telinganya dipasang perlahan. Dia hanya duduk menunggu tanpa menghiraukan orang yang lalu-lalang.

Lelaki itu memerhati gadis yang ber T-shirt kuning dan berseluar jeans hitam itu. Rambut panjang yang dibiarkan lepas lurus kelihatan lembut di belai angin. Gadis itu tetap comel pada pandangannya. Dia hanya memerhatikan dari jauh. Qisha, maafkan Along. Along tau Qisha mesti dah banyak menangis kan? Maafkan Along kerana tak dapat berada disisi Qisha semasa penceraian mama dan papa. Maafkan Along juga kerana tak dapat jadi abang yang terbaik untuk Qisha.

Qaliff Haikal terpaksa mengakui satu perkara. Dia sengaja memilih German sebagai tempat menyambung pelajarannya untuk lari dari kekecewaannya terhadap hubungan papa dan mamanya. Dia sedar, hubungan papa dan mamanya sudah mula berantakan daripada awal lagi. Kerana tidak sanggup menyaksikan penceraian itu, dia melarikan diri. Coward! Dia mengutuk dirinya sendiri.

Dengan alasan menyambung pelajaran, Qaliff Haikal berjaya melarikan diri. Sekurang-kurangnya dia tidak menyaksikan lagi pertengkaran demi pertengkaran antara papa dan mama. Setidak-tidaknya dia tidak nampak adiknya menangis menderita dengan perpisahan itu. Dan yang paling penting, dia dapat melarikan diri daripada berhadapan kepiluan hatinya sendiri.

Dia terasa bersalah kerana membiarkan adiknya itu bersendirian. Tetapi dia sendiri mungkin tidak kuat untuk menghadapinya sendiri! Sehingga saat itu dia rasa bersalah kepada Qalisha Humaira. Semoga kepulangannya kali ini dia mampu membasuh luka yang ditanggung adiknya itu. I will never let you cry again, Qisha!

Langkah diatur menghampiri gadis berbaju kuning itu. “Qisha!” Nama itu dipanggil.

Qalisha Humaira berpaling. Wow,handsomenya abang aku! “Along!” Sepatah nama panggilan abangnya diseru. Dia di dalam pelukan abangnya saat itu. Air matanya mengalir perlahan. Qisha rindukan Along!

Mereka melangkah pulang. Terlalu banyak cerita yang ingin dikongsikan antara mereka. Ketika di dalam kereta, Qalisha Humaira tiba-tiba bertanya, “Kita nak balik rumah siapa?” Soalan itu disertai ketawa Qalisha Humaira. “Boleh pilih nak balik rumah mama or papa. Along nak jumpa siapa dulu?” Sambungnya lagi.

Qaliff Haikal menelan air liurnya sendiri. Wajah adiknya yang memandu tenang diperhatikan. “Along dah sewa rumah. Kita terus ke rumah sewa Along lah.” Jawabnya perlahan. Kenapa Qisha setenang itu? Tidak terasakah gadis itu dengan perpisahan ibubapa mereka?

“What? Macam mana Along dah boleh siap sewa rumah ni?” Tanya Qalisha Humaira ingin tahu.

“Nothing impossible, Qisha.” Hanya itu yang mampu diluahkan Qaliff Haikal saat itu. Masakan dia mahu bercerita kepada Qalisha Humaira yang dia sebenarnya sangat kerap pulang ke Malaysia belakangan tahun ini. Dia juga sudah menyediakan segalanya sebelum dia benar-benar pulang ke Malaysia!

*****

Tuesday, September 20, 2011

Kisah Cinta Qalisha 6

BAB 6

Kem Motivasi anjuran MPP berjalan lancar. Sudah 2 hari mereka ‘berkampung’ di Lembah Pangsun itu. Seramai 150 orang pelajar terpilih untuk menyertai kem itu. Kem Motivasi itu di khaskan kepada pelajar-pelajar yang kurang cemerlang dalam pelajaran mereka. Rata-rata pelajar yang menyertai kem itu mendapai pointer bawah daripada CGPA 2.00. Tujuan kem itu diadakan bukanlah untuk merendah-rendahkan pelajar berkenaan, tetapi untuk membantu mereka lebih berminat dengan pelajaran seterusnya meningkatkan keputusan peperiksaan mereka pada semester yang akan datang.

Qalisha Humaira tekun mendengar ceramah yang disampaikan oleh counselor kolej mereka. Sebagai salah seorang fasilitator, dia merasa bertuah kerana dapat menumpang mendengar ceramah khas itu. Terasa semangatnya untuk belajar bertambah dan berkobar-kobar. Di sudut hatinya dia amat berharap peserta-peserta kem motivasi itu turut merasakan apa yang dirasakannya. 

Ketika rehat makan tengah hari, Qalisha Humaira turut membantu rakan-rakannya mengagih-agihkan makanan. Selesai kerjanya dia bergerak ke belakang. Lapar la pulak! Dia mencapai sepinggan nasi yang terdapat dihadapannya. Dengan bacaan doa makan, dia mula menikmati rezkinya hari itu. Dalam hatinya dia mula rasa rindu pada abangnya. Sudah hampir sebulan abangnya itu pulang ke tanah air tetapi abangnya langsung tidak mahu berjumpa dengan mama dan papanya.

“Along dah sewa rumah. Kita terus ke rumah sewa Along lah.” Jawapan Qaliff Haikal saat itu amat memeranjatkannya. Sudahnya hari itu dia menghantar abangnya itu ke rumah sewa itu. Apartment 3 bilik amat selesa kelihatannya, lengkap dengan perabotnya sekali. Menurut abangnya, dia sudah mendapatkan perkerjaan sebelum pulang ke Malaysia. Malah, rumah sewa itu sebenarnya disediakan oleh pihak syarikat. Sungguh beruntung abangnya itu. Mendapat kerja sesudah menamatkan pelajaran!

Untuk sementara waktu ini, Qalisha Humaira meminjamkan kereta Kelisanya untuk kegunaan abangnya itu. Walaupun pada mulanya Qaliff Haikal menolak, Qalisha Humaira tetap memaksa. Baginya dia ingin berjasa kepada abangnya itu. Tambahan pula Qalisha Humaira tidak menggunakan sangat kereta itu. Saat di utarakan persoalan bila abangnya ingin berjumpa dengan ibubapa mereka, abangnya itu seperti mengelak.

“Nanti abang jumpalah. Qisha jangan bimbang ye?” Jawapan itu yang sering diterimanya menjadikan dia hampir bosan untuk bertanya. Malah sehari sebelum menjejak kaki ke kem ini dia sempat berpesan pada abangnya untuk menghubungi papa dan mama mereka. Sekali lagi Qaliff Haikal mengelak. Qalisha Humaira melepaskan satu keluhan. Resah dia memikirkan abangnya yang seorang itu.

Amir Hamzah yang hanya memerhati sedari tadi, melangkah menghampiri Qalisha Humaira. Dia turut menyertai Qalisha Humaitara makan. Akhirnya mereka makan sambil bersembang. Pelbagai tajuk menjadi perbincangan mereka. Qalisha Humaira melayan Amir Hamzah seadanya. Dia masih menghormati Amir Hamzah sebagai Presiden MPP. Persoalannya dengan abangnya cuba disingkirkan daripada ingatannya saat itu.

“Saya ada hal nak bincang dengan Qisha.” Akhirnya Amir Hamzah memberanikan diri.

“Apa dia?” Ceh, dah sembang lama baru nak bagitau ada hal nak bincang ke? Hati Qalisha Humaira berbisik.

“Err… Pagi esok lah ye. Sebelum balik, saya harap dapat jumpa Qisha.” Amir Hamzah berharap. Okay lah… Okay lah… Dalam hati Amir Hamzah berdoa.

“Okay.” Sepatah Qalisha memberi jawapan.

Segaris senyuman untuk Qalisha Humaira diukirkan. Gadis itu turut membalas. Wah, lega aku! Hati Amir Hamzah berbunga riang.

Keesokannya sebelum pulang ke kolej mereka, Qalisha Humaira menanti Amir Hamzah di koridor banggunan hostel itu. Ketika Amir Hamzah menghampirinya Qalisha Humaira menguntumkan senyum. Senyuman itu dibalas lembut oleh Amir Hamzah.

Ada apa?” Tanya Qalisha Humaira.

Amir Hamzah terdiam. Dia memikirkan bagaimana ingin memulakan ayatnya.

Qalisha Humaira pula menanti dengan tenang. Apalah yang dia nak bagitau aku ni? Hatinya tertanya-tanya.

“Be my girlfriend.” Akhirnya ayat itu terluah di bibir Amir Hamzah.

“What?” Qalisha Humaira bertanya. Dalam hatinya dia mula rasa tidak senang.

“Takkan nak suruh saya ulang lagi? Emm… Okay, Jadi girlfriend saya. Boleh?” Tanyanya lagi tanpa menghiraukan wajah Qalisha Humaira yang sudah merona merah.

“Are you serious? Yana macam mana?” Qalisha Humaira membalas. Hati mana tidak terusik jika di propose sebegitu?

“If you agree, then saya akan clash dengan dia.” Balas Amir Hamzah lancar.

Hell! Hati Qalisha Humaira menyumpah. Senang betul lelaki ini. Sekarang dia suka aku, dia ajak aku couple, nanti dia suka perempuan lain, dia clash dengan aku and propose another girl?

Melihatkan Qalisha Humaira hanya berdiam, dia bertanya lagi. “So, what is your answer?”

“NO! Never.” Separuh menjerit Qalisha Humaira menjawab. Tidak dihiraukan lagi beberapa pelajar yang melintasi mereka. Lantas Qalisha Humaira melangkah menjauhi lelaki itu. Hatinya menyumpah. Dia sendiri tidak menyangka dia mereject lelaki seperti itu. Siapa tidak kenal Amir Hamzah? President MPP yang berwibawa dan kacak. Tetapi sayang sebenarnya lelaki itu tidak menghormati perempuan! Qalisha Humaira menggeleng-gelengkan kepalanya.

Nasib kau lah, Yana. Dapat boyfriend kaki perempuan. Tiba-tiba dia berasa kasihan terhadap Aryana Ilhami. Dia selalu mendengar cerita daripada gadis itu mengatakan Amir Hamzah seorang yang baik, romantic dan penyayang. Qalisha Humaira turut menumpang seronok mendengar cerita Aryana Ilhami itu. Dia turut berdoa semoga gadis itu sentiasa berbahagia dengan Amir Hamzah. Tetapi kini hanya perasaan kasihan yang terbit daripada hatinya terhadap gadis itu.

Amir Hamzah terkedu melihat Qalisha Humaira melangkah pergi meninggalkannya. Aku kena reject? Oh no! Gila malu. Hatinya mendesis. Dia memandang sekeliling. Beberapa pasang mata kelihatan tajam merenungnya. Untuk menutup malunya dia melemparkan senyum. Tanpa berlengah, dia turut melangkah pergi. Hatinya pedih. Dia tidak pernah ditolak oleh mana-mana gadis. Ini kali pertama dia ditolak sebegitu. Dan gadis itu tidak mengambil masa yang lama untuk menolaknya!

“Damn!” Dia menyumpah entah kepada siapa.

Sampai sahaja dirumah sewanya, Qalisha Humaira menghempas beg pakaiannya di lantai biliknya. Aryana Ilhami yang tersenyum menyambut kepulangannya hanya dipandangnya. Dia memaksa dirinya untuk senyum kepada gadis itu. Kesian kau! Hatinya berkata. Qalisha Humaira benar-benar marah ketika itu. Kalau ikutkan hatinya dia benar-benar ingin merokok saat itu. Perlahan dia menyandang beg sandangnya yang memang sentiasa tersedia untuk dia merokok! Dia mula menapak ke port biasanya. Dalam hatinya dia berdoa tidak bertemu dengan Iskandar Zulkarnain hari itu.

Saat menyandarkan tubuhnya ke dinding, dia mula mengeluarkan kotak rokoknya. Saat dia menghidupkan api lighternya, rokoknya dirampas. Dia tidak perlu memandang siapa yang merampas rokoknya. Dia sudah sedia maklum! Perlahan dia mengeluh. Tiadakah ruang untuk dia bersendirian di dunia ini?

“Saya ingat awak dah berhenti?” Suara Iskandar Zulkarnain kedengaran.

Eh, dah tukar kata ganti nama diri nampak? Sebelum ini jika mereka hanya mereka berdua Iskandar Zulkarnain lebih suka ber-kau aku dengannya. “Jangan sibuk, boleh?” Qalisha Humaira membalas sinis. Kau dengan kawan kau sama je suka menyusahkan hidup orang! Hatinya mengutuk.

“Qisha, merokok tak baik untuk kesihatan kan? Bukan boleh selesai masalah pun kalau merokok ni.” Lembut suara Iskandar Zulkarnain menasihati Qalisha Humaira. Lagipun tak comel la merokok. Buruk benar perempuan merokok! Dia menambah tetapi hanya dalam hati.

“Argh!” Qalisha Humaira menjerit. Tiba-tiba dia teringatkan Qaliff Haikal. Dia mengeluarkan handphone daripada poketnya. Tanpa menghiraukan Iskandar Zulkarnain dia menghubungi abangnya itu sambil melangkah pergi.

“Along, I want to see you…” Ayat itu terkeluar sebaik mendengar suara abangnya.

Kurang sejam menanti, wajah Qaliff Haikal muncul di hadapan pondok guard apartment Qalisha Humaira. Saat melihat wajah Qaliff Haikal, hatinya kembali tenang. Dia menegur abangnya, bersalam dan mencium tangan abangnya itu. Qaliff Haikal menghadiahkan satu ciuman mesra di dahi adiknya. Walaupun baru empat hari tidak berjumpa dia merindui adiknya itu. Tanpa disedari sepasang mata memerhati hubungan mesra antara Qalisha Humaira dan Qaliff Haikal. Iskandar Zulkarnain hanya memandang. Entah kenapa hatinya benar-benar ingin tahu siapa gerangan lelaki yang begitu berani bermesra dengan Qalisha Humaira ditempat terbuka sebegitu.

Ketika memasuki kereta Kelisa hitamnya, Qalisha Humaira mengajak abangnya makan di restaurant fast food kegemaran mereka. Mereka bercerita mengenai kenangan semasa kecil, pengalaman Qaliff Haikal di German dan juga aktiviti semasa mereka. Pertemuan dengan abangnya itu menjadikan Qalisha Humaira melupakan seketika hatinya yang sedang panas.

“Do you have any special boyfriend?” Tiba-tiba Qaliff Haikal mengorek cerita peribadi adik kesayangannya itu.

“No. Not yet. I think.” Balas Qalisha Humaira malas sambil menyedut air coca-cola dihadapannya. Sepintas dia teringat peristiwa di propose oleh President MPP pagi tadi.

“Emm…” Qaliff Haikal mengangkat kening.

“Tadi ada orang ajak Qisha couple.” Qalisha Humaira mengadu.

“Wow… So, your answer is…” Tanya Qaliff Haikal pula memberi tumpuan kepada wajah adiknya itu.

“Hell, no!” Balasnya kasar. Upps… Terlepas pulak.

“Hah, why?” Qaliff Haikal terperanjat dengan perkataan kasar yang keluar daripada mulut Qalisha Humaira itu.

“He said that he will break-up with her girlfriend if I accept him.” Qalisha Humaira bercerita.

“What the…” Qaliff Haikal tidak menghabiskan ayatnya. Dalam hatinya dia menyokong tindakan adiknya menolak lelaki itu.

*****

Monday, September 19, 2011

Kisah Cinta Qalisha 7

BAB 7

Semester akhir! Qalisha Humaira meneruskan hidupnya seperti biasa. Selang 3, 4 hari dia melepak rumah abangnya. Hari-hari biasa dia sibuk dengan kelas dan assignmentnya. Dia juga sibuk membahagi-bahagikan masanya sebagai salah seorang wakil MPP. Kadang-kadang dia mengeluh dengan kerja-kerja hariannya yang dirasakan amat menuntut kesabarannya.

Masih Qalisha Humaira ingat saat diperkenalkan dengan keluarga Uncle Zahidi, dia terperanjat besar. Rupa-rupanya Aryana Ilhami dan Suraya Ilhami adalah anak kepada Uncle Zahidi. Dia mengeluh sendiri. Kecilnya dunia ni! Masih jelas di matanya bagaimana rupa kedua-dua adik beradik itu. Aryana Ilhami kelihatan biasa sahaja tetapi Suraya Ilhami seolah-olah marah, kecewa dan Qalisha Humaira sendiri tidak tahu apakah reaksi sebenar Suraya Ilhami itu. Cuma jauh disudut hatinya, dia benar-benar yakin Suraya Ilhami tidak suka dengan hubungan itu.

“Ni anak aunty, Qisha.” Puan Hanissa memperkenalkan anaknya.

Aryana Ilhami tersenyum. “Aunty, kami serumah la. Kak Qisha ni housemate Yana.” Ujarnya sambil tersenyum.

“La… Ye ke? Baguslah kalau macam tu. Tak lah susah nak biasakan diri nanti.” Balas Uncle Zahidi pula.

Qalisha Humaira dan Suraya Ilhami saling pandang memandang.

“Yaya ni, Qisha kenal tak?” Tanya Puan Hanissa lagi.

“Kenal. Satu group buat assignment, ma… Sekelas…” Balas Qalisha Humaira dengan senyuman terhias dibibirnya. Qalisha Humaira menyedari satu kelebihannya, orang sukar membaca riak wajahnya. Dia cukup pandai melindungi segala yang tersirat dihatinya. Dengan senyuman yang diukirkan, dia pasti dapat melindungi riak hatinya.

Puan Hanissa dan Uncle Zahidi berbalas pandang dan tersenyum. Senang kerja kita!

Pulang dari pertemuan itu, Qalisha Humaira seperti tidak senang duduk. Nasib baik Aryana Ilhami tidak pulang malam itu. Dia bermalam di rumah papanya bersama Suraya Ilhami. Qalisha Humaira menarik nafas lega. Sekurang-kurangnya malam itu dia terlepas daripada rasa kekok berhadapan dengan mereka berdua. Perlahan langkah disusun menghampiri port biasanya.

Iskandar Zulkarnain mengikuti langkah Qalisha Humaira dengan ekor matanya. Beg yang disandang Qalisha Humaira amat menarik minatnya. Ish, degil betul dia ni! Hatinya mendesis. Sangkanya Qalisha Humaira akan berhenti merokok kerana telah tertangkap olehnya. Tetapi rupa-rupanya lagsung tidak memberi kesan. Akhirnya, Iskandar Zulkarnain turut melangkah merapati Qalisha Humaira.

“Nak merokok lagi?” Sapanya tanpa salam.

“Aah…” Qalisha Humaira terkejut. Dia menutup mulutnya sendiri. Bimbang jeritannya terlepas.

Iskandar Zulkarnain menahan gelak. “Sorry… Sorry…” Dia memohon maaf. “Nak merokok lagi?” Ulang Iskandar Zulkarnain lagi.

Qalisha Humaira memandang dengan geram. “Suka hatilah…” Ujarnya berani. Kenapa asyik jumpa dia je ni? Huh… Benci betul!

Satu keluhan terlepas dari mulut Iskandar Zulkarnain. Betul-betul degil budak ni!

Eh, tadi dia mengeluh ke? Qalisha Humaira memandang Iskandar Zulkarnain. Wajah lelaki dihadapnnya kelihatan tegang. Dia cuba membaca riak lelaki itu. Namun dia sendiri sukar meneka. Pelik. Hatinya berbisik lagi.

Iskandar Zulkarnain menarik beg sandang Qalisha Humaira. Memaksa gadis itu mengikutinya melangkah ke arah taman permainan berdekatan. Mereka berhenti di hadapan buaian. Tanpa berlengah, Qalisha Humaira menaiki buaian itu. Perlahan-lahan diayunkan buaian yang dinaikinya. Iskandar Zulkarnain turut menyertai mengayun buaian disebelah Qalisha Humaira.

“Qisha…” Panggil Iskandar Zulkarnain.

“Apa?” Sepatah juga Qalisha Humaira membalas.

“Stop smoking, will you?” Pujuk Iskandar Zulkarnain.

Hati Qalisha Humaira terasa panas. “Apa hak awak nak suruh saya berhenti merokok? Suka hati sayalah nak merokok ke apa ke. Yang awak menyibuk ni kenapa?” Ayat-ayat itu terkeluar dengan kasarnya.

“Tak elok merokok ni. Bahaya. Hak saya sebagai kawan nak menegur, salah ke?” Tanya Iskandar Zulkarnain pula.

“Pergilah tegur orang lain. Lagi satu bila masa pulak awak kawan saya?” Bidas Qalisha Humaira.

“Awak kenal saya, saya kenal awak, so kita kawanlah maknanya tu. Kenapa awak ni degil sangat hah?” Suara Iskandar Zulkarnain makin meninggi.

“Jangan sibuk!” Jerit Qalisha Humaira.

“Saya nak sibuk jugak…” Balas Iskandar Zulkarnain pula.

“Sudahlah, malas saya nak layan awak ni…” Qalisha Humaira bangun mahu meninggalkan Iskandar Zulkarnain.

“Kalau awak tak berhenti merokok, saya sebarkan gambar awak tu. Biar satu kolej tahu, biar parents awak dan pakwe awak pun tahu awak macam mana.” Ugut Iskandar Zulkarnain. Ish, aku ni asyik mengugut dia je… Hatinya menggerutu.

“Apa yang awak nak sebenarnya?” Qalisha Humaira bertanya. Err… Pakwe?

“Saya akan simpan rahsia ni kalau awak janji awak berhenti merokok.” Ujar Iskandar Zulkarnain.

“Hah?” Qalisha Humaira pelik. Eh, senang betul?

Iskandar Zulkarnain hanya tersenyum. Pelik sangat ke aku suruh dia berhenti merokok?

“Okay!” Semudah itu Qalisha Humaira membuat janji. Eleh, kalau aku hisap rokok pun bukan dia tahu!

“If I know that you still smoking, you can’t imagine what I can do to you!” Separuh mengugut Iskandar Zulkarnain bersuara seolah-olah mendengar isi hati Qalisha Humaira ketika itu.

Qalisha Humaira menelan liurnya. Crap!

Pada petang keesokannya Qalisha Humaira memandu ke rumah abangnya. Otaknya benar-benar penat berfikir. Hatinya terasa pedih. Biarlah dia tenang sedikit apabila bersama abangnya itu. Dia disambut dengan senyuman ceria abangnya. Kelihatan Qaliff Haikal begitu santai dengan T-shirt dan seluar trek hitam. Abangnya menghulur segelas air oren ketika dia sedang rehat di balkoni apartment abangnya itu. Mereka berbalas senyum.

“Ni apa hal, tiba-tiba nak jumpa Along?” Tanya Qaliff Haikal.

“Nak jumpa abang sendiri pun tak boleh ke?” Qalisha Humaira membalas.

Qaliff Haikal hanya memandang adiknya. Ada la tu… Dia tesenyum.

“Emm… Mama ada bagitau Along apa-apa tak?” Qalisha Humaira bertanya lagi.

“Apa?” Tanya Qaliff Haikal pula. Sebenarnya dia sudah boleh mengagak apa persoalan yang ingin diutarakan Qalisha Humaira. Mamanya sudah menghantar e-mail menanyakan persetujuannya untuk berkahwin lain. Dia sendiri belum memberi kata putus. Dia sedar mamanya masih belum maklum kepulangannya ke tanah air menjadikan mamanya menggunakan e-mail sebagai perantaraan.

“Mama nak kahwin lagi.” Ayat itu terlepas dibibirnya. Dia merenung kehadapan. Melihat ke arah banggunan-banggunan yang jauh dan kabur dek awan petang seolah-olah membantunya memberikan ketenangan. Aku ni betul-betul setuju ke dengan perkahwinan mama? Dia sebenarnya masih keliru dengan keputusannya sendiri.

Melihat reaksi Qalisha Humaira hati Qaliff Haikal tertanya-tanya dengan persetujuan adiknya itu. Seingatnya mamanya sudah menyatakan persetujuan Qalisha Humaira mengenai perkahwinan itu. “So?” Kedengaran suara Qaliff Humaira memecahkan lamunan adiknya itu.

Qalisha Humaira berpaling memandang abangnya yang kelihatan begitu santai bersandar pada kerusi. Perlahan dia mendekati abangnya dan merebahkan kepalanya di dada abangnya. Dia melepaskan keluhan berat. “Qisha tak kisah…” Ayat itu terlontar daripada mulutnya. Dia tidak menangis sebaliknya hanya mengukirkan senyuman kelat. Senyuman itu tidak dapat dilihat oleh abangnya kerana dia sudah membenamkan mukanya ke dada abangnya itu.

Qaliff Haikal memegang lembut bahu adiknya. Dia tidak mendengar esak tangis. Dia sendiri tidak mengerti apa sebenarnya yang bermain difikiran adiknya ketika itu. Perlahan dia menolak bahu Qalisha Humaira, memerhatikan wajah adiknya itu seketika sebelum mencubit geram pipi adiknya itu. Sangkanya adiknya akan menangis tetapi wajah itu sangat tenang kelihatannya. Qisha memang tabah kan? Hatinya mendesis.

“Aww… Sakitlah, Along.” Jerit Qalisha Humaira perlahan. Wajahnya dimasamkan. Lantas dia menjarakkan tubuhnya dengan abangnya itu. Orang baru nak manja-manja kena cubit pulak! Hati Qalisha Humaira menggumam.

“Hahaha…” Kedengaran suara Qaliff Haikal tertawa. Dia suka melihat adiknya begitu. Sekurang-kurangnya dia tidak berhadapan dengan tangisan Qalisha Humaira. Dia tidak tahu apa yang sepatutnya dikatakan untuk memujuk adiknya kerana hatinya sendiri tidak terpujuk. “Shahir!” Tiba-tiba Qaliff Haikal menyebut nama itu.

Qalisha Humaira membulatkan matanya.

Flashback. 8 tahun lepas…

“Ni adik kau ke?” Tanya Zafuan, kawan Qaliff Haikal bertanya. Matanya memerhatikan Qalisha Humaira. Muka macam perempuan tapi pakai macam lelaki! Matanya turut menyorot di dada Qalisha Humaira. Tak ada! Hatinya mendesis lagi.

“Yup. Dia nak join main bola keranjang, boleh ke?” Qaliff Haikal bertanya. Kurang senang melihat pandangan Zafuan itu.

“Adik kau ni lelaki ke perempuan?” Terus sahaja Zafuan bertanya. Dia hanya mengenali Qaliff Haikal ketika bermain bola keranjang di sekolah. Hubungan di sekolah itu di bawa ke rumah dan mereka akhirnya menjadi satu team untuk bermain bola keranjang pada hampir setiap petang di court bola keranjang di kawasan rumah mereka. Sedarinya, dia tidak pernah bertanyakan hal keluarga kepada Qaliff Iskandar.

“Shahir.” Qalisha Humaira menghulurkan tangan. Suaranya diperlahankan menjadikan ia kedengaran seperti suara budak lelaki. Dia tahu kawan abangnya tentu keliru dengan jantinanya itu. Hatinya gembira sekiranya dia dapat menjadi adik lelaki abangnya menjadikan dia mahu bertukar jantina seketika. Hehehe…

Qaliff Haikal membulatkan matanya. Eh, bila masa pulak adik aku ni namanya Shahir? Ingin menegur tetapi dia juga lebih suka melihat lakonan adiknya itu.

“Oh… Zafuan.” Sambil memperkenalkan diri, Zafuan menyambut huluran salam ‘Shahir’ itu. Lelaki rupanya. Hatinya mendesis.

Sejak itu, hampir setiap petang ‘Shahir’ mengikuti abangnya bermain bola keranjang. Adakala dia turut menyertai pertandingan bola keranjang yang diadakan setiap hujung bulan. ‘Shahir’ juga amat cepat menguasai permainan itu sehinggakan tiada siapa pun dapat mengecam jantina sebenar ‘Shahir’ ciptaan Qalisha Humaira itu.

“Kau tak rasa ke yang kau macam sangat protect adik kau tu?” Soalan Zafuan kepada Qaliff Haikal apabila melihat Qaliff Haikal kerap membantu adiknya ketika bermain bola keranjang. Saat ‘Shahir’ jatuh, pasti Qaliff Haikal akan berlari mendapatkan adiknya itu.

“Maksud kau?” Tanya Qaliff Haikal sambil merenung wajah Zafuan. Dia menelan air liurnya sendiri.

“Tak adalah, kau tu… Biasalah kalau main macam ni kena tolak, jatuh… Barulah adik kau tu kuat. Ni kadang-kadang aku tengok, dia tu lembik macam perempuan je…” Zafuan memberikan komennya.

Adik aku tu memang perempuan lah… Kesian kau kena tipu dengan dia. Hatinya mendesis. “Adik aku tu memang lembik sikit, tu yang aku ajak dia main bola keranjang ni. Tapi, kesian la jugak dekat dia. Nanti kalau badan dia luka ke apa ke, aku nak jawab apa kat mama aku nanti?” Panjang lebar Qaliff Iskandar memberi alasan.

“Biasalah kalau lelaki nampak kasar macam tu. Dah la muka adik kau tu jambu. Nanti kalau lembut sangat orang ingat dia sotong pulak…”  Zafuan memberi nasihat. Dia sebenarnya kasihan kepada ‘Shahir’ tetapi baginya lelaki tidak sepatutnya terlalu lemah sebegitu.

Qaliff Haikal hanya tersenyum. Sotong? Eh… Eh… Sesedap rasa je mamat ni kutuk adik aku. Matanya dipusatkan kepada adiknya yang sedang berlari mengejar bola. Dia ingin berterus terang kepada Zafuan tetapi apabila melihat Qalisha Humaira tersenyum ketika berjaya memasukkankan bola ke dalam jaring, hatinya berdetak. Biarlah dia, asalkan bahagia…

Tiba-tiba Qalisha Humaira terjatuh. Qaliff Haikal segera berlari mendapatkan adiknya itu. “Kenapa?” Soalnya pantas. Dia nampak wajah Qalisha Humaira yang menahan sakit sambil memegang kakinya.

“Sakit la Along.” Muka Qalisha Humaira bertukar merah, seperti mahu menangis.

“Sini.” Tanpa membuang masa Qaliff Haikal mencempung adiknya itu. Zafuan yang memandang, sedikit ternganga. Eh, kenapa dia dukung adik dia macam tu?

Di rumah, teruk Qalisha Humaira dileteri mamanya. Qaliff Haikal turut merasai bahangnya. Sejak hari itu, Qalisha Humaira tidak dibenarkan bermain bola keranjang lagi. “Perempuan, buat lah cara perempuan.” Antara leteran mamanya masih melekat di kepala Qalisha Humaira. Seingatnya juga, sampai sudah kawan-kawan abangnya tidak tahu yang ‘Shahir’ sebenarnya perempuan. Zafuan juga sudah lama tidak ditemuinya. Hubungan persahabatan itu tamat sebaik sahaja mereka tamat zaman persekolahan.

Mereka sama-sama tertawa sesudah mengenang cerita ‘Shahir’ itu.

Kenangan itu sangat indah dihati Qalisha Humaira. Dia tersenyum memandang abangnya. “Eh, dah nak maghrib, Qisha nak balik lah. Nanti Qisha datang lagi.” Ujarnya. Sekurang-kurangnya dia dapat melupakan duka dihatinya seketika. Bersama abangnya dia dapat menghindarkan ketegangan hati.

Qaliff Haikal mengangguk. Berharap dengan kenangan lama itu, dapat membuatkan adiknya sedikit tenang. Semoga adiknya tahu apa yang sepatutnya dilakukan. Huluran tangan adiknya untuk bersalam disambut. Ketika tangannya dicium, dia membelai kepala adiknya. Be tough, Qisha! Hatinya berbisik.

*****

Sunday, September 18, 2011

Kisah Cinta Qalisha 8

BAB 8

Perkahwinan antara Puan Hanissa dan Uncle Zahidi berlangsung dengan sederhana. Majlis yang serba serdahana itu tetap nampak meriah dengan kehadiran tetamu yang tidak putus mengucapkan tahniah. Puan Hanissa kelihatan manis berkebaya putih diserikan dengan tudung yang sedondon warnanya. Qalisha Humaira memerhatikan mamanya. Jauh disudut hatinya dia merasa bangga kerana mamanya itu masih cantik dan bergaya.

Kehadiran Encik Qarimi, papa Qalisha Humaira disambut baik oleh pasangan pengantin baru itu. Kelihatan papanya sempat mengusik mamanya yang kelihatan amat bahagia di sisi Uncle Zahidi. Entah kenapa hati Qalisha Humaira menjadi sayu tiba-tiba. Dia sebenarnya amat berharap papanya dan bukannya Uncle Zahidi yang berdiri di sebelah mamanya ketika itu. Namun dikuatkan hatinya untuk menerima suratan jodoh antara mama dan papanya sudah tiada.

Ketika majlis masih berlangsung, Qalisha Humaira duduk disamping papanya. Dia menemani Encik Qarimi makan ketika itu. Encik Qarimi memerhatikan anak perempuan tunggalnya. Anaknya itu kelihatan bahagia dan sentiasa tersenyum pada hari itu. Encik Qarimi tersenyum memandang Qalisha Humaira.

“Cantik adik hari ni… Kalau papa tak tau mama yang kahwin, mesti papa ingat adik yang kahwin hari ni…” Usik Encik Qarimi. Gelaran adik itu sudah sebati di mulutnya. Dia memang memanggil Qalisha Humaira dengan gelaran ‘adik’ sejak Qalisha Humaira lahir lagi berbeza dengan mamanya yang menggelarkan anak mereka itu ‘Qisha’.

“Ish, takkan adik pulak yang kahwin. Kalau adik yang kahwin, mesti papa yang jadi walinya…” Qalisha Humaira tersenyum. Kahwin? Hahaha… Hatinya tertawa kelucuan.

Jawapan Qalisha Humaira itu disambut dengan ketawa Encik Qarimi. “Eh, betul jugakkan?” Ujarnya pula.

Saat Qalisha Humaira menghantar papanya ke kereta, dia mengesan ada riak sedih di wajah lelaki kesayangannya itu. “Kenapa papa nampak sedih ni?” Soalan itu terlepas.

“Abang tak balik ke?” Soal Encik Qarimi tiba-tiba. ‘Abang’ pula nama gelaran untuk Alongnya yang digunakan Encik Qarimi.

“Er… Tak kot. Katanya tak sempat nak balik. Adik pun tak tahulah, pa.” Qalisha Humaira separuh berbohong. Pada hakikatnya dia sudah memujuk abangnya itu. Tetapi Qaliff Haikal memberi alasan dia perlu outstation pada hari perkahwinan mamanya itu. Sehari sebelum majlis itu berlangsung, abangnya itu sudah bertolak ke Langkawi. Qalisha Humairalah yang menjadi driver menghantar abangnya ke airport Subang. Sorry, papa! Dalam hatinya dia memohon maaf.

“Em… Tak apalah. Nanti kalau ada masa kita pergi jenguk abang nak?” Ajak papanya pula.

Papa, Along dah ada kat Malaysia lah… Hatinya menjawab. Namun dengan pantas dia tersenyum dan mengangguk. “Okay!” Balasnya ceria. Pandai-pandailah Alongnya nak menjawab nanti.

“Papa bila pulak?” Tiba-tiba Qalisha Humaira bertanya.

Encik Qarimi mengerutkan kening. “Bila apa?” Soalnya pula.

“Nak kahwin la…” Balas Qalisha Humaira ceria.

“Oh… Hahaha… Nanti papa bagitau bila. Tapi mungkin kena tunggu abang balik dulu la. Kalau ikutkan abang balik dalam tahun ni kan?” Jawab Encik Qarimi pula.

Qalisha Humaira tersenyum dan mengangguk. Tak lama lagi lah tu. Hatinya mendesis. Ertinya tahun ini sahaja dia sudah menerima seorang ayah tiri dan bakal emak tiri serentak. Woah! Hebatlah aku, orang lain ada 1 emak, 1 ayah. Aku pulak double. 2 emak, 2 ayah dan percuma 2 orang adik beradik lain. Hahaha… Hatinya ketawa pilu.

Usai majlis, Qalisha Humaira termanggu. Dia tidak tahu mahu berada di mana. Menemani mamanya kah atau pulang ke rumah sewanya? Mungkin juga dia boleh ke rumah papanya. Hatinya berbelah bahagi pula. Kalau ada Alongnya boleh juga dia menumpang bermalam dirumah Alongnya itu.

“Qisha ikut mama ye? Kita tidur rumah papa Zahidi.” Bisik mamanya.

What? Papa Zahidi? Papa? No way… Masakan dia mahu menggelarkan lelaki itu dengan gelaran papa juga. Papanya hanya seorang. Selagi dia membawa nama Qalisha Humaira binti Qarimi, selagi itulah seorang sahaja yang layak digelarkan papa olehnya. Papanya ialah Encik Qarimi bukan Uncle Zahidi. Hatinya mula memberontak.

“Tak apalah mama. Qisha balik rumah sewa je la. Nanti bimbang pula Uncle Zahidi sekeluarga tak selesa dengan Qisha.” Balasnya lembut.

Puan Hanissa tersentak. Qalisha Humaira masih menggelarkan Uncle Zahidi, bukan papa Zahidi seperti yang diharapkannya. Dia mengeluh perlahan. “Please, Qisha. Temankan mama.” Pujuknya pula.

“Okay… Okay… Qisha temankan mama pergi rumah Uncle, tapi lepas tu Qisha balik. Boleh? Lagipun Qisha ada assignment tak siap lagi ni, ma. Lusa dah nak hantar.” Qalisha Humaira beralasan.

Puan Hanissa memandang anak gadisnya itu. Mencari kebenaran jauh di dalam mata Qalisha Humaira. Dilihatnya wajah anaknya itu benar-benar bersungguh. “Okay.” Sepatah perkataan itu terkeluar.

Qalisha Humaira tersenyum. “Sorry ye, mama.” Dia memohon maaf. Dalam hatinya dia turut memohon maaf kerana terpaksa berbohong mengenai assignmentnya itu. Sebenarnya assignmentnya memang ada cuma tarikh hantarnya minggu hadapan.

“Tak pe. Qisha datang ni pun dah cukup rahmat bagi mama. Nak harapkan Along tu, tak dapat balik pulak.”  Perlahan suara Puan Hanissa seperti mendesis.

Qalisha Humaira tunduk. Adoi… Along lagi… Penat nak ‘selimut’ ni! Qalisha Humaira hanya terdiam. Dia pasti, kalau dia bersuara pasti akan bersambung lagi pembohongannya nanti.

*****

Qaliff Haikal merenung jauh ke tengah laut. Ombak yang memukul kakinya dibiarkan sepi. Dia menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan namun gelora hatinya tidak langsung berkurangan.

“Jom lah, Along. Mama mesti gembira kalau Along ada nanti.” Qalisha Humaira memujuknya ketika bertandang ke rumahnya dua hari lepas.

Namun begitu pujukan Qalisha Humaira langsung tidak berbekas dihatinya. Dia benar-benar tidak sanggup untuk melihat mamanya bersama orang lain. Dia sebenarnya masih belum dapat menerima perpisahan antara mama dan papanya. Jauh di sudut hati, dia sedikit cemburu dengan ketabahan Qalisha Humaira. Kenapa adiknya itu dapat menerima segalanya dengan begitu tenang?

Qaliff Haikal masih memandang ke tengah-tengah laut. Satu keluhan berat dilepaskan. Terasa juga olehnya dia sebenar-benarnya seorang penakut dan tidak boleh menerima kenyataan. Menggunakan alasan urusan kerja, dia menjejakkan kaki ke Langkawi seorang diri. Hanya alasan itu yang mampu diberikan ketika adiknya masih memujuk untuk ke majlis perkahwinan mama mereka.

Handphone didalam poketnya berdering. Dijeling sekilas nama pemanggil sebelum menjawab panggilan telefon itu.

“Qisha.” Nama adiknya diseru.

“Assalamualaikum, along.” Kedengaran suara Qalisha Humaira memberi salam.

“Waalaikumussalam. Kenapa Qisha?”

“Along kat mana?” Diselangi tawa lembut Qalisha Humaira. “Langkawi kat mana?” Sambung adiknya lagi.

“Tepi pantai ni.” Jawab Qaliff Haikal. Dia tersenyum sendiri. Dia sangat pasti adiknya tersalah tanya soalan. Sudah tentu dia berada di Langkawi.

“Wah, dah habis kerja ke?”

“Dah, tadi ada meeting dengan client, esok kena pergi tengok site pulak.”

“Ooo…”

“Mama?” Soalan itu terpacul tanpa sedar. Qaliff Haikal menggigit bibir sendiri. Sebenarnya dia belum bersedia mendengar cerita mengenai mamanya lagi.

“Dah selamat dah. Kita dah dapat ayah baru sekarang. Percuma dua orang adik-beradik lagi.” Suara Qalisha Humaira kedengaran ceria di selangi ketawa kecil.

“Hahaha…” Qaliff Haikal turut ketawa. Lucukah? Dia bertanya pada diri sendiri.

*****

Qalisha Humaira mematikan panggilan telefon itu. Dia merenung handphonenya itu tidak berkedip. Perbualan ringkas dengan abangnya tadi menenangkan hatinya sedikit. Setelah ‘menghantar’ mamanya ke rumah Uncle Zahidi, dia memandu pulang ke rumah sewanya. Walaupun Uncle Zahidi mempelawa dia bermalam di rumah besar itu, Qalisha Humaira menolak sopan.

“Minta maaf ye Uncle. Qisha betul-betul kena balik. Assignment tu kena siapkan juga hari ini. Esok dah nak kena submit.” Dia memberi alasan.

Nasib baik Suraya Ilhami tidak ada bersama. Kalau tidak mesti gadis itu sibuk bertanya assignment yang mana harus dihantar esok. Dalam hati Qalisha Humaira bersyukur.

Kini dia bersendirian di dalam biliknya. Air matanya mengalir tanpa dapat ditahan-tahan. Malam itu dia tertidur dengan air matanya yang membasahi bantal.


*****