Thursday, February 11, 2010

Memori Sang Pencinta



Suasana petang yang damai di sebuah taman. Hairi merenung lama gadis yang berdiri tidak jauh darinya. Dia melihat gadis itu termenung menghadap tasik di hadapannya. Seolah-olah mata gadis itu dapat menembusi jauh ke dasar tasik itu. Hairi terus memusatkan pandangannya pada gadis itu. Hatinya berdetak, dia seolah-olah pernah mengenali gadis ini. Adakah dia mengenali gadis itu? Hatinya meronta-ronta ingin mengetahuinya. Tanpa berlengah, dia melangkah merapati gadis itu.

Sejak disahkan oleh doktor bahawa dia mengalami hilang ingatan akibat kemalangan yang berlaku padanya enam bulan lalu, dia cuba untuk mendapatkan kembali ingatannya itu. Akhirnya dia berdiri di sebelah gadis itu. Setelah memberi salam, dia terus bertanya,

“Awak, awak kenal saya tak?” Gadis itu kelihatan terkejut. Spontan, gadis itu mengangkat mukanya dan pandangan mereka bertembung. Hati Hairi bergetar, jantungnya berdegup kencang,’Kenapa?’ soalan itu bermain di mindanya. Gadis itu kelihatan terkesima pada mulanya. Mulutnya terkumat-kamit. Hairi terus memusatkan pandangannya pada gadis itu.

“Tak, saya tak kenal awak. Maafkan saya, saya kena pergi dulu.” Balas gadis itu dan terus berlalu. Hairi terngaga, jelas pada pandangan matanya gadis itu seolah-olah mengenalinya. Insyirah bergegas meninggalkan Hairi. Setelah hampir setahun tidak bertemu dengan lelaki itu, itu soalan pertama yang harus dijawabnya? Hatinya sedikit menggerutu. Benarkah lelaki itu sudah melupakannya?

Hairi, seorang lelaki yang pernah bertakhta di hatinya suatu ketika dahulu. Malah mereka pernah merancang untuk membina mahligai bahagia bersama-sama, namun dengan alasan tiada jodoh mereka berpisah. Pada hakikatnya hanya Insyirah yang mengetahui sebab utama mereka berpisah.

Ingatannya melayang pada saat perpisahan mereka...

“Awak, kita berpisah.” Ayat itu meluncur laju di bibir Insyirah.

“Apa? Kenapa tiba-tiba?” Tanya Hairi.

“Saya nak minta awak tolong lupakan saya.” Tiada jawapan dari mulut gadis itu, sekadar permintaan.

“Awak nak saya lupakan awak? Lupakan apa? Wajah awak? Diri awak atau kenangan kita ni?” Tanya Hairi lagi.

“Semuanya. Saya rasa kita tak sepatutnya bersama.” Jawab Insyirah. Dan saat itu, kerana rasa mereka berpisah. Kerana Insyirah rasa mereka tak sepatutnya bersama, hubungan kasih yang dibina selama dua tahun terputus. Insyirah mengesat air matanya yang membasahi pipi.

‘Maafkan saya, Hairi.’ Ujarnya di dalam hati.

Hairi melepaskan keluhannya. Entah kenapa wajah gadis itu kerap bermain-main di mindanya. Dia dapat merasakan dia mengenali gadis itu dan begitu juga sebaliknya. Dia memaksa otaknya untuk mengingati siapa gadis itu namun hatinya hampa. Sedikit pun bayangan gadis itu tidak singgah di kotak memorinya.

Hari-hari yang berlalu menjadikan Hairi sibuk dengan kerjanya. Nasib baiklah dia bekerja di syarikat milik keluarganya kerana itu dia masih berpeluang untuk memulakan kerjanya secara berperingkat-peringkat.

“Encik Hairi, jam 10 pagi ini encik ada meeting dengan branches.” Beritahu setiausahanya ketika dia melintasi meja setiausahanya itu.

“Okay, awak tolong sediakan dokumen yang sepatutnya ye. Saya nak semak sekarang.” arah Hairi pula.

Saat melangkah masuk ke bilik mesyuarat, mata Hairi terpaku pada Insyirah. Dia agak terkejut melihat gadis itu turut menyertai mesyuarat pada hari itu. Sehingga tamat mesyuarat mata Hairi tidak lepas memandang ke arah Insyirah. Insyirah merasakan hatinya berdebar-debar. Nampaknya kali ini dia tidak dapat lari daripada Hairi lagi. Hairi menahannya keluar setelah mereka tamat bermesyuarat. Hanya mereka berdua di dalam bilik mesyuarat itu.

”So, you are Miss Insyirah?” Soal Hairi.

“Yes, I’m.” Balas Insyirah, ada sedikit getaran pada suaranya. “You told me before that you don’t know me. Takkan bos sendiri tak kenal kot?” Tanya Hairi menyindir.

“I’m sorry, sir. This is my first time attend the meeting. Lagipun, saya baru mula bekerja 3 bulan lepas.” Jawab Insyirah perlahan.

“Okay.” Hanya itu mampu yang terluah di bibir Hairi saat itu. ‘Insyirah.’ Hatinya berdetik. Ketika matanya singgah di wajah Insyirah, dia mengesan ada air mata di pipi gadis itu.

“I’m sorry, Hairi.” Akhirnya Insyirah memohon maaf. Hairi terkebil-kebil memandang Insyirah. Adakah dia dan Insyirah mempunyai apa-apa hubungan sebelum ini?

“Saya minta maaf sebab tinggalkan awak. Saya sedar yang saya takkan dapat lupakan awak.” sambung Insyirah lagi.

Hairi terduduk di atas kerusi dihadapannya. Patutlah hatinya berdebar-debar setiap kali dia memandang gadis itu. Benarkah perasaan aneh yang terikat di hatinya itu perasaan sayang pada gadis itu?

“Awak rasa saya juga tak dapat lupakan awak?” Tanya Hairi memandang tepat ke mata gadis itu. Tiada sahutan daripada Insyirah.

“Saya memang dah lupakan awak. Segala-galanya mengenai awak. Untuk pengetahuan awak, saya memang tak kenal awak langsung.” Sambung Hairi.

Memang benar dia tidak dapat langsung mengingati hubungan yang pernah tercipta itu. Insyirah terkedu. Nampaknya sudah tiada lagi ruang untuknya kembali pada Hairi. Perlahan dia menapak keluar dari bilik mesyuarat itu. Biarlah dia keluar daripada pandangan Hairi daripada dia terus merayu pada lelaki itu.

“Tunggu!”Hairi menahan. Dia melangkah mendekati Insyirah yang membelakanginya. Perlahan gadis itu di peluk dari belakang.

“Saya mungkin dah lupakan awak, tetapi hati saya kuat mengatakan saya tak boleh lepaskan awak kali ini. Saya cintakan awak, saya tidak tahu sejak bila tetapi semasa saya nampak awak, saya tahu saya cintakan awak. Tolonglah bagi peluang pada saya untuk bersama awak.”

Perlahan dia memusingkan tubuh Insyirah menghadapnya. Insyirah terpaku saat itu. Apakah maksud lelaki itu? Akhirnya Hairi menerangkan kepada Insyirah mengenai masalah hilang ingatannya akibat kemalangan yang pernah dihadapinya. Air mata Insyirah terus mengalir. Dia memeluk lelaki dihadapannya itu. Jauh di sudut hati Insyirah dia akan pastikan cinta mereka akan terus ke akhirnya.

Fin.

4 comments:

  1. ish2... sedih time nur hmpa adam dlm k.api tu kn...

    ReplyDelete
  2. tgh bce2..lor da hbs??..honestly flow cte ni mcm klam kbut sket..part xcident, sbb clash myb blh tmbh2 sket ctenye..sbb reader b'ssh pyh nk pk 6 bln, 3 bln...

    usaha lg!!!

    ReplyDelete