Sunday, February 21, 2010

Cinta Materialistik?


Kalau awak rasa saya suka awak sebab awak kaya...

Kalau awak rasa saya sayang awak sebab awak handsome...

Kalau awak rasa saya cinta awak kerana kedudukan awak...

Awak betul...

Memang saya suka,sayang dan cintakan awak sebab awak...

kaya...

handsome...

kedudukan awak tu...

Perlahan-lahan dia mengangkat muka. Merenung wajah lelaki itu dihadapannya.

"Maafkan saya tetapi saya tak perlukan orang macam awak sebagai teman saya..." ujar lelaki itu.

Anaqi Hawwari bt Azha,

23 years old, currently single...

Baru sahaja di reject oleh lelaki dihadapannya.

"Saya tak perlukan orang macam awak..." terngiang-ngiang suara lelaki itu di mindanya. Dia terkedu. Jauh di dasar hatinya terasa perit, pedih. Lantas sekuntum senyuman di hadiahkan pada lelaki itu. Cuba melindungi perasaannya. Dia menarik nafas perlahan. Menahan air matanya daripada jatuh bergenang.

"Kenapa? Saya betul-betul cintakan awak. Semuanya tentang diri awak." Ayat itu terluah di bibirnya.

Idham Hamzah Dato' Kamarul

27 years old, currently single...

Baru sahaja me reject gadis dihadapannya.

"Hahaha... You love me because who am I right?" balasnya. Dia terasa seperti nak muntah mendengar luahan gadis dihadapannya itu. Baginya semua yang terluah dari mulut gadis itu hanyalah untuk menipunya. Dah terkantoi tak nak mengaku pulak!

"Yes, everything about you..." Anaqi Hawwari membalas.

"Termasuk harta benda saya kan?" Tempelak Idham Hamzah

"...." Anaqi Hawwari terdiam.

"Kenapa qiHa? You can't answer me?" Hati lelakinya terasa panas. Tidak pernah disangka gadis yang mendampinginya selama ini bermata duitan. Gadis yang nampak innocent itu hanyalah berlakon dihadapannya selama ini. Dia merasakan perasaannya selama ini dipermain-mainkan oleh gadis itu.

Anaqi Hawwari hanya memandang kosong wajah Idham Hamzah saat itu. Dia mengukirkan senyuman sinis.

"Upss... Saya dah terkantoi ye?" Akhirnya dia memilih untuk menyakiti daripada disakiti.

"What the ..." Idham Hamzah tak dapat menyambung katanya. Adakah gadis ini mahu berterus-terang mengenai segalanya. Permainan apa yang hendak dimainkan oleh Anaqi Hawwari kali ini?

"Em... Yes. I do love you because everything about you. Everything. Termasuk harta awak, kedudukan awak, Amza." Anaqi Hawwari terus menyerang. Baginya tiada apa yang mahu di sorokkan lagi. Suaranya mendatar.

Suasana damai petang itu sedikit pun tidak dapat melegakan keresahan hati Anaqi Hawwari dan Idham Hamzah. Antara mereka berdua terlalu banyak yang belum selesai. Tergantung. Terlalu rumit sebenarnya. Idham Hamzah terdiam. Hatinya semakin panas.

*************************************

9 bulan sebelum...

Petang di tepi tasik itu sangat mendamaikan. Sebuah meja beserta kerusi yang disediakan untuk para pengunjung menjadi tumpuan lelaki itu. Seharian di pejabat memenatkan menyebabkan dia mengambil keputusan untuk berehat seketika di taman tasik itu. Seraya melabuhkan punggung di kerusinya, dia memerhati keadaan sekeliling. Ada seorang gadis sedang menelaah buku di meja hadapan mejanya. Idham Hamzah merenung gadis yang tekun membaca dihadapannya. Sesekali gadis itu mencatat sesuatu di kertasnya sambil mulutnya terkumat-kamit. Tiba-tiba hatinya melonjak mahu mengenali gadis itu. Perlahan dia menghampiri meja gadis itu.

"Ehem..." Idham Hamzah berdehem.

Anaqi Hawwari mengangkat muka. Sedikit terganggu pembacaannya. Ish, makhluk manalah nak mengacau aku nak study ni? Dia terus merenung lelaki yang nampak sangat confident berdiri dihadapannya. Handsome, hatinya berdetak.

"Hai..." Idham Hamzah menegur.

"Yes? Ada apa-apa masalah ke encik?" Anaqi Hawwari membalas dengan pertanyaan lazim di kaunter pertanyaan. Dalam hatinya dia menahan ketawa.

"Err... Tak ada sebarang masalah cuma saya nak berkenalan dengan awak." Luahnya berani. Idham Hamzah merasakan tiada salahnya jika dia mahu berkenalan dengan gadis itu.

"Oh... Okay..." Hati Anaqi Hawwari berdetak. Beraninya lelaki ini. Tidak takut malukah sekiranya dia menolak salam perkenalan lelaki itu?

"Saya Amza, Idham Hamzah. Nama awak siapa?" dia memperkenalkan dirinya.

"Anaqi Hawwari, qiHa." balas gadis itu sambil tersenyum.

Bermulalah episod cerita cinta mereka.

*************************************

“Eh, awak… Cantiknya jam ni!” ujar Anaqi Hawwari. Dia merenung jam tangan yang berjenama itu penuh minat. Lantas di jelingnya harga yang tertera. Anaqi Hawwari membulatkan matanya. Gila, RM2500. Mati hidup balik tak adanya aku nak beli jam mahal macam ni.

Idham Hamzah tersenyum memerhatikan mulut Anaqi Hawwari yang terkumat-kumit itu. “Awak nak ke?” tanyanya.

“Heh, tak ada maknanya saya nak membazirkan duit beli jam mahal-mahal macam ni. Banyak benda lagi saya boleh buat dengan duit tu.” Seraya itu dia memuncungkan mulutnya.

“La... Apa salahnya kalau pakai jam mahal-mahal. Jam tu melambangkan betapa kita menghargai masa.” balas Idham Hamzah sambil tersenyum.

“Banyak lagi cara nak menghargai masa. Dah la awak, jom la... Saya dah lapar ni. Jom gi Mc’D. Saya rasa nak belanja awak Big Mac hari ni. Nak tak?” Anaqi Hawwari menarik tangan lelaki itu. Dia sebenarnya agak segan dengan Idham Hamzah kerana terlalu kerap lelaki itu membelanjanya makan. Baki wang pinjaman PTPTN nya masih berbaki. Cukuplah sementara menunggu dia mendapat kerja tetap nanti.

“Alaa... Mc’D je? Belanja la benda lain...” Balas Idham Hamzah sekadar bergurau.

“Ha... Tunggu lah nanti. Lepas saya dapat kerja tetap nanti saya belanja awak kat mana awak nak makan. Ok?” Balas Anaqi Hawwari. Jawapan Anaqi Hawwari hanya disambut dengan tawa Idham Hamzah.

“Okay...” Balas Idham Hamzah di hujung tawanya.

Sudahnya, Idham Hamzah yang membayar harga makanan. Anaqi Hawwari mahu membayarnya tapi Idham Hamzah terlebih dahulu menghulurkan wangnya, padanya tidak gentleman sekiranya membiarkan perempuan yang membayar harga makanannya. Anaqi Hawwari menarik muka masam. Terasa sakit hatinya.

“Awak, apa salahnya saya yang bayarkan? Awak tu baru habis belajar. Duit pun saya tau tak cukup kan? Saya lain la dah kerja. Lagipun tak macho la saya kalau bagi awak bayar.” Idham Hamzah cuba memujuk. Anaqi Hawwari hanya mampu menjeling.

Sepanjang perhubungan mereka Anaqi Hawwari mengakui dia tidak pernah keluarkan 1 sen pun duitnya ketika mereka keluar bersama. Semuanya di tanggung oleh Idham Hamzah. Anaqi Hawwari sering kehabisan kata untuk memujuk Idham Hamzah untuk menggunakan wangnya sendiri. Sudahnya dia membiarkan Idham Hamzah dengan egonya itu.

*************************************

Anaqi Hawwari tersenyum gembira. Setelah 2 tahun dia bersusah payah menyambung pelajarannya, akhirnya segulung ijazah berjaya digenggamnya. Paling mengembirakannya ialah semua orang yang disayanginya menemaninya pada hari convocation nya pada hari itu. Ibunya menghulurkan sejambak bunga dan mencium pipinya.

“Tahniah adik. Ibu bangga dengan kejayaan adik.”

“Terima kasih ibu.” balas Anaqi Hawwari.

Setelah itu dia bersalam dan mencium tangan ayahnya.

“Tahniah adik!” Ujar ayahya pula sambil menghulurkan sebuah kotak berbalut kemas.

“Terima kasih, yah.” Anaqi Hawwari berterima kasih pada ayahnya sambil menghadiahkan sebuah kucupan di pipi ayahnya itu.

Di sebelah ayah dan ibunya, Idham Hamzah tersenyum. Dia turut menghulurkan sebungkus hadiah kepada gadis yang telah mencuri hatinya itu.

“Eh, awak pun nak bagi juga?” tanya Anaqi Hawwari dengan nada ceria.

“Mestilah, hari inikan hari bermakna untuk awak. Tahniah qiHa!” balas Idham Hamzah.

“Terima kasih...” ujar Anaqi Hawwari tanda menghargai pemberian Idham Hamzah.

Puan Nur Asyikin dan Encik Azha sangat gembira pada hari itu. Manakan tidak, anak tunggal mereka yang dididik dari kecil lagi kini sudah berjaya dalam pelajarannya. Mereka juga berpuas hati, walaupun tidak dapat memberikan kemewahan yang melimpah-ruah pada Anaqi Hawwari, mereka dapat juga menghantar anak mereka ke menara gading.

Pada malamnya, Anaqi Hawwari membuka bungkusan yang diberikan ayahnya. Alangkah gembiranya dia melihat sebuah handphone berjenama Nokia itu. Telefon yang dilengkapi 3G itu sudah lama menjadi idamannya tetapi memandangkan dia terpaksa berjimat wang untuk kegunaannya dan dia tidak nampak kepentingannya untuk menggunakan handphone yang mahal itu semasa belajar, dia hanya melupakan hasratnya. Anaqi Hawwari tersenyum puas.

Akhirnya dia tidak sabar-sabar melihat hadiah pemberian Idham Hamzah padanya. Saat dia membuka kotak bungkusan itu, hatinya tertanya-tanya. Akhirnya dia menjerit keseorangan di dalam biliknya. Pantas dia menutup mulutnya. Bimbang didengari ayah dan ibunya yang sedang menonton television di ruang rehat rumahnya. Sebuah jam tangan yang berkilau berada di depan matanya. Jam tangan itulah yang dilihatnya ketika keluar bersama Idham Hamzah 2 minggu lepas.

Lantas jarinya mendail nombor handphone Idham Hamzah. Setelah memberi salam, dia terus berterima kasih pada Idham Hamzah.

”Awak, terima kasih ye. Tapi tak rasa membazir ke?” tanya Anaqi Hawwari. Yang kedengaran hanyalah tawa Idham Hamzah. Anaqi Hawwari hanya mampu tersenyum gembira.

”Ish, takkan lah untuk buah hati sendiri saya nak berkira. Tak membazir lah.” balas Idham Hamzah akhirnya.

“Mahal la jam ni…” Ayat itu terpacul di bibir Anaqi Hawwari.

“Sayang saya pada awak lagi mahal daripada tu tau.” Idham Hamzah membuat pengakuan.

“Saya nak minta sesuatu boleh?” Tanya Anaqi Hawwari tiba-tiba.

“Apa?” Tanya Idham Hamzah pula.

“Jangan tinggalkan saya.” Ayat itu meluncur laju di bibir Anaqi Hawwari.

“Sure. I will always love you, sweetheart!” Balas Idham Hamzah. Yakin.

Malam itu Anaqi Hawwari tidur dengan lena dengan diuliti mimpi yang indah.

*************************************

Anaqi Hawwari tersenyum gembira. Hatinya berbunga riang menerima panggilan untuk menghadiri interview. Seminggu kebelakangan ini dia kerap menghantar resume ke syarikat-syarikat yang dirasakannya sesuai dengan kelayakannya. Panggilan telefon yang diterimanya tadi adalah untuk interview pertamanya. Dia menarik handphone pemberian ayahnya lantas menekan nombor Idham Hamzah.

“Awak buat apa?” Soalan pertamanya setelah salamnya bersambut.

“Tengah kerja la sayang oii...” Suara ceria Idham Hamzah membalas.

“Oh, sorry kacau. Tapi nak kacau jugak.” Anaqi Hawwari menyambung.

“Okay, sila lah kacau saya sekarang.” Balas Idham Hamzah lagi.

“Emm... Nak beritahu awak, saya dapat panggilan interview tadi.” Beritahu Anaqi Hawwari.

“Oh, ye ke? Alhamdulillah. Bila interviewnya?” Soal Idham Hamzah pula.

“Lusa. Pagi.” Jawab Anaqi Hawwari.

“Okay, jom keluar petang ni. Nanti kita cerita panjang lagi ye.” Ajak Idham Hamzah pula.

“Ops. Lupa awak tengah kerja. Okay, petang ni kita keluar ye.” Anaqi Hawwari memberi persetujuan.

Petang itu mereka keluar bersama. Idham Hamzah membelikannya sepasang pakaian yang sesuai untuk Anaqi Hawwari. Baginya, dia mahukan yang terbaik untuk Anaqi Hawwari. Kegembiraan Anaqi Hawwari adalah kebahagiaannya. Pelbagai tips yang diberikan pada gadis itu. Sebagai salah seorang pengurus di syarikatnya, dia selalu menemuduga calon-calon yang ingin bekerja di syarikatnya. Dan yang sebenarnya, dia amat yakin Anaqi Hawwari akan berjaya mendapatkan pekerjaan itu. Dia tersenyum sendirian ketika pulang dari menghantar Anaqi Hawwari malam itu.

Terngiang-ngiang di telinganya Anaqi Hawwari berterima kasih dengan pemberiannya itu.

“Terima kasih, Amza.” Ucap gadis itu.

Idham Hamzah hanya membalas dengan senyuman. Saat melangkah keluar dari keretanya, gadis itu sempat berpaling padanya.

“Selamat malam. Saya sayang awak!” Ujar Anaqi Hawwari lantas menutup pintu dan berlalu laju. Jelas di mata Idham Hamzah wajah gadis itu kelihatan merah. Comel! Hatinya berdesis.

*************************************

Anaqi Hawwari melangkah keluar dari syarikat tempat dia interview itu dengan penuh kelegaan. Dia telah memberikan yang terbaik ketika ditanya oleh penemuduga tadi. Anaqi Hawwari tersenyum sendiri. Jauh di sudut hatinya dia berterima kasih kepada Idham Hamzah yang memberikannya nasihat untuk dia menghadapi interview itu. Di tingkat 5 banggunan syarikat itu, Idham Hamzah tersenyum memandang langkah Anaqi Hawwari. Saat itu handphonenya diatas meja berdering.

“qiHa.” Bibirnya menyebut nama gadis itu.

“Hello, sayang.” Ujarnya setelah menjawab salam yang diberikan gadis itu.

“Awak, saya dah habis interview. Saya baru je keluar ni.” Beritahu Anaqi Hawwari.

“Em. Macam mana interview awak?” Tanya Idham Hamzah tanpa membuang masa.

“Alhamdulillah, saya rasa okay je. Saya ikut semua tip-tip yang awak bagi. Thanks ye awak.” Anaqi Hawwari terus berterima kasih.

“Tak ada apa-apa pun sebenarnya tip tu. Semuanya atas awak juga kan?” Balas Idham Hamzah pula. Sesungguhnya dia yakin Anaqi Hawwari telah memberikan yang terbaik ketika di interview tadi. Dia telah menghubungi Encik Shahrul, penemuduga Anaqi Hawwari tadi dan jawapan yang diterima sudah pasti memuaskan hatinya.

Semuanya telah diuruskan oleh Idham Hamzah. Sebagai anak tuan punya syarikat itu, tiada masalah langsung baginya untuk memasukkan nama Anaqi Hawwari untuk bekerja dengan syarikat papanya itu. Tambahan pula, Anaqi Hawwari mempunyai kelayakan yang sesuai untuk jawatan itu.

Idham Hamzah mematikan handphonenya. Di bibirnya masih terukir senyuman kegembiraan. Dia akan pastikan Anaqi Hawwari sentiasa bersamanya. Dia tidak perlu bimbang lagi akan kehilangan Anaqi Hawwari kerana gadisnya itu kini bakal berada di hadapan matanya hampir setiap hari.

*************************************

Anaqi Hawwari melangkah masuk ke pejabatnya dengan pelbagai perasaan. Dia ditempatkan di sebuah bilik khas. Hatinya sedikit teruja, hebat sangat kah kerjanya itu sehingga dia diberikan bilik sendiri? Setahunya dia diberikan jawatan pembantu penolong pengurus. Mengikut jangkaannya dia hanya ditempatkan di meja biasa, bukan di dalam sebuah bilik yang sederhana besar itu!

Sesaat Anaqi Hawwari menoleh ke pintu biliknya apabila dia menyedari ada seseorang menolak pintu itu. Matanya terpaku. Idham Hamzah sedang tersenyum memandangnya, jelas di tangannya terdapat sejambak bunga ros merah. Anaqi Hawwari mengelip-ngelipkan matanya. Adakah dia terlalu rindukan Idham Hamzah sehinggakan terbayang wajah lelaki itu saat ini?

Idham Hamzah berdehem. Tidak tahu mengapa gadis itu tidak menyapanya.

”qiHa...” Panggil Idham Hamzah.

Anaqi Hawwari terkejut. Memang benar yang berdiri di hadapannya itu Idham Hamzah, bukan bayangannya. Dia mencubit pipinya perlahan. Berangan! Idham Hamzah kelihatan sangat kacak ketika itu. Dia hanya mampu tersenyum. Tetapi...

”Eh, awak buat apa kat sini?” Tanya Anaqi Hawwari, wajahnya kelihatan keliru.

”Saya nak ucapkan tahniah.” Tanpa menjawab jawapan Anaqi Hawwari dia menghulurkan bunga itu.

”Thanks!” Ucap Anaqi Hawwari pula.

Akhirnya Idham Hamzah menerangkan segala-galanya pada Anaqi Hawwari sambil memohon maaf. Anaqi Hawwari hanya mampu memberikan kemaafannya. Padanya, dia sepatutnya bersyukur lelaki itu mahu mengambilnya bekerja. Itu mungkin sudah memadai padanya. Dalam hatinya dia masih keliru benarkah perasaannya itu? Dia bimbang di cop mengambil kesempatan terhadap Idham Hamzah.

“Tak ada apa-apalah. Awak dapat kerja ini pun kerana kelayakan awak tau. Jangan fikir bukan-bukan, okay?” Pujuk Idham Hamzah.

*************************************

Kenangan-kenangan itu terputus tiba-tiba. Dihadapannya kini berdiri Idham Hamzah yang memandang tepat wajahnya. Bibirnya masih terkunci rapat. Hatinya tertanya-tanya, adakah dia yang mengambil kesempatan terhadap Idham Hamzah sekiranya dia menerima setiap pemberian lelaki itu? Seingatnya dia tidak pernah meminta-minta. Kalau ada pun, dia hanya meminta Idham Hamzah tidak meninggalkannya, dan permintaan yang satu itu nampaknya tidak dapat di penuhi lelaki itu!

Idham Hamzah masih terpegun dengan patah-patah yang terkeluar daripada bibir Anaqi Hawwari tadi.

"Em... Yes. I do love you because everything about you. Everything. Termasuk harta awak, kedudukan awak, Amza."

Ayat-ayat itu seolah-olah bermain dimindanya. Benarlah seperti yang di sampaikan oleh mamanya, Anaqi Hawwari menyintainya kerana harta dan kedudukannya.

“Mama rasa qiHa tu hanya nak kikis kamu je…”

Semalaman dia memikirkan hal itu. Dia tidak pasti kenapa mamanya berpendapat sebegitu. Seingatnya Anaqi Hawwari tidak pernah meminta-minta padanya. Hanya dia yang selalu menghadiahi pelbagai barangan pada gadis itu. Dan seingatnya Anaqi Hawwari tidak pernah menolak sebarang pemberiannya.

Pagi tadi ketika dia masuk ke dalam pejabat Anaqi Hawwari dia terpandangkan sebuah buku nota yang agak comel di atas lantai. Dengan niat ingin meletakkan buku itu di atas meja, tiba-tiba sekeping gambar jatuh daripada dalam buku itu. Dia tersenyum melihat gambarnya yang diambil secara curi-curi oleh Anaqi Hawwari. Gambar itu ketika mereka sedang bermesyuarat. Di dalam gambar itu kelihatan dia sedang tekun meneliti kertas dihadapannya.

Sejenak hatinya terlintas hendak melihat di belakang gambarnya itu. Lantas dia membalikkan gambar itu, kelihatan barisan tulisan tangan Anaqi Hawwari di belakang gambar itu.

Kalau awak rasa saya suka awak sebab awak kaya...

Kalau awak rasa saya sayang awak sebab awak handsome...

Kalau awak rasa saya cinta awak kerana kedudukan awak...

Awak betul...

Memang saya suka,sayang dan cintakan awak sebab awak...

kaya...

handsome...

kedudukan awak tu...

Idham Hamzah hampir terduduk. Apa maksud Anaqi Hawwari itu? Adakah selama ini Anaqi Hawwari tidak pernah ikhlas menyanginya? Akhirnya dia melangkah keluar dari bilik itu dengan hati yang tidak keruan. Sepanjang hari itu dia mengelak untuk bertemu Anaqi Hawwari. Panggilan telefon dan SMS gadis itu tidak dipedulikannya. Dan akhirnya dia mengambil keputusan untuk bertemu gadis itu petang itu di tempat pertemuan pertama mereka.

*************************************

”Kita putus.” Akhirnya kata-kata itu terluah di bibir Idham Hamzah. Anaqi Hawwari mengetap bibir. Dia sendiri tidak tahu mengapa lelaki itu tiba-tiba mahu memutuskan hubungan mereka.

”Okay. Kalau itu awak rasa itu yang terbaik.” Balas Anaqi Hawwari lemah. ”Tapi kenapa?” Soalan itu tercetus spontan dari mulutnya lagi.

”Sebab ni...” Lantas Idham Hamzah menghulurkan gambar itu pada Anaqi Hawwari. Kalau ikutkan hatinya mahu sahaja dia melemparkan gambar itu ke muka Anaqi Hawwari, tapi dia masih dapat mengawal marahnya itu. Anaqi Hawwari merenung gambar itu. Lantas dia membalikkan gambar itu. Sebuah senyuman terukir kemas dibibirnya.

”Oh...” Sepatah perkataan itu terkeluar dari bibir Anaqi Hawwari. Idham Hamzah mengangkat kening menunggu reaksi gadis itu. Dia memerhatikan Anaqi Hawwari sibuk mencari sesuatu di dalam beg sandangnya. Akhirnya sebuah buku kecil dikeluarkan Anaqi Hawwari. Idham Hamzah sedar itulah buku yang diangkatnya dari atas lantai dalam pejabat Anaqi Hawwari pagi tadi.

Anaqi Hawwari membelek-belek buku itu. Lantas dia menyuakan buku itu pada Idham Hamzah. Idham Hamzah merenung bait-bait kata didalam buku itu.

Kalau awak rasa saya suka awak sebab awak kaya...

Kalau awak rasa saya sayang awak sebab awak handsome...

Kalau awak rasa saya cinta awak kerana kedudukan awak...

Awak betul...

Memang saya suka ,sayang dan cintakan awak sebab awak...

kaya...

handsome...

kedudukan awak tu...

Tapi…

Percayalah andai kata awak tiba-tiba jatuh miskin…

Saat itu wajah awak sudah berkerut seribu…

Dan

Awak bukan lagi di kedudukan awak sekarang…

Saya akan sentiasa di sisi awak…

Saya akan sentiasa menemani awak...

Kerana...

Saya cintakan awak, Amza.

Sentiasa...

Selamanya...

~ qiHa (21 Februari 2010)

Idham Hamzah merenung Anaqi Hawwari. Gadis itu masih tersenyum. Dia melihat ada air mata mengalir di pipi gadis itu.

”I’m sorry!” Idham Hamzah melafazkan kata-kata maaf itu dengan penuh perasaan. Anaqi Hawwari menganggukkan kepalanya, memaafkan lelaki dihadapnnya.

FIN

Thursday, February 11, 2010

Memori Sang Pencinta



Suasana petang yang damai di sebuah taman. Hairi merenung lama gadis yang berdiri tidak jauh darinya. Dia melihat gadis itu termenung menghadap tasik di hadapannya. Seolah-olah mata gadis itu dapat menembusi jauh ke dasar tasik itu. Hairi terus memusatkan pandangannya pada gadis itu. Hatinya berdetak, dia seolah-olah pernah mengenali gadis ini. Adakah dia mengenali gadis itu? Hatinya meronta-ronta ingin mengetahuinya. Tanpa berlengah, dia melangkah merapati gadis itu.

Sejak disahkan oleh doktor bahawa dia mengalami hilang ingatan akibat kemalangan yang berlaku padanya enam bulan lalu, dia cuba untuk mendapatkan kembali ingatannya itu. Akhirnya dia berdiri di sebelah gadis itu. Setelah memberi salam, dia terus bertanya,

“Awak, awak kenal saya tak?” Gadis itu kelihatan terkejut. Spontan, gadis itu mengangkat mukanya dan pandangan mereka bertembung. Hati Hairi bergetar, jantungnya berdegup kencang,’Kenapa?’ soalan itu bermain di mindanya. Gadis itu kelihatan terkesima pada mulanya. Mulutnya terkumat-kamit. Hairi terus memusatkan pandangannya pada gadis itu.

“Tak, saya tak kenal awak. Maafkan saya, saya kena pergi dulu.” Balas gadis itu dan terus berlalu. Hairi terngaga, jelas pada pandangan matanya gadis itu seolah-olah mengenalinya. Insyirah bergegas meninggalkan Hairi. Setelah hampir setahun tidak bertemu dengan lelaki itu, itu soalan pertama yang harus dijawabnya? Hatinya sedikit menggerutu. Benarkah lelaki itu sudah melupakannya?

Hairi, seorang lelaki yang pernah bertakhta di hatinya suatu ketika dahulu. Malah mereka pernah merancang untuk membina mahligai bahagia bersama-sama, namun dengan alasan tiada jodoh mereka berpisah. Pada hakikatnya hanya Insyirah yang mengetahui sebab utama mereka berpisah.

Ingatannya melayang pada saat perpisahan mereka...

“Awak, kita berpisah.” Ayat itu meluncur laju di bibir Insyirah.

“Apa? Kenapa tiba-tiba?” Tanya Hairi.

“Saya nak minta awak tolong lupakan saya.” Tiada jawapan dari mulut gadis itu, sekadar permintaan.

“Awak nak saya lupakan awak? Lupakan apa? Wajah awak? Diri awak atau kenangan kita ni?” Tanya Hairi lagi.

“Semuanya. Saya rasa kita tak sepatutnya bersama.” Jawab Insyirah. Dan saat itu, kerana rasa mereka berpisah. Kerana Insyirah rasa mereka tak sepatutnya bersama, hubungan kasih yang dibina selama dua tahun terputus. Insyirah mengesat air matanya yang membasahi pipi.

‘Maafkan saya, Hairi.’ Ujarnya di dalam hati.

Hairi melepaskan keluhannya. Entah kenapa wajah gadis itu kerap bermain-main di mindanya. Dia dapat merasakan dia mengenali gadis itu dan begitu juga sebaliknya. Dia memaksa otaknya untuk mengingati siapa gadis itu namun hatinya hampa. Sedikit pun bayangan gadis itu tidak singgah di kotak memorinya.

Hari-hari yang berlalu menjadikan Hairi sibuk dengan kerjanya. Nasib baiklah dia bekerja di syarikat milik keluarganya kerana itu dia masih berpeluang untuk memulakan kerjanya secara berperingkat-peringkat.

“Encik Hairi, jam 10 pagi ini encik ada meeting dengan branches.” Beritahu setiausahanya ketika dia melintasi meja setiausahanya itu.

“Okay, awak tolong sediakan dokumen yang sepatutnya ye. Saya nak semak sekarang.” arah Hairi pula.

Saat melangkah masuk ke bilik mesyuarat, mata Hairi terpaku pada Insyirah. Dia agak terkejut melihat gadis itu turut menyertai mesyuarat pada hari itu. Sehingga tamat mesyuarat mata Hairi tidak lepas memandang ke arah Insyirah. Insyirah merasakan hatinya berdebar-debar. Nampaknya kali ini dia tidak dapat lari daripada Hairi lagi. Hairi menahannya keluar setelah mereka tamat bermesyuarat. Hanya mereka berdua di dalam bilik mesyuarat itu.

”So, you are Miss Insyirah?” Soal Hairi.

“Yes, I’m.” Balas Insyirah, ada sedikit getaran pada suaranya. “You told me before that you don’t know me. Takkan bos sendiri tak kenal kot?” Tanya Hairi menyindir.

“I’m sorry, sir. This is my first time attend the meeting. Lagipun, saya baru mula bekerja 3 bulan lepas.” Jawab Insyirah perlahan.

“Okay.” Hanya itu mampu yang terluah di bibir Hairi saat itu. ‘Insyirah.’ Hatinya berdetik. Ketika matanya singgah di wajah Insyirah, dia mengesan ada air mata di pipi gadis itu.

“I’m sorry, Hairi.” Akhirnya Insyirah memohon maaf. Hairi terkebil-kebil memandang Insyirah. Adakah dia dan Insyirah mempunyai apa-apa hubungan sebelum ini?

“Saya minta maaf sebab tinggalkan awak. Saya sedar yang saya takkan dapat lupakan awak.” sambung Insyirah lagi.

Hairi terduduk di atas kerusi dihadapannya. Patutlah hatinya berdebar-debar setiap kali dia memandang gadis itu. Benarkah perasaan aneh yang terikat di hatinya itu perasaan sayang pada gadis itu?

“Awak rasa saya juga tak dapat lupakan awak?” Tanya Hairi memandang tepat ke mata gadis itu. Tiada sahutan daripada Insyirah.

“Saya memang dah lupakan awak. Segala-galanya mengenai awak. Untuk pengetahuan awak, saya memang tak kenal awak langsung.” Sambung Hairi.

Memang benar dia tidak dapat langsung mengingati hubungan yang pernah tercipta itu. Insyirah terkedu. Nampaknya sudah tiada lagi ruang untuknya kembali pada Hairi. Perlahan dia menapak keluar dari bilik mesyuarat itu. Biarlah dia keluar daripada pandangan Hairi daripada dia terus merayu pada lelaki itu.

“Tunggu!”Hairi menahan. Dia melangkah mendekati Insyirah yang membelakanginya. Perlahan gadis itu di peluk dari belakang.

“Saya mungkin dah lupakan awak, tetapi hati saya kuat mengatakan saya tak boleh lepaskan awak kali ini. Saya cintakan awak, saya tidak tahu sejak bila tetapi semasa saya nampak awak, saya tahu saya cintakan awak. Tolonglah bagi peluang pada saya untuk bersama awak.”

Perlahan dia memusingkan tubuh Insyirah menghadapnya. Insyirah terpaku saat itu. Apakah maksud lelaki itu? Akhirnya Hairi menerangkan kepada Insyirah mengenai masalah hilang ingatannya akibat kemalangan yang pernah dihadapinya. Air mata Insyirah terus mengalir. Dia memeluk lelaki dihadapannya itu. Jauh di sudut hati Insyirah dia akan pastikan cinta mereka akan terus ke akhirnya.

Fin.

Kisah ini Kisah Duka



Chapter 1: The love begin

First time we met…

Masa tu aku sedang tunggu abah datang ambil aku kat stesen bas. Dia duduk sebelah aku. Masa tu aku memang tak perasankan orang. Macam biasa aku akan kekalkan muka sombong aku. Aku tak pandang pun makhluk yang duduk sebelah aku ni. Perlu ke? Hahaha… Aku buat-buat sibuk menghadap game handphone aku. Tiba-tiba…

”Awak…” Dia bersuara. Aku angkat muka…Ya Allah, comelnya mamat ni…

”Saya ke?” tanya ku.

”Ada orang lain ke kat sini?” Wah, boleh tahan juga mamat ni!

Aku pandang kiri kanan dan spontan aku jawab, ”Tak de!”

”Nak ke mana?” tanyanya.

”Balik rumah, tunggu abah.” detail jawapan aku.

”Ooooo…” panjang muncung dia. Aku senyum je.

”Lawa handphone…” Uiks, mamat ni tak de benda lain ke nak puji? Hahaha…

”Biasa je…”

”Err…Nak nombor phone leh?”

”Nak buat apa?“ Tanya aku dengan slumber nya… Hahaha…

“Saja nak buat koleksi” Aku diam jap… Fikir nak bagi ke tak… bagi… tak bagi… bagi… tak bagi… bagi… ermm… bagi je la… Mamat ni pun boleh tahan gak… Baby face… Hahaha…

“Ok…0136297425”

“0..1..3..6..2..9..7..4..2..5..” dia ulang balik nombor phone aku.

“Ha ah..betul la tu…”

“Nama?”

“Erm…call me Ash…” Malas aku nak bagi nama penuh.

“Nama awak pulak?” Saja aku bertanya…

“Fadhli…But my friends call me Adhi”

“Adhi…” Unik nama dia ni.

“Jap, saya tembak awak…” Hahaha…Gila ke mamat ni nak tembak aku pulak? Tetiba handphone aku berbunyi…

“Ha…tu number saya…Save la ye…” Oooo…sejak hari tu baru aku tahu ‘tembak’ tu maknanya missed call…aisyeh…buat malu je…hahaha…

From that day...

Dah setahun lebih aku kenal dia… Lebih tepat, 1 tahun 3 bulan… Hampir setiap hari ada je SMS yang aku dapat daripada dia… Daripada panggil saya-awak dah bertukar aku-kau… Diam tak diam dia jadi kawan baik aku… Banyak perkara yang aku share dengan dia. Banyak sangat…

Depan dia aku memang tiada apa yang nak sorokkan. Aku tak tahu kenapa aku ‘open’ sangat dengan dia. Tak payah nak ‘control ayu’ depan dia… Best sangat… Aku jadi diri aku sendiri dengan dia… Aku nak gelak, senyum, merajuk, menangis, semua tu aku tunjuk depan dia… And he is my fabulous friend. Dia pun sama, macam dah tiada apa nak cover depan aku… Slumber je kentut depan aku, sendawa, makan gelojoh… Hahaha… Dia memang comel… Kadang-kadang aku panggil dia ‘adik’… Dan dia memang marah kalau aku panggil dia ‘adik’…

“Kau kena panggil aku abang tau..Aku kan tua dari kau 2 tahun…” tu la jawapan dia tiap kali aku panggil dia ‘adik’… Dia memang comel… Ermmm…

Tentang dia…

Lahir 1 Jun 1984,

suka color merah,

suka MU,

benci tomato,

diam bila marah,

gelak bila sedih,

layan anime macam aku (sebenarnya aku yang paksa),

sangat suka makanan pedas,

dia tinggi dari aku… Aku paras dagu dia je…

tak suka ambil gambar. ”Muka aku nampak buruk dalam gambar” alasannya.

lambat bila taip SMS,

badan dia tegap tapi tak gemuk, tak kurus,

mata dia sepet,

kulit dia putih,

sekali tengok ada gaya anak cina,

ex-student UiTM,

dia ada ijazah dalam computer engineering,

sekarang dia jaga kedai mak dia untuk sementara,

dia lahir di Sabah tapi parents dia orang Perak and Melaka,

anak tunggal,

sekarang dia tinggal area rumah aku, pendek kata kitorang dalam taman perumahan yang sama,

aku jumpa dia time cuti semester je…

Dia memang comel…

The story begin with...

Location: Taman permainan sebelah rumah aku

Time: 6.15 p.m.

”Aku nak mintak tolong sikit boleh?” tanya dia…Mata dia macam mengharap sangat.

”Apa dia? Kalau aku boleh tolong, Insya Allah aku tolong…”

”Boleh tak kau jadi awek aku?”

”Haa?” Mamat ni biar betul. Aku dah rasa pelik. Tak pernah pun isu ni timbul. Setahu aku dia memang ada suka kat seorang girl tu, ex-classmate dia masa part 5, diorang pun still contact lagi. Dia sendiri yang cerita kat aku.

”Please Ash, I really need your help…”

“Why? “

“Sekejap je, Ash. Lepas minah tu blah, kita kawan la balik macam biasa…”

“Jap… Jap… Adhi, minah mana ni? Cerita tu biar detail sikit…” Aku mula tinggi suara.

“Cousin aku, dari Melaka, anak buah mak aku… Sekarang dia ada kat rumah aku. Ada ke patut mak aku nak ’kenen-kenen’ aku dengan dia. Dia pun macam suka je…Aku tak nak…”

”La… So apa kena-mengena dengan jadi awek kau?”

”Aku dah bagi tau mak aku, aku dah ada awek. Lagipun mana boleh kahwin sepupu, bodoh anak aku nanti…” Ya Allah… Panjang betul mamat ni fikir…

Pretending that I love you

Dah 5 hari aku jadi awek Adhi. Sejak hari tu semakin kerap kami keluar bersama. Makan, round taman, main badminton, jogging. Sebenarnya tak banyak beza dengan apa yang aku buat dengan dia sebelum ni cuma lebih kerap dan dia lebih ’mesra’ daripada biasa. Nama sepupu dia tu, Anis Fariha. Selalu jugalah Adhi bawa Anis bersama-sama. Kira macam bagi maksud yang dia dah ada aku dan tak nak Anis tu mengharap… Hahaha… Macam-macam la si Adhi ni. Kadang-kadang meluat juga aku dengan dia, macam saja nak menunjuk-nunjuk kat Anis tu yang dia sayang aku. Slumber je suap ice cream kat aku masa kitorang lepak kat taman permainan sebelah rumah aku tu. Aku pula naik malu dengan Anis. Tapi aku terpaksa mengikut rentak untuk menghidupkan lakonan ni… Pergh… Boleh dapat award la aku kalau macam ni!

“Sayang,nah…” dia hulurkan gula-gula ‘chupa-chup’ untuk aku. Ni lagi satu hal. Dia panggil aku ‘sayang’ bila Anis ada. Geli jugak bila dia panggil macam tu. Lepas tu dia paksa aku panggil dia ‘abang’ bila depan Anis… Adeh la… Semuanya aku turutkan untuk dia. Demi lakonan ini…

Anis… Dia student UiTM juga tapi cuma di kampus Melaka. Muda setahun daripada aku. Dia tinggal di rumah Adhi sebab nak bercuti di Terengganu. Nampaknya sepanjang cuti semester ni terpaksa lah aku jadi pelakon untuk hidupkan cerita si Adhi ni.

Anis ni cantik orangnya. Kulit putih, tinggi hampir menyamai Adhi, rambut lurus macam rebonding, pakaian pun sopan, nampak lembut bila bercakap. Entah kenapa aku nampak Anis ni memang sepadan dengan Adhi walaupun muka Adhi iras-iras cina dan si Anis ni ala-ala pelakon hindustan. Kadang-kadang aku membayangkan kalau diorang kahwin, macam mana rupa anak diorang agaknya. Aku pun tak faham kenapa Adhi tolak orang secantik Anis ni. Tinggi jugak taste dia ni. Ermm….

”Sayang, petang esok abang nak bawa Anis pergi pantai. Jom la ikut sama…” Ajaknya… Aku pandang muka Anis, dia senyum je.

“Erm… Nak tanya ma dengan abah dulu ye…” Apa-apa pun persetujuan parents aku memang aku utamakan.

”Ok.Malam nanti message abang ye…”

“Ermm…”

Malam nya aku menghantar SMS kepada Adhi

‘OK.Ma aku bg prgi.Esk kul bpe?’

Tak sampai 2 minit Adhi reply SMS ku itu…

'Kn da ckp pggl abg,bhsakn diri 2 syg or sy je’

‘Ok bos,sori eh.So,esk kul bpe?’

‘Ptg,kul 4.Leh pekena nasi dagang dlu’

‘Ok.x sbrnye.. ;-p’

‘Ye la tu..Nite, syg..Dream of me..’

‘Nite,abg’

‘Luv u’

‘:-p’

Seperti malam-malam sebelum ni, aku tidur dengan lena…

Love you, love me?

Location: Pantai Penarek, Setiu

Time: 5.30 p.m

“Wah…” Jeritku. Aku memang sangat gilakan pantai. Lebih tepat air. Sangat-sangat suka main air.

Anis memandangku sambil bertanya, ”You memang suka pantai ke?” Hahaha…Lagi satu, minah ni suka betul ber I You dengan aku.

”Yup, she really loves it…” balas Adhi sambil pegang bahu aku. Aku pandang dia sambil membulatkan mata. Agak-agak la nak pegang-pegang orang pulak. Adhi menjatuhkan tangannya dari bahuku sambil tersipu-sipu. Ceh…

“Ooo… Abang Adhi, Anis nak main air boleh?” tanya Anis.

“Ok…Tapi jangan pergi terjun dalam air lak, main tepi-tepi je dah. Ombak kuat tu…” balas Adhi. Dia memang caring orangnya. Aku senyum dan mengikut langkah Anis. Tiba-tiba terasa lengan baju aku di tarik.

”Sayang nak pergi mana?”

”Aaaa…Nak ikut Anis la…”

”Jap…Anis pergi dulu, abang nak cakap sikit dengan Kak Syia” Anis memang panggil aku Kak Syia sebab Adhi memperkenalkan aku dengan nama itu..’Kak Syia’.Weird!

Angin pantai memang mendamaikan… Aku cuba membetulkan tudungku. Terasa senget sebelah tudung aku ni… Dan Adhi tolong membetulkan tudung aku. Dia begitu rapat dengan ku. Sangat rapat. Wah,bahaya! Aku menjarakkan diri…

”Tak pe la.Biar je. Kalau betulkan pun nanti senget balik… Angin…” Entah kenapa suara aku agak gugup. Adhi cuma senyum.

”Kenapa?” tanyaku.

”Kenapa apa?” balas nya. Mata dia tu terus ke mata aku… Adeh, sudah… Please Adhi, jangan pandang aku macam tu…

“….” Aku betul-betul kelu… Ah, kacau… Memang kacau… Dia senyum… Mata dia tu… Bencinya…

Aku terus jalan, menuju tempat Anis berdiri di gigi air… Aku main air pantai sepuas-puasnya…Hati, tolong jangan tergoda… Aku cuba nak lupakan mata dia… Biarlah, sekurang-kurangnya buat masa ni… Dah hampir sejam aku menyusuri pantai. Adhi turut menyertai aku dan Anis. Selepas penat berjalan, Adhi ajak kami pekena nasi dagang. Favourite aku tu…

Masa makan, Adhi duduk sebelah aku, Anis pulak depan aku. Masa tengah menikmati nasi dagang kegemaranku, Adhi meletakkan ikan dalam pingganku. Ikan tu dari pinggan dia, dah separuh pun.

”Amik la… Abang tau sayang suka kan?” Suara dia perlahan, hanya aku sahaja yang dengar.

”Thanks…” Balasku. Sebenarnya hanya itu sahaja yang aku mampu ucapkan. Sekali lagi aku terpandang mata dia… Arghhh… Bencinya!!!

Love might hurts me

Adhi pergi Melaka, actually balik kampung mak dia kat Melaka. Aku kebosanan, er… kerinduan sebenarnya. Seminggu lamanya dia stay kat kampung tu. Anis pun dah balik rumah dia. Aku ingat kan dia stay di rumah Adhi sampai habis cuti semester ni. Tetapi kerinduan aku memang tak berbaloi sudahnya…

“Ash…” Serunya semasa pertemuan kami sebaik dia balik semula ke Terengganu ni.

“Gapo?” Saja ku guna dialek Kelantan. Hahaha…Serius semacam je si Adhi ni!

“I’m in love…Argh…”

“What?” Dalam hati aku berdebar yang amat. Tolong jangan kecewakan aku… Aku… Aku betul-betul dah suka kau Adhi, aku rasa aku memang terjatuh sayang kat kau. Tolong cakap yang kau juga rasa yang sama pada aku. Please…

”I’m in love with her! Gosh, what should I do?” Her… Siapa? Kenapa dia tak cakap ’you’?

”Her? Who? Anis ke?” Aku cuba meneka.

“Yes, exactly…” Jawabnya. Aku pandang mata dia yang bersinar-sinar tu. Mata sepet tu memang comel. Aku rasa sebak. Rasa nak menangis. Please, Ash… Don’t cry… Please don’t… Sudahnya air mata aku tumpah juga. Didepan Adhi aku menangis. Dia macam panik.

“Wei, nape kau nangis ni? Takkan kecewa dengan aku kot?” Muka dia tu… Eiii… Bencinya!!!

“Kepala otak kau! Aku nangis sebab akhirnya kau mengaku gak kau suka Anis tu. Tu la, sebelum ni tak nak sangat.” Aku… memang pelakon yang hebat kan? Kenapa lah ayat tu yang keluar? Kenapa la aku ni bodoh sangat? I should tell him… ’Aku suka kau, aku tak nak kau suka Anis…’ Tapi ayat tu kat dalam hati aku je, tak dapat nak keluar, tak terlafaz. Ash, you are totally LOSER!!!

“Ceh…tu pun nak kena nangis ke?” Dia buat muka weird dia tu. “Hahaha…” Aku ketawa. Gelak la Ash, gelakkan diri sendiri. Padan muka aku.

”Aku pun tak faham macam mana aku boleh suka dia… Memula tu memang aku tak rasa apa-apa.Tapi may be dah lama dia stay kat rumah aku, aku pun duduk kat rumah dia masa kat Melaka, perasaan tu datang. Love… Sound weird, huh?” Dia bercerita.

”Biasa la…” Balasku. Love? **censored**!!! Kenapa aku boleh tersangkut dengan dia ni? Kenapa aku suka tengok mata dia? Kan aku dah ter’suka’ pada dia… Adeh la…

oooo aku tergoda aku tergoda terkecewa

dari kerana mata

Malam tu aku menangis sepuas-puasnya. Aku memang bodoh sebab jatuh hati pada dia sedangkan dia anggap aku sebagai kawan dia je. Aku yang perasan lebih. Kenapa aku selalu jatuh hati pada orang yang tak sudi? Muhammad Ilham Fadhli bin Hashim… Aku betul-betul sukakan kau. Sampai hati kau… Lepas ni aku tak tau macam mana nak berhadapan dengan dia. Buat macam biasa je... boleh ke?

Chapter 2: I’m sorry, I love you

Her side: Nice day when I’m with you.

“Ash, I’m curious…” Dia tidak menghabiskan soalannya. Aku ternganga.

“About what?” Ish mamat ni, dah lama tak jumpa, seingat aku dah nak dekat 6 bulan kitaorang tak jumpa, apa lah yang dia nak tau tu? Ya, sudah hampir 6 bulan sejak dia meluahkan perasaan dia yang dia jatuh cinta pada Anis! Damn, I missed him so much!

“That day, when I told you that I’m in love with her, you were crying, right?” La… aku ingatkan dia dah lupakan hal itu…

“Emm... yeah... why?” Hahaha... aku pun tidak tahu kenapa aku pula yang bertanya.

”Eh, tanya aku pulak… I’m the one who should ask you, why you were crying?” Dia bersuara selepas terdiam sejenak, mungkin terfikir kenapa aku pula yang bertanya kenapa.

“As I said before, I’m just happy because you love her! Kan kau jugak yang beria-ria tak nak lah, tak elok lah…Alih-alih terjatuh cinta pula. Hahaha.” **censored**, what I’m laughing for? Dia hanya memandang tepat ke mataku. Ish mamat ni, macam tau-tau je aku menipu!

“Sure? Kenapa aku tak rasa macam tu?” tanya Adhi lagi.

“Come on la, Adhi... How’s your life. Kau, sejak dah dapat kerja ni senyap dan sunyi je… Message aku pun jarang reply. Are you that busy?” Cepat-cepat aku alihkan tajuk sebelum dia panjangkan isu yang aku nak lupakan sangat tu!

”Ermm... biasalah, nama pun kerja. Balik pun malam. Kadang-kadang aku pun tak perasan handphone aku ada message. Sorry eh?”

”Tak pe lah. Tak kisah. Nothing important. Err... Tapi kalau Anis macam mana pulak, takkan kau takde masa nak message dia?” Aku pula yang nak menyibuk dengan hal peribadi dia.

”Aku call dia selang sehari. Dah cukup lah tu. Lagipun, dia pun dah final semester. Baik aku bagi dia fokus belajar.” Cerita Adhi pada aku...

Wah, bestnya selang sehari call! Kenapa hati aku rasa pelik? Pedih dan sedih, err..sayu pun ada juga. Weird! Aku hanya tersengih memandangnya.Tidak tahu apa yang sepatutnya aku balas. Tiba-tiba aku jadi cik blur!

Sejak hari dia cerita perasaan dia hari tu, aku memang dah jarang sangat berhubung dengan dia. Aku pun dah habis belajar, dah dapat kerja pun.

“Aku dah dapat kerja.” Ujarku perlahan.

”Tau, aku ada sembang dengan mama kau semalam. Kebetulan aku balik, kalau tak mesti aku tak tau kan?” Aku hanya mampu tersenyum... Ye la, kau kan busy dengan awek kau, mana sempat nak tau pasal aku...

”Bila mula?” tanyanya.

”Hari Isnin,13hb. Malam Ahad ni aku naik bas balik Puncak Perdana” Beritahuku, sekadar hendak memanjangkan cerita.

”Oooo... Ada dua hari lagi la kau nak melepak kat rumah kan? Mesti lepas ni kita lagi jarang dah nak jumpa. Aku kat Johor, kau kat Shah Alam, bila agaknya nak jumpa entah?”

”Cuti...” Spontan jawapanku.

“Mana nak tau bila kau cuti?” tanyanya kembali.

“Entah...” Ujarku. Sengal ke apa mamat ni? Zaman IT ni, handphone ada, YM pun boleh.Tak pun email je la, tu pun nak tanya macam mana? Dah nampak sangat aku bukan lagi terpenting untuk dia.. Eh kejap, pernah ke aku jadi orang terpenting untuk dia. Hehehe... Perasan betul aku ni!

Her side: I’m gonna fly with you.

Petang yang damai, bersama encik yang menawan hati aku ni berada di hadapan mataku. Aku duduk di sebelahnya. Tidak terlalu rapat, tapi hampir dengan dia. Kenapa hati aku berdebar-debar? Aku ketawa didalam hati, bukan aku tak biasa duduk sebelah dia. Mungkin perasaan ni yang membuat aku rasa begitu. Weird!

Aku mendongak ke langit. Tenang, langit dihiasi awan kelihatan sangat indah. Dia pun turut mendongak.

“Kau pandang apa,weh?” Dia bertanya.

“Langit, awan...” Balasku perlahan.

Dia pandang aku. ”Jiwang karat nampak?” Ada senyuman selepas soalannya itu. Comel!

”Eh, berkarat ke?” Sengaja aku menyambung lawak dia. Menatap muka comel dia tu mustahil untuk membuatkan aku jemu.

”Hahaha...” Kami sama-sama gelak.

”Esok kau naik bas malam ke siang?” Tanya Adhi tiba-tiba.

”Malam,kan dah bagitau semalam. Kau pergi Johor bila? Naik kereta eh?”balasku.

”Yup. Drive sengsorang pagi esok.” Beritahunya dengan suara bosan yang dibuat-buat.

“Tak pe la…Kalau penat berhenti lah mana-mana. Makan, rehat dulu…” Nasihatku.

“Hehehe…” Dia gelak! Matanya yang sepet tu makin mengecil. Damn cute!

“Kenapa nak gelak pulak? Weird!” Ujarku.

”Kau ni cam mama aku la, banyak lak nasihatnye!” ada sisa ketawa di hujung ayatnya.

”Heh..”Aku hanya mampu membalas itu sambil tenyum padanya. Dia masih dengan gelaknya. Hati aku berdetak. Terpesona dengan wajahnya. I love you!

Spontan, aku menarik tangannya. Dia pandang aku penuh tanda tanya. Terkejut mungkin. Sebab selama ni aku memang paling elak nak sentuh dia. Ash, stop it! Don’t tell him...Tell him...Argh... What the heck I’m doing right now?

“Adhi, I’m sorry but I can’t hold this anymore. When I’m not with you I’m really scared that I will loose you. It hurts me when I’m thinking about you with another girl!” Tangannya masih kupegang.

“…” Dia masih tak bersuara.

“I love you! I want to stay by your side, forever…” Ujarku, tepat ke matanya. **censored**…Ash, what are you doing?

“Ash, are you serious?” Akhirnya dia bertanya. Ada gugup pada suaranya. Terkejut, barangkali.

Aku renung matanya dalam-dalam dan tersenyum. Tiba-tiba aku gelak. “Hahaha...” Besar gelak aku tu. Aku menjarakkan diri sambil melepaskan tangannya.

”I’m sorry that...I love you!” Ujarku dengan saki-baki gelakku. Dia menggelengkan kepalanya. Terkejut, mungkin juga tertanya-tanya.

”Tiba-tiba...Kau ni betul ke tak?” Entah kenapa aku mengesan nada marah di suaranya itu.

“Please, bro. Kau gila ke apa aku nak cakap macam tu kat kau?”

”You looked damn serious just now!” ujarnya.

“Am I?” Aku tersenyum. “I’m such a good actress. Don’t you think so?”

“Hell!” Dia menyumpah. Hahaha…

Seriously, I’m in love with you.

”If you think that you can tease me, it works!” Tambahnya dan dia terus berlalu meninggalkan aku…

I’m here alone,

Didn’t wanna leave

My heart won’t move,

It’s incomplete

Wish there was a way that I can make you understand

I'm sorry,

I never thought that it will come to this

I know we'll never get back

To how we were before

Because of stupid me

I love you so much

I’m sorry, I love you…

Chapter 3: Love is confusing


His side: She is weird!

Weird! Itulah perkataan yang sesuai nak menggambarkan Ash. Aku tak faham betul dengan minah yang seorang ni. Dia kelihatan sombong pada mulanya tetapi persahabatan yang aku hulurkan disambut dengan baik. Memang pada mulanya aku sengaja nak ‘test power’. Tetapi tak sangka persahabatan ni sudah menjadi sangat rapat.

Ash, dia bukanlah cantik sangat. Mungkin adalah manisnya, perempuan. Dia agak nakal, sukar nak kawal dia sebab dia pakai otak dia aje. Dia spesis yang banyak cakap. Kadang-kadang tak terlayan mendengar ceritanya. Ada masa dia macam budak-budak, ada masanya juga dia kelihatan matured. Dia sangat suka mengambil gambar dan meng-edit gambar. Rajin betul! Jarang berjumpa dengannya tetapi aku selalu terasa dia ada dekat denganku. Mungkin sebab dia rajin menghantar SMS dan adakalanya kami bergayut di phone.

Tetapi kejadian hari ini memang agak mengejutkan aku. Berani betul dia! Ada ke patut slumber je pegang tangan aku? Kalau selama ini, dia lah paling mengelak kalau aku nak sentuh dia. My heart beats fast when she told me that she in love with me! Somehow she became unpredictable. Aku pun dah jadi confused dibuatnya. Kenapa aku rasa dia macam betul-betul meluahkan perasaannya? Matanya yang tepat merenung ke mataku seolah-olah dia benar-benar maksudkannya. Is she the real actress or what?

Handphone di tanganku tiba-tiba berbunyi. Ada message baru daripada dia.

‘Adhi, r u still mad at me?’ SMS itu ku tenung. Sebenarnya aku bukanlah marah, I’m just shocked! Tak sangka dia berani bergurau sebegitu.

‘I’m sorry ok?’ kali ni SMS kedua darinya ku terima. Ish, aku pun tidak tahu nak reply ke tidak SMS dia ni.

‘It’s ok’ Akhirnya aku membalas SMSnya. Tiba-tiba handphone ku berdering. Panggilan masuk daripada dia.

“Hello, Assalamualaikum...” suara Ash kedengaran.

“Wa’alaikumussalam...” jawabku. Ku cuba mengawal suara agar kedengaran biasa.

“Tak tidur lagi ke bro?” tanyanya.

“Belum. Awal lagi kot. Kau kat ne?” Adeh, terasa bodoh pula soalanku itu. Mesti lah dia dirumahnya. Malam-malam macam ni mana mungkin dia keluar rumah. Aku mengetap bibir.

“Hehehe..Kat umah le bro.Malam-malam ni nak keluar ke mana?” tanyanya kembali.

“Mana la tau... Err.. Ash, keluar jap nak. Aku amik ko kat umah. Esok aku dah nak gerak.” Aku rasa dia faham yang aku akan ke Johor esok.

“Emm... Macam dah lewat ni, parents aku pun dah nak masuk tidur tu.” Balasnya.

“Kejap je...” Aku masih berharap. Its time to pay back! Ada idea nakal bermain di otak geliga aku ni!

“Ok. Kejap je tau! Aku tunggu kat taman. Lepak situ la, dekat dengan rumah aku.” Dia memberi cadangan.

”Set!” Balasku. Hehehe...jaga kau Ash!

His side: Pay back time!

Aku sampai di taman mainan tempat biasa kami melepak tepat 10.30 malam. Kelihatan dia memakai sweater birunya. Dia menghampiri keretaku yang aku parking di tepi jalan berhampiran taman mainan itu. Dan dia tak pakai tudung. Ish, bertuah budak ni...

”Ai, lawa rambut.” Aku menegur. Jarang aku dapat melihat auratnya itu. Tapi mungkin malam ni gelap, dia berani menunjukkan rambutnya itu.

”Hehehe...Malam-malam ni, mana ada orang nampak. Kau pun bukan nampak rambut aku kan?” Ujarnya sambil menarik ’hood’ sweaternya untuk menutup rambutnya.

”Apa kau ingat aku buta?” Balasku. Cute gak minah ni. Hehehe...

”Rileks la... Aku bukan alim sangat la...” Ermm...betul la tu. Minah ni kepala dia bukan betul sangat.

“Ha... Apa hal kau nak jumpa aku sangat ni? Kalau pasal tadi, I’m really sorry!” Ujarnya. Kelihatan dia memerhati keadaan sekeliling. Mungkin bimbang berdua-duaan denganku. Aku hanya tersenyum dan aku pasti dia tidak nampak akan senyuman aku ini!

”Ash...” Panggilku. Tanpa mendengar sahutannya, aku menarik tangannya dengan pantas dan menyandarkan tubuhnya pada pintu keretaku. Merapati tubuhku dengannya. Terasa nafasnya di pipiku.

”Oi... Apa ni Adhi? Tak baik la... Lepas lah...” Kedengaran suaranya separuh menjerit. Aku menutup mulutnya dengan tangan ku. Sebelah tangan lagi erat memeluk pinggangnya. Dia meronta-ronta minta dilepaskan.

”Listen to me. I will not hurt you. Just listen!” Suaraku lembut, separuh berbisik.

“Ash, deeply in my heart is only you. I’m crazy over you. I keep thinking about you and I want to make you mine.” Ujarku. Pipinya ku sentuh lembut. Dalam kegelapan malam itu aku dapat melihat matanya yang merenung tajam ke dalam mataku. Aku melonggarkan pelukanku di pinggangnya. Dia tidak lagi meronta. Aku merapatkan wajahku dengan wajahnya. Aku terus merenungnya.

Perlahan-lahan aku cuba merapatkan bibirku dengan bibirnya. Aneh, dia tak mengelak. Aku pula yang terasa cuak sama ada hendak meneruskan lakonanku kali ini. She closed her eyes! Damn, don’t be like this Ash or I can’t stop...

“Gotcha!” Satu jentikan di dahinya mengejutkan dia. Dia membuka matanya. Aku melepaskan tubuhnya sambil ketawa terbahak-bahak. Dalam kegelapan malam itu, aku nampak dia terpinga-pinga. Terkejut, barangkali.

“That is the pay back for what happen before…” Ujarku.

“So, Zero-Zero” Sambungku lagi.

“Adhi, how dare you!” Terasa ada getaran pada suaranya. Is she crying?

Dia berlari pulang menuju ke rumahnya. Meninggalkan aku yang tersandar di pintu kereta. Malam itu aku tidak dapat menghubungi handphonenya. Salah kah aku?

All I ever did was look up to you

And if all I ever did was let, let you down

Ain't nothing stopping me now

Was it everything you hoped for?

Was it all of that and more?

Too much too soon?

Or too good to be true?

Was it everything you hoped for?

Was it all of that and more?


Her side: Thank you for hurting me!

Damn it! Seriously, aku tidak tahu mana nak letak muka aku ni. Apa yang terjadi malam tadi sangat-sangat memalukan aku. Sepatutnya aku dah tahu permainan dia. Mustahil untuk dia jatuh cinta pada aku. Kenapalah aku tak sedar diri sangat ni?Bangun pagi tadi aku harap apa yang terjadi hanya mimpi. Everything gonna be fine. Nothing to worry, Ash!Malam ini aku akan pulang ke Puncak Perdana, perkara malam tadi sepatutnya aku lupakan. Just forget it!

Selepas bersarapan aku mengemas barang-barang untuk pulang ke Puncak Perdana malam nanti. Adhi mesti dah berlepas ke Johor. Aku tidak akan berjumpa dengan dia sekurang-kurangnya dalam masa terdekat ini. Aku betul-betul tidak sangka dia seberani itu. Handphoneku sengaja aku matikan dari semalam. Sampai saat ini aku masih tidak dapat memaafkan diri sendiri kerana terlalu lemah malam tadi. I’m out of my mind last night.

Kejadian malam tadi masih segar diingatanku...

Selepas mematikan panggilan telefon, aku menyarungkan sweater biruku. Perlahan-lahan aku keluar dari rumah, setakat nak ke taman permainan sebelah rumahku itu, aku rasa tidak perlulah aku memberitahu parentsku. Aku pun sudah biasa sangat melepak bersama adikku di taman itu pada waktu malam cuma pada malam ini aku berseorangan memandangkan adikku sudah berada di UiTM Puncak Perdana menyambung pelajarannya. Tambahan pula, Adhi akan menemaniku nanti.

Di taman permainan, aku menghayunkan buaian. Sambil menyanyi-nyanyi kecil aku memikirkan ayat apa yang sesuai untuk meminta maaf pada Adhi. Perbuatanku petang tadi mungkin membuatnya keliru. Perlukah aku berterus terang? Tell him what I feel towards him. Should I? Sedang aku merangka ayat, aku ternampak Satria Neo kepunyaan Adhi. Sambil mengemaskan rambutku, aku tersenyum. Mesti Adhi tegur aku tak pakai tudung malam ni. Hehehe…Malam, mana ada orang nampak, lagipun aku pakai sweater yang ada ‘hood’, nanti bolehlah aku menutup rambutku ini. Sambil itu aku menapak ke arah keretanya.

”Ai, lawa rambut.” ayat pertamanya yang sudah aku duga ketika aku menghampirinya. Aku gelak dalam hati. Dah agak dah…

Tetapi, perbuatannya menarik aku dan memelukku betul-betul mengejutkan aku. Does he feel the same way?

“Ash, deeply in my heart is only you. I’m crazy over you. I keep thinking about you and I want to make you mine.” Ayatnya itu menyebabkan aku terasa jantungku bergerak dengan kelajuan paling maximum. Aku terpana dengan ayat dia itu. Eh mamat ni, biar betul? Entah kenapa aku hanya membiarkan dia menyentuh pipiku, dan ketika itu aku memejamkan mata dan berharap ini bukan mimpi. Terasa nafasnya di wajahku.

Tiba-tiba, ”Gotcha” Aduh, pedihnya dahiku. Ketika aku membuka mataku, aku nampak mata sepetnya itu makin mengecil. Tubuhku dilepaskan dan dia tergelak besar. Damn it! Aku dah terkena rupanya!

“Adhi, how dare you!” Itulah ayat yang terkeluar dari bibirku. Entah kenapa, air mataku terasa murah ketika itu. Suaraku kedengaran seperti orang menangis, dan sememangnya aku menangis saat itu. Tanpa memandangnya aku berlari pulang ke rumah. Di bilikku, aku menangis sendirian. Malu, marah, tak puas hati, kecil hati pun ada juga. Seronokkah dia bermain dengan perasaanku seperti itu? I hate him...

Handphoneku yang berbunyi saat itu ku biarkan. Akhirnya aku mematikan handphone itu. Akhirnya aku tertidur dengan air mata yang menemani lenaku. Dengan penyesalan yang tidak terhingga...

Thank you for hurting me.

Her side: Just leave me alone

Aku menarik Sony Ericsson K770i ku di atas meja. Menghidupkannya kembali. Berderet SMS yang ku terima. Daripada Adhi tentunya.

‘I’m sorry’

‘Please Ash, it just a pay back!’

‘I’m REALLY sorry’

‘If u wants to beat me, fine! Jst say that u 4give me’

‘I will do everything for u 2 4give me!’

Tiba-tiba handphoneku berbunyi. Panggilan masuk dari Adhi. Aku masih berbelah bahagi sama ada mahu menjawab panggilan daripadanya atau tidak. Lagu Maroon 5, Won’t Go Home Without You aku biarkan. Membiarkan panggilannya, itulah yang terbaik sementara ini. Aku benar-benar malas nak mendengar suaranya. Malu sebenarnya. Selepas tiga Missed Call, Adhi menghantar message pula.

‘I knw u don’t wnt 2 pick up d phne. But I really need 2 talk with u, please Ash. I beg u’

Sesungguhnya aku benar-benar tidak bersemangat hendak mendengar suaranya atau membalas SMSnya. Biarkan…


Chapter 4: The Pain

Her side: Love is cruel

Akhir bulan puasa. Aku baru sampai ke rumah awal pagi tadi. Sepanjang tengah hari aku hanya tidur. Kurus puasa aku! Petangnya aku melepak di taman permainan sebelah rumahku itu. Aku mengayun-ayunkan buaian dengan perlahan. Tiba-tiba kedengaran orang memberi salam.

”Assalamualaikum...” Suara yang dah hampir tiga bulan aku tidak mendengarnya. Sejak tiga bulan lalu aku menyepikan diri. Satu SMS Adhi pun tidak ku balas. Terasa beratus sudah panggilan talefon darinya kuabaikan. Meneruskan kehidupanku di Shah Alam menjadikan aku hampir lupa kenangan aku bersama Adhi. Kecewa dengannya, mungkin.

”Waalaikumussalam” Salam wajib dijawab, lantas aku mengangkat muka. Merenung wajah yang cuba ku lupakan dalam diam. Aku cuba bangun dari buaian dan entah macam mana tiba-tiba aku hilang imbangan. Buk! Macam nangka busuk aku jatuh tergolek.

“Adoi!” Jeritku kuat. Cover malu sebenarnya. Adhi duduk mencangkung dihadapanku. Dia menghulurkan tangannya untuk membantu. Jelas pada mataku dia hendak ketawa. Tak guna punya Adhi, berani gelakkan aku ya! Aku yang mati kutu tidak tahu nak buat apa cuma mampu memandang dia. Ya Allah, malunya aku... Dengan muka slumber aku renung dia balik. Berkira-kira sebentar, nak ke tak nak sambut huluran tangannya. Perlahan ku pegang lengannya. Dia tersenyum dan menarik tanganku, membantuku berdiri.

“Sakit?” Tanyanya.

“Gila kau! Mestilah sakit...” Balasku dengan muka menahan sakit. Adhi hanya senyum. Aku membalas senyumannya dan akhirnya kami sama-sama ketawa. Aku sudah tidak mampu lagi nak tanggung malu ni, mungkin ketawa boleh jadi penyelamat keadaan. Adoi, sudahlah lama tak jumpa konon-konon aku merajuk dengannya, boleh pulak bila dah jumpa jadi macam ni?Aku hanya mampu mengutuk diri sendiri.

”Dah beli baju raya?” Entah kenapa soalan itu yang terkeluar dari mulut Adhi. Aku tersenyum je.

”Apa punya soalan la kau ni? Esok kan nak raya, mestilah dah...” tempelakku.

”Hahaha... Betul gak. Kau tak balik kampung ke?” tanya nya lagi.

”Tak, sebab tu lah aku ada kat depan kau sekarang ni” balasku slumber.

”Heh...”

”Kau lak, kenapa tak balik kampung?” Aku tersenyum kerana soalan aku lebih relevant daripadanya.

”Emm... Parents aku kat Sabah. Malam ni aku gi amek diorang kat airport. Nak ikut?”

” Tak kot. Nak tolong mama aku prepare masak.” Aku menolak dengan alasan yang munasabah.

”O...Ok... Raya kau masak apa je?”

”Ma aku cadang laksa penang and ada rendang sikit”

“Wah… Esok lepas sembahyang raya aku terus beraya rumah kau ye?”

“Hahaha… Dah nama pun beraya, datang je la… Tak payah la nak tanya-tanya lagi…”

“Emm…”

Perbualan kami terganggu. Deringan handphone mematikan perbualan yang kian rancak antara kami. Aku memberi laluan padanya menjawab phone. Ketika asyik memerhatikan wajah yang amat aku rindui itu, wajahnya berubah. Aku mengesan ada sesuatu pada suaranya.

”Tak... Pak Long jangan main-main. Tadi saya baru je cakap dengan mama….”

“No... Don’t lie...”

“Ya Allah...”

Adhi melutut dihadapanku. Phone di tangannya dibiarkan jatuh. Dia memandang wajahku dengan mata yang berkaca.

“Ash... Mama... Papa aku....” dan aku tak dapat menangkap butir bicaranya. Perlahan-lahan aku merapatinya.

“Tak... Mustahil... Ni mimpikan, Ash? Kejutkan aku... Please...” Matanya sudah bergenang dengan air mata lelakinya. Aku menyentuh bahunya. Dia akhirnya menangis teresak-esak…Tak sanggup rasanya aku melihat dia begitu.

“Kenapa?” Akhirnya soalan itu yang terpacul dari mulutku.

“Papa… Mama… Diorang dah tak de…” Dia terjelupuk diatas tanah.

“Sabar, Adhi…” hanya itu yang mampu aku katakan. ”Mari... Kita masuk rumah aku dulu... Dah nak berbuka ni...”

Adhi hanya minum segelas air, sekadar membatalkan puasanya pada hari puasa terakhir itu. Pada mulanya aku bercadang menemaninya ke Sabah untuk menguruskan jenazah arwah mama dan papa Adhi tetapi bapa saudaranya memutuskan untuk menghantar kedua-dua jenazah ke Terengganu memandangkan orang tua Adhi sudah dikira bermaustautin di sini. Kedua-dua parents Adhi terlibat dalam kemalangan ketika menuju ke airport. Jenazah kedua-dua orang tua Adhi sampai pada petang hari raya. Malam itu juga jenazah kedua-duanya dikebumikan.

His side: Why this happen to me?

Surah Yaasiin ku letakkan ditepi meja bilikku. Aku melangkah keluar daripada bilik menuju ke luar rumah. Mungkin di luar aku akan lebih tenang. Melintasi Pak Long dan Mak Ngah sebelah papaku di ruang tamu, aku menunduk hormat. Hanya sebaris senyuman yang mampu ku hulurkan. Aku sedih. Sedih sangat. Aku nak menangis, nak menjerit, nak memberitahu dunia ini aku tengah sedih. Kehilangan. Kosong. Mama dan Papa adalah orang yang paling penting dalam hidupku. Perasaan ini terlalu asing. Aku sebatang kara di dunia ini. Tiada siapa disisi. Kali terakhir aku berjumpa mereka ialah saat aku menghantar mereka ke airport untuk ke Sabah menziarahi Pak Long sekeluarga.

Andai aku mampu mengundur masa sudah pasti aku akan menghalang pemergian mereka. Andai mereka tak jadi pergi ke Sabah sudah tentu Aidilfitri kali ini aku mampu mengucup tangan mereka untuk memohon ampun dosa-dosaku pada mereka. Sudah tentu pada saat ini aku sedang bergelak ketawa bersama mereka berkongsi cerita. Rindu yang mendalam ini akan terus dalam dan tiada penghujungnya.

Aku hanya mampu mengeluh. Hari ini hari kedua aku bergelar anak yatim-piatu. Dalam usia 25 tahun ini aku masih memerlukan sokongan mereka untuk menjalani kehidupanku ini. Kenapa terlalu cepat mereka pergi? Kenapa Allah mahu mengujiku sebegini? Kenapa bukan aku yang ’pergi’ dulu? Kenapa aku kehilangan mereka di saat aku benar-benar perlukan mereka? Adakah Allah tidak berlaku adil padaku? Astaghfirullahala’zim... Aku beristighfar. Ya Allah ampunkan aku kerana berfikiran sebegitu.

Aku menarik kerusi di taman mini ilham arwah mama. Merenung bunga-bunga yang sedang kembang mekar tidak melegakan pilu di hatiku. Makcikku di sebelah mamaku yang kupanggil Achik sudah pulang tengah hari tadi. Dia menyampaikan salam takziah daripada suaminya yang sedang bekerja di Jepun. Kedatangan Achik sedikit-sebanyak mengurangkan kesedihanku kehilangan mama. Ketika dia memelukku tengah hari tadi, air mataku mengalir terkenangkan mama.

Anis juga sudah pulang ke rumahnya mengikut Pak Ngah, papanya. Pak Ngah terpaksa pulang ke Melaka lebih awal kerana ada masalah di pejabatnya. Anis meninggalkan aku dengan berat hati. Aku tahu dia mahu menemaniku di sini tetapi keputusan telah dibuat supaya menemani Pak Ngah memandu dan menguruskan keperluan Pak Ngah sepanjang Mak Ngah di Terengganu.

Saat itu aku terasa seperti ada seseorang menghampiriku...

Her side: The sadness through your eye

Sekelip mata hidup Adhi berubah. Sesungguhnya Aidilfitri kali ini membawa kesedihan pada Adhi. Hari raya kedua aku menziarahi Adhi di rumahnya. Adhi kelihatan agak tenang tapi masih termenung panjang. Suasana yang agak sepi petang itu seolah-olah memahami kedukaan Adhi.

”Adhi...” Seruku.

”Em...” Balasnya seperti malas nak menyahut.

Aku merapatinya, menarik kerusi yang tersedia di sebelahnya. Taman kecil di tepi rumah Adhi itu kelihatan bersih. Bunga-bunga yang pelbagai warna dari taman itu begitu menyejukkan pandangan mata. Adhi hanya berseorangan petang itu. Aku tahu dalam rumahnya masih ada saudara-maranya yang datang bertandang. Mugkin esok atau lusa mereka akan pulang ke rumah masing-masing. Dan Adhi, aku pun tidak tahu apa yang bakal dia lakukan.

”Kau okay?” Ish, kedengaran agak bodoh soalanku itu. Aku mengetap bibir, bodoh punya soalan aku tu...

“Entah... Aku tak tahu, aku rasa kosong, Ash... Kosong...” Balasnya. Matanya redup memandang ke hadapan. Aku pasti sebahagian dirinya bukan di situ.

“Sabarlah, Adhi. Setiap kejadian itu ada hikmahnya. Mungkin pengalaman kau ni akan menjadikan kau tabah dalam hidup kau.” Nasihatku. Sebenarnya aku sendiri ketandusan modal untuk mengajaknya berbual. Mungkin sedikit nasihatku ini memberi kesan kepadanya. Mungkin...

”...”

Tiada balasan daripadanya. Dia masih di situ, membatukan dirinya. Aku tahu fikirannya melayang entah ke mana. Aku sendiri tak dapat membayangkan perasaannya yang sebenar. Bukankah kehilangan orang yang disayangi adalah perkara yang paling memeritkan? Memedihkan?

“Apa yang kau nak buat lepas ni?” Tanyaku

”Aku pun tak tau. Aku dah bagitau bosku semalam. Aku ambil cuti tambahan seminggu. Mungkin minggu depan aku akan masuk kerja balik.” Balasnya perlahan. Aku mengesan sendunya di situ. Mataku masih memandang wajah duka Adhi. Adhi, tabahkanlah dirimu.

”Kedai parents kau?” Spontan juga pertanyaan itu ku lontarkan. Kedai runcit milik arwah mama Adhi boleh di kira agak maju. Arwah papa Adhi seorang pesara pegawai tentera menghabiskan masanya dengan membantu mama Adhi di kedai runcitnya. Arwah papa Adhi boleh dikatakan juga orang yang agak berpengaruh di kawasan tempat tinggal kami. Sebagai pengerusi penduduk taman, arwah memang menjadi rujukan penduduk di taman itu sekiranya ada apa-apa yang berlaku.

”Entah. Aku rasa nak tutup je. Lagipun tiada siapa nak uruskan kedai tu.” balasnya.

”Sayangnya, Adhi. Kau upah la sesiapa yang sanggup. Kedai tu dah ramai regular customernye.” Aku memberi cadangan. Sebenarnya aku masih tak sanggup kehilangan Adhi secara total. Sekurang-kurangnya, kedai runcit itu masih menjadi alasan aku untuk bertemu Adhi.

”Tengok lah nanti macam mana.” balasnya.


Chapter 5: This could be the end of everything

Sudah seminggu Ash di Shah Alam. Sudah seminggu Ash meneruskan kerjanya yang tertangguh sejak menyambut Aidilfitri. Sudah seminggu juga Ash menghubungi Adhi, berbalas SMS dengannya memberi semangat untuk dia mengharungi hidupnya. Adhi juga sudah memulakan kembali kerjanya. Adhi sudah mula dapat menerima hakikat kehilangan papa dan mamanya. Segalanya berjalan lancar.

Seminggu. Sebulan akhirnya berlalu. Petang itu Ash menerima panggilan daripada Adhi.

”Ash, kau kat mana?” soalan pertama Adhi menerjah telinganya.

”Kat Shah Alam la. Mana lagi?” balas Ash.

”Er... Aku on da way ke K.L ni, ada meeting. Nanti jumpa nak? Aku ada surprise untuk kau…” Suara Adhi agak ceria melegakan Ash.

“Okay,bro. Nanti kau dah habis meeting, give me a call, okay?” Ash membalas. Tidak sabar rasanya ingin bertemu dengan Adhi.

“Okay... Got to go” Balasnya dan memberikan salam. Ash menjawab salam dan mematikan panggilan telephone itu.

His side: Share my happiness

Sudah hampir sebulan aku meneruskan kerjaku di Johor Bharu. Aku telah dinaikkan pangkat sebagai pengurus tempat ku bekerja. Mungkin ini adalah berkat daripada kesungguhanku dan mugkin juga rezki yang mendatang setelah Allah mengujiku. Aku bersyukur, dan yang paling pasti sekiranya mereka ada disisiku, pasti mereka turut berbangga dengan kejayaanku ini. Mama... Papa... Adhi rindu mama dan papa sangat-sangat...

Panggilan telephone daripada Mak Ngah pagi tadi menambahkan kegembiraanku. Hubungan aku dan Anis bukan lagi rahsia dalam familynya. Mak Ngah memberi ’hint’ untuk aku masuk meminang. Aku meminta sedikit masa pada Mak Ngah.

Anis... Gadis itu sangat baik. Selain Ash, dia adalah orang yang paling kerap menghubungiku, memberi semangat padaku. Eh, mestilah... Dia kan awek aku. Pada mulanya aku memang cuba untuk mengelak daripada ada hubungan dengannya. Tetapi kelembutan dan kecantikannya menawanku. Mungkin dialah ratu hatiku, mungkin juga dia ialah tulang rusuk kiriku. Mungkin dialah jodohku hingga ke akhir hayatku. Hubungan kami telah mendapat restu daripada Pak Ngah dan Mak Ngah. Arwah mama pun memang pernah mencadangkan hubungan kami sampai ke jinjang pelamin.

Aku tersenyum sendiri. Perjalanan daripada Johor Bharu ke Kuala Lumpur untuk menghadiri meeting dengan pihak HQ berjalan lancar. Aku memandu Satria Neoku dengan berhati-hati. Highway agak lengang, mungkin bukan musim cuti sekolah sekarang. Lagu-lagu yang disiarkan dalam Hitz.fm menemani perjalananku pagi itu. Meeting akan berlangsung pada jam 3 petang mungkin berlarutan sampai ke jam 6 petang, mugkin juga ke 8 malam. Aku sudah bersedia dengan semua persediaan presentation pada petang ini.

Tidak sabar pula rasanya untuk bertemu Ash. Sudah hampir sebulan juga aku tidak bertemu dengannya walaupun hampir setiap hari aku berbalas SMS dengannya. Aku akan pulang pada petang esok dan menginap di Hilton Hotel malam ini. Sempat lah malam ni lepas meeting nak jumpa minah yang seorang tu.

Petang itu meeting habis jam 6.30 petang. Aku terus menelefon Ash untuk mengajaknya berjumpa.

“Ash, aku dah abes meeting. Jom jumpa…” Ajakku.

“Okay… Nak jumpa kat ne? Kau nak turun Shah Alam ke?” Balasnya.

”Emm... Apa kata kat Mid Valley je. Kau dah ada kereta kan?” Aku tahu yang Ash dah memiliki keretanya sendiri.

”Okay... Malam ni lam kul 8 ye… Jalan ngah jammed giler time ni. Kalau aku gerak sekarang, lepas maghrib baru sampai.” jawabnya pula.

“Emm.. Ok, see you then. Aku terus gerak ni. Kalau kau dah sampai karang bagitau aku ye…” balasku.

Her side: Wish you always here

Tepat 8.15 malam aku terpacak dalam Mid Valley. Aku terus menghubungi Adhi. Kami bertemu di MPH. Senang nak cari dia di situ. Selepas itu kami makan di Secret Recipe. Sambil makan kami bercerita. Aku kerap merenung wajahnya. Lelaki itu kelihatan matang dan berkarisma. Wajah cutenya seolah-olah sudah hilang. Aku sedang berhadapan dengan lelaki kacak sekarang namun matanya yang sepet itu masih mendebarkan hatiku. Sesekali dia berlawak membuatkan aku ketawa. Alhamdulillah, Adhi yang aku kenali telah kembali ceria. Dalam hatiku bersyukur dengan perubahan positifnya itu.

“Ash... I want to share something with you...” Ujarnya.

“What? Kau nak kahwin ke?” balasku sambil tersenyum. Stupid Ash, dalam hatiku aku mengutuk diri sendiri.

“Emm..yeah… but the most happy thing here is…” Arghh… Pedihnya hatiku… Aku cuba mengawal suaraku. Wajahku cuba aku ceriakan seceria-cerianya.

“Aku dah naik pangkat! Hehehe...” Sambungnya lagi. Dengan penuh ceria, dengan senyumnya dan gelak puas hatinya.

”Alhamdulillah... Congratulations my friend...” balasku tumpang gembira dengan kejayaannya.

“Boleh la belanja aku ni…” sambungku lagi.

“Tak de hal punya.” Sahutnya pula. “Then, pasal kahwin tu, Mak Ngah aku dah cucuk-cucuk aku. Dia dah bagi hint suruh masuk meminang.” sambungnya. Hatiku berdetak. Nampaknya jodohku memang bukan dengannya. Adhi, I really love you. I’m sorry, aku tak boleh nak tumpang kegembiraan kau yang ini.

“So, kau cakap apa?” suaraku agak bergetar. Ash, please jangan tunjukkan perasaan kau sekarang.

”Mintak Mak Ngah aku bagi masa sikit. Kau rasa macam mana?” tanyanya pula.

“Ish... Kau nak kahwin, tanya aku lak.” balasku mengawal suara.

“Emmm... Tak tau lah...” ada keluhan dihujung kata-katanya.

His side: The decision

Aku merenung Ash malam itu. Gadis ini sudah berubah sedikit. Pakaiannya tidak lagi selekeh. Dia nampak kemas dan aku nampak dia sudah bermake-up. Cantik. Gadis yang bekerjaya memang agak bergaya. Aku melayannya bercerita. Seperti biasa, minah ni memang banyak cerita. Aku sempat juga melawak dengannya untuk mengundang dia ketawa.

Ketika aku bercerita mengenai kenaikan pangkatku dia betul-betul ceria. Nampak ikhlas. Aku rasa bersyukur mengenali kawanku ini. Aku juga cuba meminta pandangannya mengenai perbincangan aku dengan Mak Ngah sebelum ini.

“Ish... Kau nak kahwin, tanya aku lak.” balasannya mengecewakan aku.

Malam itu aku menghantar Ash ke tempat parking kereta. Myvi merahnya kelihatan comel. Sesuai sungguh dengan dia.

”Wah... Cutenya kereta kau!” pujiku ikhlas.

”Tuan dia tak cute?” balasnya pula.

Aku sekadar mencebikkan bibir. Malas nak layan minah ni.

Ketika dia hendak memasuki keretanya, aku menarik tangannya perlahan.

“Take care!” sebaris pesananku mengiringi senyumannya.

“Sure. You too…” balasnya. Hatiku berdetak. Kenapa aku rasa perasaan aneh di hatiku ketika memandangnya saat itu. Rasa sayang... Ish, kenapa dengan aku ni? Mustahil untuk aku jatuh cinta pada dia kan? She is my best friend. What’s wrong with me?

Malam itu aku menghubungi Anis. Yes, I told her she will be my wife, my future. I love her right? Then, I will marry her. Malam itu aku tidur lena mengharapkan mimpi yang indah-indah bersama Anis.


Chapter 6: Goodbye Love

Her side: I’m sorry, good bye…

Kad undangan perkahwinan berwarna purple lembut itu aku tenung. Air mataku mengalir laju. Aku teresak-esak. Kerjaku di pejabat seharian ini bertangguh. Salah, memang salah mencampur-adukkan hal peribadi dengan kerja tetapi aku tidak mampu mengawalnya. Tepat jam 5 petang aku meninggalkan office tempat aku bekerja.

Myvi merah kesayanganku kupandu perlahan. Mencari tempat yang sesuai untuk merawat duka di hati. Akhirnya aku berhenti di tepi tasik Shah Alam. Mungkin di sini aku bakal bertemu kedamaian. Aku menyusuri tepi tasik itu dengan perasaan yang bercampur baur. Ash, kau sepatutnya redha. Terimalah kenyataan… Jodoh kau bukan dengan Adhi.

Terbayang saat pertemuan kali terakhir dengan Adhi. Adhi tersenyum bahagia ketika menghulurkan kad walimatuurusnya padaku petang semalam. Dia dan Anis sedang membuat persediaan perkahwinan mereka. Sempat aku mengusik Anis yang juga kelihatan bahagia. Sekali lagi, aku memang pelakon terhebat!

”Wah, berseri-seri bakal pengantin kita...” pujiku. Sebenarnya memang wajah Anis kelihatan berseri-seri. Bahagia, mungkin. Dalam hatiku ketika itu aku menangis.

”Nanti kau jangan lupa datang majlis kitorang tau...” jemput Adhi.

”Insya Allah...” balasku.

”Okay, nak gerak dah ni. Ada barang lagi nak cari. Wei, Ash jangan lupa hadiah kahwin aku ye?” pesannya sebelum dia meninggalkan ku petang itu.

Anis menyalamiku, ”Terima kasih...” ujarnya. Aku termanggu, kenapa perlu dia berterima kasih padaku? Aku hanya mampu menghadiahkan sekuntum senyuman padanya.

Lamunanku terhenti. Suasana petang di tepi tasik agak riuh dengan suara kanak-kanak menganggu lamunanku. Argh, bestnya jadi budak-budak. Desisku dalam hatiku. Aku cuba bertenang. Mana mungkin aku menangis di khalayak ramai ketika ini. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk menonton wayang. Berseorangan. Aku benar-benar tidak mahu berkongsi perasaanku ketika ini dengan sesiapa. Yang penting aku perlu memulihkan perasaanku ini.

Aku memandu terus ke Bukit Raja, Klang. Memasuki pawagam dengan perasaan kosong. Aku telah memilih cerita yang sedang hangat di tayangkan pada saat itu, Papadom. Secara jujurnya aku hanya membazirkan wangku sahaja. Sedikit pun jalan cerita itu tidak ku ikuti. Sepanjang jalan cerita itu aku menangis, pandanganku pada screen yang kelihatan hanyalah saat-saat aku bersama Adhi. Wajah Adhi memenuhi fikiranku ketika itu. Aku benar-benar kecewa. Kalau pun masa mampu diundur, sudah pasti aku takkan mampu untuk berbuat apa-apa. Semuanya kerana aku tidak pernah jujur dengan Adhi, tidak pernah mahu berterus-terang dan Adhi juga tidak pernah mempunyai apa-apa perasaan terhadapku. Segalanya sudah terlewat. Air mata yang mengalir dipipi ku biarkan sahaja.

Malam itu setelah pulang kerumah aku tidur dan berharap segalanya akan kembali biasa. I wish everything going back to normal as usual!

His side: My day!

Alhamdulillah, akhirnya aku telah bergelar suami kepada Anis Fariha binti Kassim. Dengan sekali lafaz akad nikah aku memikul tanggungjawab sebagai seorang suami kepada Anis. Semoga perkahwinan ini kekal selamanya.Dalam hati aku berdoa dan aku juga bersyukur dengan rahmatNya. Pagi esok majlis persandingan akan berlangsung di rumah Mak Ngah, eh silap, rumah ibu. Mak Ngah meminta aku menggelarkannya ibu, panggilan yang sama Anis gelarkan padanya. Aku bersyukur kerana aku berpeluang untuk menjadi anak sekali lagi walaupun sebagai menantu.

”Abang...” suara lembut Anis memanggilku. Aku tersenyum. Malam itu adalah malam bersejarah buat kami. Anis adalah milik mutlak diriku, tanggungjawabku. Dan malam itu menyaksikan kebahagiaan kami yang baru bermula... Happy lovey-dovey...

Esoknya...

Majlis persandingan berlangsung dengan penuh meriah. Macam-macam gaya aku gayakan untuk memenuhi permintaan photographer. Saat berada diatas pelamin mataku masih mencari kelibat seseorang. Kelibat seorang yang agak penting dalam hidupku, orang yang sentiasa bersamaku di saat aku gembira dan sedih. Tidak mahukah dia berkongsi kegembiraan bersamaku kali ini?

Secara jujurnya aku mengesan perasaan Ash padaku. Aku bukanlah bodoh untuk memahami cara dia memandangku, cara pertuturannya denganku. Namun, apakan daya saat itu hatiku ini sudah kuserahkan pada Anis. Maafkan aku, Ash. Biarlah kita terus bersahabat. Mungkin cerita ini bukan episod cinta kita. Kita memang ditakdirkan sebagai teman bukan kekasih. I am sorry. Thank you for this sweet friendship. I will always love you as my friend...Forever…

End of this love

Ash hanya memandang wajah Adhi di atas pelamin yang indah berseri. Dia tidak mampu untuk menghampiri lelaki itu. Biarlah, mungkin ini kali terakhir dia memandang Adhi begitu. Dari kejauhan dia mendoakan kebahagiaan Adhi. Biarlah cerita ini menjadi kisah cinta duka seorang gadis bernama Nur Ashia Nadia binti Hanafi. Yang pastinya dia tidak mungkin wujud dalam kamus cinta Muhammad Ilham Fadhli bin Hashim. Mungkin masa akan merawat luka cintanya itu. Dia berserah pada takdir. Akhirnya Ash melangkah keluar daripada dewan yang dihiasi indah untuk meraikan pasangan bahagia itu. Dia pasti selepas ini dia tidak akan bertemu lagi dengan lelaki yang pernah bertakhta dihatinya itu.

I'm getting tired and I need somewhere to begin… Goodbye, love…

~Fin~