Thursday, July 1, 2010

Oneshot: Cinta Kita


Izzati menyedut air minuman di hadapannya. Hari ini tiba-tiba Izzudin mengajaknya bertemu. Sudah dua minggu mereka tidak berjumpa. Sekadar berhubung melalui telefon. Kenapa lah agaknya mamat tu ye? Rindu aku la tu. Hahaha… Hati Izzati ketawa. Hampir 10 minit dia menunggu akhirnya kelibat Izzudin muncul.


“Sorry, saya cari parking tadi. Penuh lak…” Izzudin memberi alasan.


“Tak pe. Awak nak minum apa? Meh saya belikan.” Pelawa Izzati pula.


“Tak pe lah, saya pergi beli sendiri. Awak nak makan tak?” Tanya Izzudin pula.


“Tak nak lah. Saya baru je lepas makan tadi.” Tolak Izzati lembut.


“Okay…” Izzudin berlalu.


Izzati memandang Izzudin yang sedang beratur membayar makanannya. Banyak-banyak tempat boleh jumpa, food court Tesco ni jugak pilihannya! Hati Izzati berbisik. Dia menanti Izzuddin dengan penuh sabar. Mesti ada hal yang agak penting lelaki itu mahu bertemu dengannya!


Ketika Izzudin menikmati nasi gorengnya, Izzati menjadi pemerhati yang sabar. Dia menunggu lelaki itu menghabiskan makanannya sebelum bertanyakan tentang tujuan utama mereka berjumpa hari ini.


Izzudin Ahmad. Lelaki pertama yang bertakhta dihatinya. Mereka berkenalan melalui seorang sahabat. Setelah 2 bulan berkenalan, Izzudin mengajaknya ber-couple. Tanpa banyak soal, dia menerima. Well, sama-sama single, apa salahnya? Kini hampir 2 tahun hubungan cinta terjalin, mereka masih seperti biasa. Tiada yang terlalu serius dengan perhubungan itu.


Memandang wajah Izzudin, Izzati tersenyum sendiri. Lelaki itu tidaklah sekacak mana, sekadar sedap mata memandang. Lembut ketika berbicara dan seingatnya, tidak pernah sekalipun Izzudin meninggikan suara ketika marah. Lelaki itu sentiasa kelihatan tenang. Cukup sempurna di mata Izzati! Jarang bertemu tetapi hubungan mereka tidak renggang. Tidak terlalu banyak kata-kata cinta terluah tetapi sudah cukup dengan saling memahami.


Menyedari Izzati memandang wajahnya, Izzudin mengangkat muka. Pandangan mereka bertembung. Secepat itu Izzati mengalihkan matanya. Ish, terkantoi pulak! Izzudin terus memandang wajah Izzati.


“Kalau awak terliur, cakap je lah… Saya belikan, nak?” Izzudin bertanya. Terliur makanan aku rupanya…


“Tak lah… Seronok tangok awak makan. Lapar sangat eh?” Tanya Izzati menutup malu. Laa… Aku pulak terliur? Tak tau ke aku pandang dia dengan penuh kasih sayang ni?

“Emm… Tadi tak sempat nak lunch, ada meeting. Lepas tu pergi site pulak. Lapar betul.” Cerita Izzudin. Tugasnya sebagai arkitek dirasakan berat tersandang dibahunya.


“Oh… Makan lah lagi…” Ujar Izzati pula.


Izzudin hanya tersenyum. Izzati Sulaiman. Cukup sederhana. Sangat menjaga tutur kata. Gadis yang sopan dan lemah lembut sesuai dengan wajahnya yang lembut. Berbicara dengan gadis itu membuatkan hatinya tenang. Tetapi ketenangan gadis itu membuatkan dia tertanya-tanya perasaan sebenar Izzati kepadanya. Jarang meluahkan kata cinta, tetapi dia rasa gadis itu sama sepertinya, menyayanginya sepenuh hati. Tapi itu hanya apa yang dia rasa. Dia sendiri tidak pasti. Perlahan satu keluhan lembut di lepaskan.


Izzati mengangkat kening. Eh, dia mengeluh ke tadi? Sekali lagi mereka bertentang mata.


“Kita clash.” Ayat itu terlepas dari mulut Izzudin tiba-tiba.

“Ha?” Izzati terkejut. Aku salah dengar ke? Dia cakap clash kan? Clash?


“Kita clash!” Sekali lagi Izzudin bersuara. Tak dengar ke buat-buat tak dengar?


“Oh. Okay.” Spontan juga Izzati menjawab tenang. Orang tak suka buat apa nak paksa kan? Hatinya memujuk diri sendiri. Hatinya benar-benar sedih ketika itu tetapi dia tetap kelihatan tenang.


Izzudin pula terkejut. Tanpa banyak soal, tanpa bertanya kenapa, gadis itu menerima keputusannya. Wajah tenang Izzati terus menjadi santapan matanya. Dia tak sedih ke aku mintak clash? Perlahan pinggan nasi goreng itu ditolak ke tepi. “Awak tak sedih ke?” Ayat itu terlepas akhirnya.


“Emm… Saya nak buat apa? Menangis ke?” Tanya Izzati bodoh. Matanya terus dipusatkan kepada wajah Izzudin.


“Biasanya, orang menangis bila clash.” Jawab Izzudin pula.


“Oh… So, awak nak saya menangis ke?” Izzati masih bertanya. Ceh, takkan nak menangis kat tempat orang ramai macam ni?


“Tak lah…” Izzudin menjawab lemah. Ish, takkan dia nak menangis kat sini kan? Kalau dia menangis macam mana aku nak pujuk?

“Tapi…” Izzati menggantungkan ayatnya. Otaknya berfikir menyusun ayat.


Yes! Cepat cakap tak nak… At least tanya kenapa pun takpe. Hati Izzudin berharap. “Tapi apa?” Tidak sabar Izzudin mahu mendengar kata-kata pujukan Izzati.


“Macam mana kenduri kahwin Mimi? Kitakan dah janji nak pergi sama-sama.” Seraya itu Izzati mengerutkan keningnya. Takkan nak pergi sengsorang? Tak pergi kang, dah janji pulak. Hati Izzati di baluti rungsing.


Adoi, dia ni… Orang cerita pasal clash, dia fikir pasal kenduri kahwin Mimi pulak. Hati Izzudin menggerutu. Perkara lain yang diharapkan, lain pulak yang jadi. “Tak pe, kita pergi sekali lah. Dah janji kan?” Izzudin membalas.


Izzati tersenyum. Nasib baik. Riak ceria wajah Izzati hanya diperhatikan Izzudin. “Awak dah habis makan kan?” Tanya Izzati pula.


Izzudin hanya mengangguk. Malas rasanya dia mahu bersuara. Memang tak ada perasaan betul perempuan ni! Hatinya mendegus marah.


“Jom, pergi beli hadiah kahwin dia. Lepas ni mesti kita dah tak boleh nak jumpa sangat dah kan?” Ajak Izzati.


“Kenapa tak boleh nak jumpa pulak?” Tanya Izzudin bodoh.


“Dah clash, kalau jumpa lagi bukan namanya clash.” Jawab Izzati slumber. Kalau awak nak ajak saya keluar lepas ni saya pun dah malas. Dia menyambung dalam hati.


Izzudin hanya terdiam. Dia hanya menuruti langkah Izzati memasuki ke tempat membeli belah di dalam pasaraya Tesco itu. Akhirnya mereka berpakat untuk menghadiahkan Mimi sebuah periuk nasi sebagai tanda permulaan kehidupan berkeluarga Mimi dan Amir nanti. Ketika membuat pembayaran, Izzudin mengeluarkan dompetnya. Izzati hanya memandang sambil mengetap bibirnya.


Izzudin menghantar Izzati pulang setelah mereka selesai membeli belah. Suatu pemandangan biasa antara mereka berdua. Ketika mahu keluar daripada kereta, Izzudin menghulurkan tangannya. Tangannya sudah biasa disalami dan dikucupi oleh Izzati ketika menghantar gadis itu pulang. Kebiasaan yang sangat disenangi Izzudin.


Izzati mengerutkan keningnya. Lantas dia mengeluarkan sejumlah wang daripada handbag nya. Duit itu di letakkan ke dalam tapak tangan Izzudin ketika dia menyalami lelaki itu. Ala-ala ‘salam kaut’ kat kenduri kahwin tu. Kali ini dia tidak mencium tangan lelaki itu seperti kebiasaannya. Hubungan antara mereka sudah putus jadi perbuatan itu sudah sepatutnya tidak dilakukan lagi. Itu keputusan Izzudin dan dia sendiri bersetuju.


Izzudin menelan air liurnya sendiri. “Duit apa ni?” Tanya Izzudin perlahan. Dia terasa hatinya pilu.


“Duit periuk tadi. Fifty- fifty ye?” Jawab Izzati pula sambil mengeyitkan matanya.


“Tak payah lah.” Balas Izzudin pula. Dia menghulurkan duit itu kembali kepada Izzati. Hatinya makin perit. Selama ini gadis itu tak pernah berkira sebegitu. Malah gadis itu kelihatan senang apabila dia menjelaskan semua bayaran ketika mereka membeli belah bersama. Dia sendiri suka begitu. Kini dalam sekelip mata segalanya berubah. Izzati semakin jauh daripadanya di setiap saat yang berlalu.


“Ish, mana boleh macam tu. Ambil je lah. Terima kasih ye hantarkan saya.” Ujar Izzati terus keluar daripada kereta tanpa mengambil duit yang dihulurkan kembali kepadanya. Tiada lagi ucapan ‘Take Care and Good Night’ keluar daripada mulut gadis itu.


Izzudin hanya memerhatikan Izzati melangkah masuk ke dalam rumahnya. Dia berlalu setelah memastikan gadis itu benar-benar masuk ke dalam rumah. Hatinya merintih sedih. Padan muka aku! Dia mengutuk dirinya sendiri.


Hari Ahad muncul lagi. Hari bahagia untuk Mimi dan Amir. Izzudin bersedia di dalam kereta. Dia menunggu Izzati dengan sabar. Mereka sudah berjanji untuk bertemu di rumah Izzati hari itu. Jam menunjukkan ke angka 10.30 pagi. Majlis akan berlangsung dalam jam 11.30 pagi. Masih banyak masa lagi memandangkan perjalanan ke rumah Mimi hanya mengambil masa 10 minit, Izzudin bersabar menanti Izzati.


Izzati muncul dengan baju kurung berwarna kuning lembut. Kelihatan wajahnya berseri-seri disimbah cahaya matahari. Muka yang dilapisi make-up nipis menambahkan seri wajah itu. Izzudin tersenyum. Cantik awek aku ni! Hatinya mendesis. Dia terlupa bahawa mereka sudah tiada apa-apa hubungan lagi.


Izzati memandang Izzudin tenang. Adoi, kenapa lah dia pakai kemeja kuning jugak? Kebetulan itu meresahkan Izzati. Mereka memang selalu begitu. Ketika mereka keluar bersama, pasti ada hari dia dan Izzudin memakai baju sedondon. Anehnya mereka tak pernah berjanji mahu berpakaian sedondon!


“Kalau saya tukar baju sempat tak?” Izzati bertanya tiba-tiba.


“Kenapa nak tukar baju pulak?” Izzudin menjawab dengan soalan.


“Baju awak tu, sama color dengan baju saya ni. Nanti apa orang kata?” Izzati menjawab tenang.


“Nak kata apanya? Dah baju sama color, apa masalahnya?” Masih bermain tarik tali dengan Izzati, Izzudin bersoal.


“Awak ni…” Izzati kehabisan idea.


“Hmm… Okay lah, saya yang tukar baju. Saya dah ada kemeja lain dalam kereta.” Balas Izzudin tenang. Izzati dah cukup cantik pada matanya dan baju kurung itu sebagai penambah seri. Dia mahu menatap Izzati dalam pakaian itu dengan puas-puas.


“Awak masuk lah dalam rumah. Tukar baju kat bilik saya. Tak ada orang kat rumah hari ni, semua keluar.” Izzati yang menyewa bersama 2 orang kawannya di rumah teres 3 bilik itu mempelawa.


“Err…” Izzudin terkedu. Dia memang pernah masuk ke dalam rumah sewa itu malah pernah masuk ke dalam bilik gadis itu, tetapi dengan adanya teman-teman yang lain. Mereka tidak pernah berdua-duan di dalam rumah itu. Mereka berdua sudah sepakat untuk menjaga batas hubungan mereka.


“Saya tunggu kat luar rumah lah.” Balas Izzati sambil tersenyum seperti dapat membaca fikiran Izzudin.


“Okay.” Ujar Izzudin sepatah dan melangkah masuk ke rumah sewa itu. Izzati membalas dengan senyuman. Malunya! Hati Izzudin menjerit. Dia memberi salam dalam hati sebelum menolak pintu bilik Izzati.


Tiba-tiba dia teringatkan kali pertama memasuki bilik gadis itu untuk menumpang sembahyang maghrib kerana dia benar-benar tidak sempat untuk pulang. Ketika itu Izzati menunggu di ruang tamu bersama teman-temannya. Pada mulanya dia agak segan dengan kedua-dua teman Izzati tetapi dia cuba berlagak tenang. Dan malam itu dia dapat menikmati makan malam masakan Izzati! Hatinya sangat bahagia ketika itu.


Ketika kenangan manis itu berlalu, dia meyedari sesuatu, meja sudut di dalam bilik itu tiada lagi frame gambarnya dan Izzati. Yang ada hanyalah sebuah pasu bunga kecil menggantikan kedudukan frame gambar itu. Matanya menyoroti di atas katil. Tiada lagi teddy bear besar hadiah pemberiannya menghiasi katil itu. Tiba-tiba dia terasa sayu. Dengan pantas dia menukar kemeja yang dipakainya. Usai berpakaian dia melangkah ke kereta dan mula bergerak ke arah destinasi mereka hari itu.


Sepanjang berada di majlis perkahwinan Mimi dan Amir, Izzudin langsung tidak berenggang dengan Izzati. Entah kenapa dia jadi cemburu melihat ada mata lelaki lain melirik ke arah Izzati. Dalam hatinya, dia benar-benar menyesal menukar bajunya! Hatinya membuat andaian sekiranya mereka sedondon sudah pasti tiada mata yang berani melirik memandang Izzati. Kemeja yang berwarna ungu tersarung di tubuhnya dipandang geram.


Hati Izzudin semakin geram apabila Mimi meminta Izzati menjadi pengapit sementaranya ketika itu. Izzati sekadar menganggukkan kepala. Ketika memerhatikan Izzati diatas pelamin, hatinya menjadi tidak keruan. Dia benar-benar pasti yang dia masih sayangkan Izzati dan sayang itu semakin bertambah kini. Dia sempat memerhatikan pengapit pengantin lelaki memandang ke arah Izzati. Ketika mata mereka bertaut, Izzudin dapati Izzati tersenyum menunduk malu. Hatinya benar-benar cemburu melihat drama sebabak antara Izzati dan pengapit lelaki yang tidak diketahui namanya itu.


Ketika pengantin diarak untuk menikmati makanan, dia berjalan pantas merapati Izzati. Lengan baju kurung Izzati ditariknya perlahan. Wajah Izzati dipandangnya seketika sebelum matanya memerhati pengapit lelaki tadi yang sedang melangkah merapati Izzati. Kelihatan lelaki itu terhenti seketika sebelum meneruskan langkah menuju ke meja makan pengantin. Izzudin menangkap riak kecewa wajah lelaki itu. Dia mengukirkan senyuman kemenangan.


“Kenapa?” Tanya Izzati terkejut dengan tindakan Izzudin itu.


“Temankan saya makan boleh?” Tanya Izzudin lembut.


“Laa… Saya baru je nak merasa lauk pengantin.” Balas Izzati kecewa. Namun dia tetap berjalan beriringan dengan Izzudin ke khemah tetamu. Ketika matanya bertembung dengan mata Mimi, pengantin perempuan itu menggamitnya. Dia hanya menggelengkan kepala sambil memuncungkan mulutnya ke arah Izzudin.


Mimi tersenyum sendiri melihat temannya itu. Lepas ni giliran kau la pulak Ijat! Hatinya mendesis sambil matanya mengekori Izzati dan Izzudin beriringan.


Dalam perjalanan pulang, tiba-tiba Izzudin memberhentikan keretanya di tepi jalan. Izzati memerhatikan wajah Izzudin dengan penuh tanda tanya. Kenapa pulak dia ni?


“Best la awak tadi kan?” Suara Izzudin kedengaran dengan sedikit getaran.


“Best apanya?” Tanya Izzati benar-benar tidak faham.


“Bukan main lagi senyum-senyum dengan pengapit Amir tu.” Jawab Izzudin. Jelas kedengaran suara itu penuh dengan cemburu.


Izzati tersenyum. Ye lah, tadi sempat juga dia senyum kat aku. Hahaha… Cute betul lelaki tu. Siapa entah namanya? Lupa nak tanya kat Mimi tadi. “Oh, lelaki yang cute tu ye. Kenapa pulak?” Tanpa rasa bersalah dia menggelarkan lelaki itu dengan panggilan cute.


Bulat mata Izzudin memandang wajah Izzati. Tak rasa bersalah langsung! “Cute sangat ke?” Spontan dia bertanya. Hatinya benar-benar dibelenggu rasa cemburu.


“Ha ah. Muka dia macam Rain.” Balas Izzati mengerutkan dahinya. Betul lah, patut lah dia rasa macam pernah nampak muka tu. Sebijik dengan muka Rain, penyayi dan pelakon Korea tu! Hehehe…


Rain? Siapa Rain tu? Kumpulan Hujan tu ke? Hati Izzudin tertanya-tanya namun dia hanya mendiamkan diri.


“Kalau awak tak ajak saya makan kat khemah tetamu tadi mesti saya dah tahu nama dia.” Getus Izzati perlahan tetapi cukup untuk di dengari Izzudin.


“What? Sekarang nak salahkan saya pulak.” Tanpa sedar Izzudin menaikkan volume suaranya.


“Awak ni kenapa?” Izzati bertanya tidak faham. Sukarnya nak memahami lelaki ini. Seingatnya inilah kali pertama Izzudin meninggikan suara kepadanya. Selama ini lelaki itu sentiasa tenang dan nampak cool.


“Awak tanya saya kenapa? Tak sedar ke awak tu girlfriend saya? Saya ni boyfriend awak tau?” Dia bertanya dalam keadaan marah yang tidak dapat di kawal lagi.


“Ha? Awak ni dah lupa ke? Kita kan dah clash. Saya bukan girlfriend awak lagi lah.” Balas Izzati turut meninggikan suaranya. Seharian dia menangis. Matanya bengkak dan mukanya sembab. Seharian dia tak makan. 2 kotak tisu housematenya habis. Sehari dia MC kerana perpisahan mereka! Penat dia memujuk hatinya sendiri untuk melupakan Izzudin. Sekarang lelaki dihadapannya masih mengaku dia boyfriendnya? Pening dia memikirkan lelaki ini!


Izzudin keluar daripada kereta. Dia menyandarkan tubuhnya di keretanya itu. Memeluk tubuh sendiri memikirkan kata-kata Izzati. Tiba-tiba dia merasakan dia akan kehilangan Izzati selama-selamanya. Sepanjang minggu itu hatinya cuba belagak biasa. Memandangkan dia akan bertemu Izzati pada hari ini, dia menyabarkan hatinya. Kini dia benar-benar pasti tiada lagi alasan untuk dia bertemu Izzati selepas ini. Hubungan mereka akan benar-benar tamat. Apa yang aku dah buat ni? Hatinya mengeluh.


“Awak…” Kedengaran suara Izzati memanggilnya. Gadis itu menghampirinya.


“I’m sorry.” Izzudin pula meminta maaf tanpa memandang Izzati.


“Tak pe… Tak ada apa-apalah… Saya…” Izzati tidak sempat menghabiskan ayatnya. Izzudin menarik Izzati ke dalam pelukannya. Erat dia memeluk gadis itu. Oii, cik abang sayang, apa ni peluk-peluk anak dara orang? Hati Izzati menjerit. Hendak menolak tubuh itu dia rasa tidak sanggup pula. Hehehe… Sudahnya dia hanya membiarkan pelukan Izzudin itu.


“Saya betul-betul minta maaf. Saya tak boleh hidup tanpa awak. Izzati, saya sayangkan awak. Saya tak pernah rasa pun yang kita ni betul-betul clash. Tolong saya, awak. Tolong maafkan saya.” Ujar Izzudin berbisik di telinga Izzati. Pelukannya langsung tidak di lepaskan.


Izzati menolak sedikit dada Izzudin. Dia memandang wajah lelaki itu. Jelas kelihatan wajah Izzudin merona merah dengan pengakuan itu. Cute nya dia! Lagi cute daripada Rain. Hehehe… Hatinya sempat memuji. Dia memang suka melihat wajah lelaki itu yang merona merah ketika malu. Izzati mengukirkan senyuman. Perlahan tangannya menyentuh muka Izzudin.


“Okay, sebab awak ni cute, saya maafkan awak. Lagi sekali awak cakap kita clash, dah tak ada maaf-maaf lagi dah. Awak tau, buat membazir air mata saya je menangis sebab awak.” Ujar Izzati lembut.


“Awak nangis ke?” Tanya Izzudin lembut. Dia melepaskan pelukannya. Ish, peluk anak dara orang lama-lama, lain pulak jadinya karang. Akal Izzudin cuba mengawal perbuatannya. Kali ini tangan Izzati di mukanya beralih ke dalam tangannya. Dia menggenggam erat tangan itu.


“Mestilah nangis. Bukan ke orang menangis bila clash?” Izzati memulangkan paku buah kerasnya.


“Sorry awak.” Hanya itu yang mampu diucapkan Izzudin ketika itu.


“Ganti balik air mata saya tu.” Balas Izzati.


“Macam mana?” Izzudin bertanya. Takkan dia nak suruh aku menangis depan dia kot?


“Jangan buat saya menangis lagi.” Izzati menjawab tegas.


“Okay. Saya tak akan buat awak menangis lagi.” Izzudin pula membalas yakin.


6 bulan kemudian.


Mimi tersenyum memandang kad jemputan kahwin ditangannya. Kan dah cakap, lepas ni giliran kau la pulak Ijat!



~Fin!







Anaqi Hawwari

18 Jun 2010

9.15 malam


Nota tambahan:

“Ijat, cuba kau bagi…” Aku tanya Ijat tak habis. “Eh, nama kau pun okay la.” Aku jawab sendiri.

“…” Ijat tak cakap apa-apa pandang aku dengan muka blur.

Maka cerita ini pun tercipta! Hahaha…