Sunday, February 21, 2010

Cinta Materialistik?


Kalau awak rasa saya suka awak sebab awak kaya...

Kalau awak rasa saya sayang awak sebab awak handsome...

Kalau awak rasa saya cinta awak kerana kedudukan awak...

Awak betul...

Memang saya suka,sayang dan cintakan awak sebab awak...

kaya...

handsome...

kedudukan awak tu...

Perlahan-lahan dia mengangkat muka. Merenung wajah lelaki itu dihadapannya.

"Maafkan saya tetapi saya tak perlukan orang macam awak sebagai teman saya..." ujar lelaki itu.

Anaqi Hawwari bt Azha,

23 years old, currently single...

Baru sahaja di reject oleh lelaki dihadapannya.

"Saya tak perlukan orang macam awak..." terngiang-ngiang suara lelaki itu di mindanya. Dia terkedu. Jauh di dasar hatinya terasa perit, pedih. Lantas sekuntum senyuman di hadiahkan pada lelaki itu. Cuba melindungi perasaannya. Dia menarik nafas perlahan. Menahan air matanya daripada jatuh bergenang.

"Kenapa? Saya betul-betul cintakan awak. Semuanya tentang diri awak." Ayat itu terluah di bibirnya.

Idham Hamzah Dato' Kamarul

27 years old, currently single...

Baru sahaja me reject gadis dihadapannya.

"Hahaha... You love me because who am I right?" balasnya. Dia terasa seperti nak muntah mendengar luahan gadis dihadapannya itu. Baginya semua yang terluah dari mulut gadis itu hanyalah untuk menipunya. Dah terkantoi tak nak mengaku pulak!

"Yes, everything about you..." Anaqi Hawwari membalas.

"Termasuk harta benda saya kan?" Tempelak Idham Hamzah

"...." Anaqi Hawwari terdiam.

"Kenapa qiHa? You can't answer me?" Hati lelakinya terasa panas. Tidak pernah disangka gadis yang mendampinginya selama ini bermata duitan. Gadis yang nampak innocent itu hanyalah berlakon dihadapannya selama ini. Dia merasakan perasaannya selama ini dipermain-mainkan oleh gadis itu.

Anaqi Hawwari hanya memandang kosong wajah Idham Hamzah saat itu. Dia mengukirkan senyuman sinis.

"Upss... Saya dah terkantoi ye?" Akhirnya dia memilih untuk menyakiti daripada disakiti.

"What the ..." Idham Hamzah tak dapat menyambung katanya. Adakah gadis ini mahu berterus-terang mengenai segalanya. Permainan apa yang hendak dimainkan oleh Anaqi Hawwari kali ini?

"Em... Yes. I do love you because everything about you. Everything. Termasuk harta awak, kedudukan awak, Amza." Anaqi Hawwari terus menyerang. Baginya tiada apa yang mahu di sorokkan lagi. Suaranya mendatar.

Suasana damai petang itu sedikit pun tidak dapat melegakan keresahan hati Anaqi Hawwari dan Idham Hamzah. Antara mereka berdua terlalu banyak yang belum selesai. Tergantung. Terlalu rumit sebenarnya. Idham Hamzah terdiam. Hatinya semakin panas.

*************************************

9 bulan sebelum...

Petang di tepi tasik itu sangat mendamaikan. Sebuah meja beserta kerusi yang disediakan untuk para pengunjung menjadi tumpuan lelaki itu. Seharian di pejabat memenatkan menyebabkan dia mengambil keputusan untuk berehat seketika di taman tasik itu. Seraya melabuhkan punggung di kerusinya, dia memerhati keadaan sekeliling. Ada seorang gadis sedang menelaah buku di meja hadapan mejanya. Idham Hamzah merenung gadis yang tekun membaca dihadapannya. Sesekali gadis itu mencatat sesuatu di kertasnya sambil mulutnya terkumat-kamit. Tiba-tiba hatinya melonjak mahu mengenali gadis itu. Perlahan dia menghampiri meja gadis itu.

"Ehem..." Idham Hamzah berdehem.

Anaqi Hawwari mengangkat muka. Sedikit terganggu pembacaannya. Ish, makhluk manalah nak mengacau aku nak study ni? Dia terus merenung lelaki yang nampak sangat confident berdiri dihadapannya. Handsome, hatinya berdetak.

"Hai..." Idham Hamzah menegur.

"Yes? Ada apa-apa masalah ke encik?" Anaqi Hawwari membalas dengan pertanyaan lazim di kaunter pertanyaan. Dalam hatinya dia menahan ketawa.

"Err... Tak ada sebarang masalah cuma saya nak berkenalan dengan awak." Luahnya berani. Idham Hamzah merasakan tiada salahnya jika dia mahu berkenalan dengan gadis itu.

"Oh... Okay..." Hati Anaqi Hawwari berdetak. Beraninya lelaki ini. Tidak takut malukah sekiranya dia menolak salam perkenalan lelaki itu?

"Saya Amza, Idham Hamzah. Nama awak siapa?" dia memperkenalkan dirinya.

"Anaqi Hawwari, qiHa." balas gadis itu sambil tersenyum.

Bermulalah episod cerita cinta mereka.

*************************************

“Eh, awak… Cantiknya jam ni!” ujar Anaqi Hawwari. Dia merenung jam tangan yang berjenama itu penuh minat. Lantas di jelingnya harga yang tertera. Anaqi Hawwari membulatkan matanya. Gila, RM2500. Mati hidup balik tak adanya aku nak beli jam mahal macam ni.

Idham Hamzah tersenyum memerhatikan mulut Anaqi Hawwari yang terkumat-kumit itu. “Awak nak ke?” tanyanya.

“Heh, tak ada maknanya saya nak membazirkan duit beli jam mahal-mahal macam ni. Banyak benda lagi saya boleh buat dengan duit tu.” Seraya itu dia memuncungkan mulutnya.

“La... Apa salahnya kalau pakai jam mahal-mahal. Jam tu melambangkan betapa kita menghargai masa.” balas Idham Hamzah sambil tersenyum.

“Banyak lagi cara nak menghargai masa. Dah la awak, jom la... Saya dah lapar ni. Jom gi Mc’D. Saya rasa nak belanja awak Big Mac hari ni. Nak tak?” Anaqi Hawwari menarik tangan lelaki itu. Dia sebenarnya agak segan dengan Idham Hamzah kerana terlalu kerap lelaki itu membelanjanya makan. Baki wang pinjaman PTPTN nya masih berbaki. Cukuplah sementara menunggu dia mendapat kerja tetap nanti.

“Alaa... Mc’D je? Belanja la benda lain...” Balas Idham Hamzah sekadar bergurau.

“Ha... Tunggu lah nanti. Lepas saya dapat kerja tetap nanti saya belanja awak kat mana awak nak makan. Ok?” Balas Anaqi Hawwari. Jawapan Anaqi Hawwari hanya disambut dengan tawa Idham Hamzah.

“Okay...” Balas Idham Hamzah di hujung tawanya.

Sudahnya, Idham Hamzah yang membayar harga makanan. Anaqi Hawwari mahu membayarnya tapi Idham Hamzah terlebih dahulu menghulurkan wangnya, padanya tidak gentleman sekiranya membiarkan perempuan yang membayar harga makanannya. Anaqi Hawwari menarik muka masam. Terasa sakit hatinya.

“Awak, apa salahnya saya yang bayarkan? Awak tu baru habis belajar. Duit pun saya tau tak cukup kan? Saya lain la dah kerja. Lagipun tak macho la saya kalau bagi awak bayar.” Idham Hamzah cuba memujuk. Anaqi Hawwari hanya mampu menjeling.

Sepanjang perhubungan mereka Anaqi Hawwari mengakui dia tidak pernah keluarkan 1 sen pun duitnya ketika mereka keluar bersama. Semuanya di tanggung oleh Idham Hamzah. Anaqi Hawwari sering kehabisan kata untuk memujuk Idham Hamzah untuk menggunakan wangnya sendiri. Sudahnya dia membiarkan Idham Hamzah dengan egonya itu.

*************************************

Anaqi Hawwari tersenyum gembira. Setelah 2 tahun dia bersusah payah menyambung pelajarannya, akhirnya segulung ijazah berjaya digenggamnya. Paling mengembirakannya ialah semua orang yang disayanginya menemaninya pada hari convocation nya pada hari itu. Ibunya menghulurkan sejambak bunga dan mencium pipinya.

“Tahniah adik. Ibu bangga dengan kejayaan adik.”

“Terima kasih ibu.” balas Anaqi Hawwari.

Setelah itu dia bersalam dan mencium tangan ayahnya.

“Tahniah adik!” Ujar ayahya pula sambil menghulurkan sebuah kotak berbalut kemas.

“Terima kasih, yah.” Anaqi Hawwari berterima kasih pada ayahnya sambil menghadiahkan sebuah kucupan di pipi ayahnya itu.

Di sebelah ayah dan ibunya, Idham Hamzah tersenyum. Dia turut menghulurkan sebungkus hadiah kepada gadis yang telah mencuri hatinya itu.

“Eh, awak pun nak bagi juga?” tanya Anaqi Hawwari dengan nada ceria.

“Mestilah, hari inikan hari bermakna untuk awak. Tahniah qiHa!” balas Idham Hamzah.

“Terima kasih...” ujar Anaqi Hawwari tanda menghargai pemberian Idham Hamzah.

Puan Nur Asyikin dan Encik Azha sangat gembira pada hari itu. Manakan tidak, anak tunggal mereka yang dididik dari kecil lagi kini sudah berjaya dalam pelajarannya. Mereka juga berpuas hati, walaupun tidak dapat memberikan kemewahan yang melimpah-ruah pada Anaqi Hawwari, mereka dapat juga menghantar anak mereka ke menara gading.

Pada malamnya, Anaqi Hawwari membuka bungkusan yang diberikan ayahnya. Alangkah gembiranya dia melihat sebuah handphone berjenama Nokia itu. Telefon yang dilengkapi 3G itu sudah lama menjadi idamannya tetapi memandangkan dia terpaksa berjimat wang untuk kegunaannya dan dia tidak nampak kepentingannya untuk menggunakan handphone yang mahal itu semasa belajar, dia hanya melupakan hasratnya. Anaqi Hawwari tersenyum puas.

Akhirnya dia tidak sabar-sabar melihat hadiah pemberian Idham Hamzah padanya. Saat dia membuka kotak bungkusan itu, hatinya tertanya-tanya. Akhirnya dia menjerit keseorangan di dalam biliknya. Pantas dia menutup mulutnya. Bimbang didengari ayah dan ibunya yang sedang menonton television di ruang rehat rumahnya. Sebuah jam tangan yang berkilau berada di depan matanya. Jam tangan itulah yang dilihatnya ketika keluar bersama Idham Hamzah 2 minggu lepas.

Lantas jarinya mendail nombor handphone Idham Hamzah. Setelah memberi salam, dia terus berterima kasih pada Idham Hamzah.

”Awak, terima kasih ye. Tapi tak rasa membazir ke?” tanya Anaqi Hawwari. Yang kedengaran hanyalah tawa Idham Hamzah. Anaqi Hawwari hanya mampu tersenyum gembira.

”Ish, takkan lah untuk buah hati sendiri saya nak berkira. Tak membazir lah.” balas Idham Hamzah akhirnya.

“Mahal la jam ni…” Ayat itu terpacul di bibir Anaqi Hawwari.

“Sayang saya pada awak lagi mahal daripada tu tau.” Idham Hamzah membuat pengakuan.

“Saya nak minta sesuatu boleh?” Tanya Anaqi Hawwari tiba-tiba.

“Apa?” Tanya Idham Hamzah pula.

“Jangan tinggalkan saya.” Ayat itu meluncur laju di bibir Anaqi Hawwari.

“Sure. I will always love you, sweetheart!” Balas Idham Hamzah. Yakin.

Malam itu Anaqi Hawwari tidur dengan lena dengan diuliti mimpi yang indah.

*************************************

Anaqi Hawwari tersenyum gembira. Hatinya berbunga riang menerima panggilan untuk menghadiri interview. Seminggu kebelakangan ini dia kerap menghantar resume ke syarikat-syarikat yang dirasakannya sesuai dengan kelayakannya. Panggilan telefon yang diterimanya tadi adalah untuk interview pertamanya. Dia menarik handphone pemberian ayahnya lantas menekan nombor Idham Hamzah.

“Awak buat apa?” Soalan pertamanya setelah salamnya bersambut.

“Tengah kerja la sayang oii...” Suara ceria Idham Hamzah membalas.

“Oh, sorry kacau. Tapi nak kacau jugak.” Anaqi Hawwari menyambung.

“Okay, sila lah kacau saya sekarang.” Balas Idham Hamzah lagi.

“Emm... Nak beritahu awak, saya dapat panggilan interview tadi.” Beritahu Anaqi Hawwari.

“Oh, ye ke? Alhamdulillah. Bila interviewnya?” Soal Idham Hamzah pula.

“Lusa. Pagi.” Jawab Anaqi Hawwari.

“Okay, jom keluar petang ni. Nanti kita cerita panjang lagi ye.” Ajak Idham Hamzah pula.

“Ops. Lupa awak tengah kerja. Okay, petang ni kita keluar ye.” Anaqi Hawwari memberi persetujuan.

Petang itu mereka keluar bersama. Idham Hamzah membelikannya sepasang pakaian yang sesuai untuk Anaqi Hawwari. Baginya, dia mahukan yang terbaik untuk Anaqi Hawwari. Kegembiraan Anaqi Hawwari adalah kebahagiaannya. Pelbagai tips yang diberikan pada gadis itu. Sebagai salah seorang pengurus di syarikatnya, dia selalu menemuduga calon-calon yang ingin bekerja di syarikatnya. Dan yang sebenarnya, dia amat yakin Anaqi Hawwari akan berjaya mendapatkan pekerjaan itu. Dia tersenyum sendirian ketika pulang dari menghantar Anaqi Hawwari malam itu.

Terngiang-ngiang di telinganya Anaqi Hawwari berterima kasih dengan pemberiannya itu.

“Terima kasih, Amza.” Ucap gadis itu.

Idham Hamzah hanya membalas dengan senyuman. Saat melangkah keluar dari keretanya, gadis itu sempat berpaling padanya.

“Selamat malam. Saya sayang awak!” Ujar Anaqi Hawwari lantas menutup pintu dan berlalu laju. Jelas di mata Idham Hamzah wajah gadis itu kelihatan merah. Comel! Hatinya berdesis.

*************************************

Anaqi Hawwari melangkah keluar dari syarikat tempat dia interview itu dengan penuh kelegaan. Dia telah memberikan yang terbaik ketika ditanya oleh penemuduga tadi. Anaqi Hawwari tersenyum sendiri. Jauh di sudut hatinya dia berterima kasih kepada Idham Hamzah yang memberikannya nasihat untuk dia menghadapi interview itu. Di tingkat 5 banggunan syarikat itu, Idham Hamzah tersenyum memandang langkah Anaqi Hawwari. Saat itu handphonenya diatas meja berdering.

“qiHa.” Bibirnya menyebut nama gadis itu.

“Hello, sayang.” Ujarnya setelah menjawab salam yang diberikan gadis itu.

“Awak, saya dah habis interview. Saya baru je keluar ni.” Beritahu Anaqi Hawwari.

“Em. Macam mana interview awak?” Tanya Idham Hamzah tanpa membuang masa.

“Alhamdulillah, saya rasa okay je. Saya ikut semua tip-tip yang awak bagi. Thanks ye awak.” Anaqi Hawwari terus berterima kasih.

“Tak ada apa-apa pun sebenarnya tip tu. Semuanya atas awak juga kan?” Balas Idham Hamzah pula. Sesungguhnya dia yakin Anaqi Hawwari telah memberikan yang terbaik ketika di interview tadi. Dia telah menghubungi Encik Shahrul, penemuduga Anaqi Hawwari tadi dan jawapan yang diterima sudah pasti memuaskan hatinya.

Semuanya telah diuruskan oleh Idham Hamzah. Sebagai anak tuan punya syarikat itu, tiada masalah langsung baginya untuk memasukkan nama Anaqi Hawwari untuk bekerja dengan syarikat papanya itu. Tambahan pula, Anaqi Hawwari mempunyai kelayakan yang sesuai untuk jawatan itu.

Idham Hamzah mematikan handphonenya. Di bibirnya masih terukir senyuman kegembiraan. Dia akan pastikan Anaqi Hawwari sentiasa bersamanya. Dia tidak perlu bimbang lagi akan kehilangan Anaqi Hawwari kerana gadisnya itu kini bakal berada di hadapan matanya hampir setiap hari.

*************************************

Anaqi Hawwari melangkah masuk ke pejabatnya dengan pelbagai perasaan. Dia ditempatkan di sebuah bilik khas. Hatinya sedikit teruja, hebat sangat kah kerjanya itu sehingga dia diberikan bilik sendiri? Setahunya dia diberikan jawatan pembantu penolong pengurus. Mengikut jangkaannya dia hanya ditempatkan di meja biasa, bukan di dalam sebuah bilik yang sederhana besar itu!

Sesaat Anaqi Hawwari menoleh ke pintu biliknya apabila dia menyedari ada seseorang menolak pintu itu. Matanya terpaku. Idham Hamzah sedang tersenyum memandangnya, jelas di tangannya terdapat sejambak bunga ros merah. Anaqi Hawwari mengelip-ngelipkan matanya. Adakah dia terlalu rindukan Idham Hamzah sehinggakan terbayang wajah lelaki itu saat ini?

Idham Hamzah berdehem. Tidak tahu mengapa gadis itu tidak menyapanya.

”qiHa...” Panggil Idham Hamzah.

Anaqi Hawwari terkejut. Memang benar yang berdiri di hadapannya itu Idham Hamzah, bukan bayangannya. Dia mencubit pipinya perlahan. Berangan! Idham Hamzah kelihatan sangat kacak ketika itu. Dia hanya mampu tersenyum. Tetapi...

”Eh, awak buat apa kat sini?” Tanya Anaqi Hawwari, wajahnya kelihatan keliru.

”Saya nak ucapkan tahniah.” Tanpa menjawab jawapan Anaqi Hawwari dia menghulurkan bunga itu.

”Thanks!” Ucap Anaqi Hawwari pula.

Akhirnya Idham Hamzah menerangkan segala-galanya pada Anaqi Hawwari sambil memohon maaf. Anaqi Hawwari hanya mampu memberikan kemaafannya. Padanya, dia sepatutnya bersyukur lelaki itu mahu mengambilnya bekerja. Itu mungkin sudah memadai padanya. Dalam hatinya dia masih keliru benarkah perasaannya itu? Dia bimbang di cop mengambil kesempatan terhadap Idham Hamzah.

“Tak ada apa-apalah. Awak dapat kerja ini pun kerana kelayakan awak tau. Jangan fikir bukan-bukan, okay?” Pujuk Idham Hamzah.

*************************************

Kenangan-kenangan itu terputus tiba-tiba. Dihadapannya kini berdiri Idham Hamzah yang memandang tepat wajahnya. Bibirnya masih terkunci rapat. Hatinya tertanya-tanya, adakah dia yang mengambil kesempatan terhadap Idham Hamzah sekiranya dia menerima setiap pemberian lelaki itu? Seingatnya dia tidak pernah meminta-minta. Kalau ada pun, dia hanya meminta Idham Hamzah tidak meninggalkannya, dan permintaan yang satu itu nampaknya tidak dapat di penuhi lelaki itu!

Idham Hamzah masih terpegun dengan patah-patah yang terkeluar daripada bibir Anaqi Hawwari tadi.

"Em... Yes. I do love you because everything about you. Everything. Termasuk harta awak, kedudukan awak, Amza."

Ayat-ayat itu seolah-olah bermain dimindanya. Benarlah seperti yang di sampaikan oleh mamanya, Anaqi Hawwari menyintainya kerana harta dan kedudukannya.

“Mama rasa qiHa tu hanya nak kikis kamu je…”

Semalaman dia memikirkan hal itu. Dia tidak pasti kenapa mamanya berpendapat sebegitu. Seingatnya Anaqi Hawwari tidak pernah meminta-minta padanya. Hanya dia yang selalu menghadiahi pelbagai barangan pada gadis itu. Dan seingatnya Anaqi Hawwari tidak pernah menolak sebarang pemberiannya.

Pagi tadi ketika dia masuk ke dalam pejabat Anaqi Hawwari dia terpandangkan sebuah buku nota yang agak comel di atas lantai. Dengan niat ingin meletakkan buku itu di atas meja, tiba-tiba sekeping gambar jatuh daripada dalam buku itu. Dia tersenyum melihat gambarnya yang diambil secara curi-curi oleh Anaqi Hawwari. Gambar itu ketika mereka sedang bermesyuarat. Di dalam gambar itu kelihatan dia sedang tekun meneliti kertas dihadapannya.

Sejenak hatinya terlintas hendak melihat di belakang gambarnya itu. Lantas dia membalikkan gambar itu, kelihatan barisan tulisan tangan Anaqi Hawwari di belakang gambar itu.

Kalau awak rasa saya suka awak sebab awak kaya...

Kalau awak rasa saya sayang awak sebab awak handsome...

Kalau awak rasa saya cinta awak kerana kedudukan awak...

Awak betul...

Memang saya suka,sayang dan cintakan awak sebab awak...

kaya...

handsome...

kedudukan awak tu...

Idham Hamzah hampir terduduk. Apa maksud Anaqi Hawwari itu? Adakah selama ini Anaqi Hawwari tidak pernah ikhlas menyanginya? Akhirnya dia melangkah keluar dari bilik itu dengan hati yang tidak keruan. Sepanjang hari itu dia mengelak untuk bertemu Anaqi Hawwari. Panggilan telefon dan SMS gadis itu tidak dipedulikannya. Dan akhirnya dia mengambil keputusan untuk bertemu gadis itu petang itu di tempat pertemuan pertama mereka.

*************************************

”Kita putus.” Akhirnya kata-kata itu terluah di bibir Idham Hamzah. Anaqi Hawwari mengetap bibir. Dia sendiri tidak tahu mengapa lelaki itu tiba-tiba mahu memutuskan hubungan mereka.

”Okay. Kalau itu awak rasa itu yang terbaik.” Balas Anaqi Hawwari lemah. ”Tapi kenapa?” Soalan itu tercetus spontan dari mulutnya lagi.

”Sebab ni...” Lantas Idham Hamzah menghulurkan gambar itu pada Anaqi Hawwari. Kalau ikutkan hatinya mahu sahaja dia melemparkan gambar itu ke muka Anaqi Hawwari, tapi dia masih dapat mengawal marahnya itu. Anaqi Hawwari merenung gambar itu. Lantas dia membalikkan gambar itu. Sebuah senyuman terukir kemas dibibirnya.

”Oh...” Sepatah perkataan itu terkeluar dari bibir Anaqi Hawwari. Idham Hamzah mengangkat kening menunggu reaksi gadis itu. Dia memerhatikan Anaqi Hawwari sibuk mencari sesuatu di dalam beg sandangnya. Akhirnya sebuah buku kecil dikeluarkan Anaqi Hawwari. Idham Hamzah sedar itulah buku yang diangkatnya dari atas lantai dalam pejabat Anaqi Hawwari pagi tadi.

Anaqi Hawwari membelek-belek buku itu. Lantas dia menyuakan buku itu pada Idham Hamzah. Idham Hamzah merenung bait-bait kata didalam buku itu.

Kalau awak rasa saya suka awak sebab awak kaya...

Kalau awak rasa saya sayang awak sebab awak handsome...

Kalau awak rasa saya cinta awak kerana kedudukan awak...

Awak betul...

Memang saya suka ,sayang dan cintakan awak sebab awak...

kaya...

handsome...

kedudukan awak tu...

Tapi…

Percayalah andai kata awak tiba-tiba jatuh miskin…

Saat itu wajah awak sudah berkerut seribu…

Dan

Awak bukan lagi di kedudukan awak sekarang…

Saya akan sentiasa di sisi awak…

Saya akan sentiasa menemani awak...

Kerana...

Saya cintakan awak, Amza.

Sentiasa...

Selamanya...

~ qiHa (21 Februari 2010)

Idham Hamzah merenung Anaqi Hawwari. Gadis itu masih tersenyum. Dia melihat ada air mata mengalir di pipi gadis itu.

”I’m sorry!” Idham Hamzah melafazkan kata-kata maaf itu dengan penuh perasaan. Anaqi Hawwari menganggukkan kepalanya, memaafkan lelaki dihadapnnya.

FIN

5 comments:

  1. he3 bt saspen jek...rpenye dlm note tu de smbgnnye...
    tp...npe watak dlm cte tuh cm familiar je?hi3..
    ok.bgus.mgkn leh dkmbgkn lg bakt yg ade.
    1lg..npe tmpt yg sm je (tasik)..klu xslp cte yg sblm ni pun tsik gk....

    just comment..

    ReplyDelete
  2. good story.. good plot.. sweet actors..but tertipu aku.. mati2 ak ingt cite btul.. dh la seram ending dia... part ygkna tarik dgn time prmpn 2 pndg lki 2 lama2 yg plg seram... nasib baik lakonan... nak cari version lain utk ending dia.... by the way... good story....

    ReplyDelete
  3. herm....komen aku.....patutnya pompuan tu xmaafkan laki tu la....lau aku makan penampar dh laki tu...hak hak hak..giler zalim ayat aku

    ReplyDelete
  4. Interesting..tp kdg2 nme wtak mcm x logik even it rekaan sesuke hti penulis...then myb sepatutnye blh elaborate sket part mak Amza tu so xde la nmpk sgt Amza tu main ikut je ckp mk die...

    -----------------------------------------------
    Mr. Eveready,
    25,Engineer@Mechanic@Racer

    Saya sukakan segalanya tentang awak..rupa, kedudukan, duit, siapa awak sekarang..tapi jika suatu hari nanti semua itu tiada, saya masih sukakan segalanya tentang awak...

    *_^

    ReplyDelete
  5. next episode....i loike....

    ReplyDelete